>

cik nuyui taip taip

Wednesday, August 25, 2010

POS INSURANS RAYA | Tiket Wayang Free utk Org KUANTAN

Salam 15 Ramadhan 

Korang ade dengar pasal Insuran Pos Raya?.... ehehe.... koi rase okes gak kalau amik.... sesuai.... baru RM6 sorang.... kalau yg suke makan murtabak tu.. stop jap 3 hari beli murtabak bleh ar beli insurans tu.. ehehhe.. 

berikut yg koi petik (ahahaha.. copy daa...) dari laman web pos malaysia

*** mengenai tiket wayang free... kepada org kuantan kalau nak tiket wayang free email koi secepat mungkin.. email je... comment tak dikira.... 1 tiket bleh gi dua orang... any movie... koi ade 4 tiket.. meaning 8 org bleh pegi... (East Coast Mall).... 2 org sahaja yek.. sebab koi nak pos laju....

POS INSURANS RAYA

POS Insurans Raya adalah satu skim perlindungan kemalangan diri yang khas dan hanya boleh didapati di semua cawangan Pos Malaysia. Secara umumnya, sebahagian besar rakyat Malaysia akan pulang ke kampung pada musim perayaan. Kemalangan kerap berlaku di musim perayaan dan inilah masanya di mana perlindungan insurans yang lebih tinggi amat diperlukan.
Sebagai sebuah entiti korporat yang prihatin, Pos Malaysia dengan kerjasama MAA, telah memperkenalkan satu skim insurans kemalangan diri yang mampu dimiliki oleh SETIAP pelanggan Pos yang dihargai. Dengan bayaran serendah RM6*, anda akan dilindungi 24 jam sehari, terhadap semua jenis kemalangan sepanjang masa perlindungan di Hari Raya ini.

Masa perlindungan akan bermula 3 hari sebelum, 2 hari semasa Hari Raya dan 10 hari selepas Hari Raya (keseluruhan 15 hari). Tiada perlindungan lain yang lebih menarik dan mampu dimiliki pada musim Raya ini.


No Manfaat Pelan Individu (RM) **Pelan Keluarga (RM)
1 Kematian Kemalangan 20,000 20,000 / Orang yang diinsuranskan (mak.100,000)
2 Kehilangan Upaya Kekal 20,000 20,000 / Orang yang diinsuranskan (mak.100,000)
3 Kehilangan Dokumen (akibat ragut) 100 100 / Orang yang diinsuranskan (mak. 500)
4 Pendapatan Hospital Harian (mak. 30 hari) 30 30
5 Jumlah perlu dibayar 6 20


* Berdasarkan kepada Pelan Individu
** Pelan Keluarga melindungi pasangan sah dan anak-anak termasuk anak angkat yang sah.



Nota: i) Lingkungan Perlindungan: Di dalam Malaysia sahaja.
ii) Terhad kepada 2 polisi untuk setiap individu atau keluarga.
iii) Pelanggan hendaklah mengisi nama, No K/P, no. telefon, pelan yang dipilih dan jumlah premium pada Borang Pos Akaun 39 yang boleh didapati di semua kaunter Pos Malaysia.
MAA adalah penanggung insurans untuk skim POS Insurans Raya ini. Sekiranya berlaku tuntutan, anda boleh menghubungi cawangan MAA Assurance atau pusat khidmat pelanggan di 1-300-888-622.

pikir-pikirkan yek....


love ~nuyui~
Comments
4 Comments

4 geng putri roh yg tomeiii....:

anazeyy said...

wah, bgos nie.. memg mampu dimiliki, baru rm6 bdk2 pon leh bli..

anazeyy said...

ape slhnye kalo kuakan rm6 untuk bende yg befaedah cmni...

petisuara said...

wahhh..selamat perjalanan..tapi kalau hentam bawak bedesup pun amek insuran xgne gak kn.

Unknown said...

ahaha.. mmg tak rugi kan....

PS.. ermm... kalau dah macam tu mmg tak dapek nak tulun.. tapi kalau berdesup.. gedeganggggg.. at least ade cover gak sket.. ehehehehhe....

abadikan gambar instagram korang

ce citer.. ce citer....

Get widget here

koi bace deme nih....

~rombongan cik nuyui~