>

cik nuyui taip taip

Wednesday, December 31, 2014

Skim Biasiswa Sukan (SBS) 2015 Kementerian Pendidikan Malaysia | Tarikh Tutup Permohonan | Borang Permohonan


Borang permohonan Skim Biasiswa Sukan (SBS) tahun 2015 KPM. Menerusi kenyataan rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia, sukacita dimaklum bahawa permohonan SBS 2015 dibuka mulai 5 Januari 2015 sehingga 30 Mac 2015.

Borang Permohonan Skim Biasiswa Sukan 2015 KPM

Borang yang telah dilengkapkan hendaklah dihantar ke Unit HEM/Unit Sukan, Jabatan Pelajaran Negeri masing-masing setelah mendapat pengesahan pengetua pada atau sebelum 30 Mac 2015.

Syarat Kelayakan Skim Biasiswa Sukan 2015
  • Sedang belajar di Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 di Sekolah Menengah Harian, Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Sekolah Menengah Teknik, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK);
  • Berada di bawah tanggungjawab Jabatan Pendidikan Negeri berkenaan ATAU Sedang belajar di Kolej Vokasional di Tahun 1 dan 2 sahaja ATAU Sedang belajar di Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 di Sekolah Sukan Malaysia yang berada di bawah tanggungjawab Bahagian Sukan.
  • Menunjukkan prestasi cemerlang dalam jenis-jenis sukan tertentu dengan sekurang-kurangnya telah mewakili negeri di peringkat kejohanan MSSM dan Liga Sukan KPM; dan
  • Tidak menerima sebarang biasiswa atau elaun (insentif lain) daripada agensi kerajaan dan bukan kerajaan.


Tarikh Tutup Permohonan
30 Mac 2015


love ~nuyui~

Borang Permohonan Asrama 1 Malaysia | Tarikh Tutup Permohonan | Senarai Sekolah


Borang permohonan kemasukan ke Asrama 1Malaysia sesi 2015 bagi Tingkatan 1 dan 4. Menerusi kenyataan rasmi KPM, sukacita dimaklumkan bahawa permohonan kemasukan murid Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 ke Asrama 1Malaysia (A1M) telah dibuka mulai 15 Disember 2014 hingga 28 Januari 2015

Permohonan kemasukan ke A1M adalah terbuka kepada semua murid bumiputera dan bukan bumiputera yang bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan dan Sekolah Menengah Bantuan Kerajaan di seluruh negara.


Borang Permohonan Asrama 1Malasyia 2015 Tingkatan 1 Dan 4

Senarai Sekolah Asrama 1Malaysia 2015

Cara Permohonan Asrama 1Malaysia 2015
Sila muat turun dan cetak borang permohonan Asrama 1Malaysia 2015. Borang permohonan yang lengkap hendaklah dihantar oleh pihak sekolah terus ke Bahagian Pengurusan Sekolah Harian selewat-lewatnya pada 28 Januari 2015.

Keputusan Asrama 1Malaysia 2015
Calon yang berjaya akan diumumkan menerusi surat yang dihantar KPM ke alamat kediaman masing-masing.


love ~nuyui~

Tarikh Tutup BR1M 2015 dilanjutkan pada 31 Januari 2015


Tarikh tutup BR1M 4.0 tahun 2015 dilanjutkan kepada 31 Januari 2015. Menerusi kenyataan rasmi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), permohonan atau kemaskini BRIM dilanjutkan kepada tarikh baharu iaitu pada 31 Januari 2015 bagi memberi peluang orang ramai yang masih belum melakukan sebarang proses kemaskini mahupun permohonan baru. Pada masa yang sama, pembayaran BRIM ansuran pertama akan dipercepatkan kepada 15 Januari 2015 berbanding tarikh terdahulu iaitu pada 28 Januari 2015.


Kemaskini/ Permohonan BR1M 4.0 Tahun 2015 Online

Tarikh Tutup BR1M 4.0 Bantuan Rakyat 1Malaysia 2015
Dilanjutkan Pada 31 Januari 2015

Tarikh Pembayaran Pertama BRIM 4.0 Bantuan Rakyat 1Malaysia 2015
15 Januari 2015

sumber | http://scaniaz.blogspot.com/


love ~nuyui~

Thursday, December 18, 2014

Pemangkuan ke Jawatan Pembantu Perpustakaan Gred S22 | Tarikh Tutup Permohonan 30 Januari 2015


Kepada para Pembantu Perpustakaan Gred S17, satu iklan Pemangkuan ke Jawatan Pembantu Perpustakaan Gred S22 telah dikeluarkan oleh Perpustakaan Negara Malaysia.

Bertarikh tutup pada 30 Januari 2015.


Untuk Iklan Pemangkuan Jawatan Pembantu Perpustakaan Gred S22 boleh klik sini

Untuk Senarai nama Pembantu Perpustakaan Gred S17 pertimbangan pemangkuan 2014 boleh klik sini (Lampiran A)

Untuk Borang Permohonan Pemangkuan S22 boleh klik sini (Lampiran B)

Untuk Surat Akuan Pinjaman boleh klik sini (Lampiran C)

Untuk Tapisan Keutuhan boleh klik sini (Lampiran D)


sumber | PNM



love ~nuyui~

Friday, December 12, 2014

Festival LAMPU | 12-14 Disember 2014


Festival Light and Motion Putrajaya (LAMPU) anjuran Perbadanan Putrajaya akan berlangsung sepanjang 3 malam berturut-turut bermula 12 Disember sehingga 14 Disember 2014 ini.

Festival ini bakal mempersembahkan kesenian pencahayaan kreatif, interaktif dan penuh warna-warni pada fasad-fasad bangunan, struktur dan kawasan sekitar Presint 3, Putrajaya.

Pelbagai aktiviti menarik dan menghiburkan seperti pertandingan fotografi dan video, IT Mini Fair, Car Light Show, Night Fun Ride, Electric Power Boat demo, Buskers dan banyak lagi.

Tarikh: 12 December 2014 – 14 December 2014
Masa: 7:30 PM – 12:00 PM
Lokasi: Dataran Putrajaya, Presint 3, Putrajaya


source | syahrulzaman

love ~nuyui~

Thursday, December 4, 2014

Borang BR1M 2015 | Baharu & Kemaskini






kalau ade yg nak tolak BR1M.. takmo terima dah
bleh klik sini untuk


Borang BR1M 2015 samada baru ke.. kemaskini ke.. adalah percuma ye... tapi kalau ade yg caj 10 sen ke... 20 sen ke... tu kedai photostate la tu.. print kat cyber cafe pun paling murah 50 sen...

kalau x leh klik gak link kat atas tu... cam biasa emel sy.. n sy akan emel borang ni....


tarikh tutup permohonan 31 Dis 2014
bubye...

love ~nuyui~

abadikan gambar instagram korang

ce citer.. ce citer....

Get widget here

koi bace deme nih....

~rombongan cik nuyui~