>

cik nuyui taip taip

Monday, February 16, 2009

Kejohanan Bowling Amal Respeks


Tarikh : 18.04.2009
Hari : Sabtu
Masa : Bermula pada jam 10:00 pagi
Tempat : Pin Junction, CineLeisure
The Curve, Damansara

Anjuran : respeks_groups@yahoogroups.com



FORMAT DAN SYARAT2 PERTANDINGAN


1.0 Syarat Penyertaan

1.1 Terbuka.


1.2 Penyertaan adalah terhad kepada 48 pasukan sahaja berdasarkan ‘siapa cepat dia dapat’. Setiap pasukan akan diwakili oleh 4 orang peserta.

1.3 Setiap kumpulan mesti dianggotai oleh sekurang-kurang seorang wanita.

1.4 Setiap pasukan dikehendaki memberikan nama pasukan.

1.5 Tiada had umur ditetapkan.

1.6 Penyertaan hendaklah menggunakan borang yang telah disediakan.


2.0 Bayaran

2.1 Bayaran penyertaan ialah sebanyak RM 200.00 untuk setiap. Yuran Penyertaan Pasukan BERSERTA 4 HELAI T-SHIRT: RM 250.00. Design T-Shirt akan kami kemukakan setelah final design diputuskan.

2.2 Pihak Penganjur akan menanggung perbelanjaan menyewa lorong (lane) dan kasut. Kos-kos lain berkaitan dengan pertandingan ini seperti pengangkutan dan makanan perlu ditanggung sendiri oleh para peserta.

2.3 Borang dan yuran penyertaan (wang tunai sahaja) hendaklah dibank-in/dihantar kepada Ahli Jawantankuasa Penganjur selewat-lewatnya 27 Mac 2008 (Jumaat).

2.4 Yuran penyertaan tidak akan dikembalikan jika peserta menarik diri selepas 27 Mac 2008 (Jumaat) tetapi peserta boleh mencari pengganti.

2.5 Penyertaan akan ditolak sekiranya pembayaran yuran pendaftaran gagal dibuat dalam masa ditetapkan.



PEMBAYARAN YURAN PENDAFTARAN BOLEH DIBUAT MELALUI AKAUN BERIKUT:

NAMA: NORIANI MOHAMAD SAINIBANK : MAYBANK

NO A/C : 114299179283

No. H/p : 012-910 3552

Jika anda membuat pembayaran yuran melalui akaun tersebut, sila sahkan pembayaran anda dengan menelefon penama di atas. Simpan bank-in slip untuk tujuan pengesahan.


3.0 Format

3.1 Pertandingan adalah dijalankan secara berpasukan yang diwakili oleh 4 orang peserta termasuk sekurang-kurang seorang peserta wanita.

3.2 Setiap pemain dikehendaki bermain 3 permainan secara ‘cross-lane’. Penentuan lorong (lane) akan dibuat secara undian sebelum hari pertandingan.

3.3 Jumlah keseluruhan jatuhan pin akan dikira selepas menamatkan permainan ke-3.

3.4 Kerjasama dari setiap pasukan juga adalah diharapkan untuk merekod ‘scoresheet’ dengan tepat dan jujur serta membetulkan kesalahan yang direkodkan oleh komputer. ‘Scoresheet’ akan disediakan oleh pihak penganjur.



4.0 Pemenang

4.1 Pasukan

Ø Pertama Pasukan: Hamper + Piala (1 hamper + 4 piala)
Ø Kedua Pasukan: Hamper + Plak (1 hamper + 4 plak)
Ø Ketiga Pasukan: Hamper + Plak (1 hamper + 4 plak)

Jika terdapat jumlah jatuhan pin yang sama di kalangan pasukan maka pemenang akan ditentukan berdasarkan kepada jumlah jatuhan pin tertinggi untuk salah satu daripada 3 permainan yang dijalankan.

Contoh:
Jumlah jatuhan pin selepas 3 permainan untuk pasukan A dan B ialah 3200.
Permainan 1 Permainan 2 Permainan 3
Pasukan A 800 810 800
Pasukan B 810 780 820

Pasukan B akan diisytiharkan sebagai pemenang kerana jumlah jatuhan pin di permainan 3 ialah 820 berbanding 810 untuk pasukan A di permainan 2.


4.2 Individu

v Jatuhan Pin terbanyak Individu Lelaki – Hamper + Piala
v Jatuhan Pin terbanyak Individu Wanita – Hamper + Piala

Jika terdapat jumlah jatuhan pin yang sama di kalangan peserta maka pemenang akan ditentukan berdasarkan kepada jumlah jatuhan pin tertinggi untuk salah satu daripada 3 permainan yang dijalankan.

Contoh:
Jumlah jatuhan pin selepas 3 permainan untuk peserta A dan B ialah 610.
Permainan 1 Permainan 2 Permainan 3
Peserta A 200 210 200
Pasukan B 210 180 220

Peserta B akan diisytiharkan sebagai pemenang kerana jumlah jatuhan pin di permainan 3 ialah 220 berbanding 210 untuk peserta A di permainan 1.



5.0 Hak Penganjur

5.1 Menolak mana-mana penyertaan.

5.2 Menunda atau membatalkan pertandingan. Notis penundaan atau pembatalan akan diberikan sekurang-kurangnya 3 hari sebelum pertandingan (jika berkenaan).

5.3 Penganjur akan memulangkan kembali yuran penyertaan dalam masa 7 hari dari tarikh pembatalan.

5.4 Keputusan pertandingan akan diumumkan oleh Ahli-Ahli Jawatankuasa Penganjur dan adalah muktamad kecuali terdapat bantahan atau protes.

5.5 Pihak Penganjur tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kecederaan atau kehilangan peralatan atau harta benda mana-mana pihak semasa pertandingan dijalankan.



6.0 Rayuan/Bantahan

6.1 Jika terdapat perkara berbangkit yang tiada di dalam peraturan ini termasuk kes-kes rayuan maka bolehlah diselesaikan oleh Ahli Jawatankuasa Penganjur.

6.2 Tiap-tiap bantahan yang dikemukakan hendaklah disertakan bersama-sama wang pertaruhan sebanyak RM50.00. Wang pertaruhan ini akan dikembalikan sekiranya bantahan diterima dan dianggap lupus jika bantahan ditolak.

6.3 Bantahan tersebut hendaklah dikemukakan dengan menggunakan borang yang disediakan tidak lewat 30 minit selepas tamat perlawanan tersebut.



7.0 Maklumat Tambahan

7.1 Tiada ’handicap’.

7.2 ‘Foul lines’ tidak akan digunakan dalam pertandingan ini.

7.3 Setiap pasukan hendaklah berada di tempat permainan sekurang-kurangnya 30 minit sebelum pertandingan dijalankan.

7.4 ‘Dress code’ yang sesuai dan tidak menjolok mata.

7.5 Peserta boleh menggunakan bola dan kasut yang disediakan oleh Pin Junction tanpa sebarang bayaran.

7.6 Peserta tidak dibenarkan membawa masuk makanan atau minuman ke dalam Pin Junction kerana terdapat sebuah Café untuk kemudahan peserta.

7.7 Peserta tidak dibenarkan merokok di dalam kawasan permainan kecuali di tempat yang telah dikhaskan untuk merokok atau di luar Pin Junction.

7.8 Ahli keluarga atau bukan pemain tidak dibenarkan berada di dalam kawasan permainan. Ini adalah untuk mengelak kesesakan di kawasan permainan dan mengganggu konsenstrasi pemain.


8.0 Ahli Jawantkuasa Penganjur

Untuk Keterangan lanjut, sila hubungi:

Urusetia Bowling (Berpasukan) Amal ”Inter Yahoogroups Malaysia” Respeks 2009

1. Pn. Atiey (
atieyluv@gmail.com) 012-3255952
2. Pn. Anie (
kuzi51175@yahoo.com) 012-9103552
3. Cik Eyta (
eyta_dhira@yahoo.com) 012-3848435
4. Cik Sue (sue_froggy@yahoo.com) 012-6990430
5. Cik Rini 012-8315856

Friday, February 13, 2009

Baby Aina & Zikri



ehehehe.... TAHNIAH.. TAHNIAH... TAHNIAH....
tomeiiinyeeee..... cam mak die lak... ehehehe......

aina... dh dlm pantang nih jgn asik besarkan badan lak.. ehheheh... nanti tak larat nak dukung baby lak....
NUR AMIRAH BINTI ZIKRI HUSSENI
Dilahirkan di Hospital Putrajaya, 10.01.09 jam 1.06 pagi hari Sabtu
(sama date ngan wedding AP)

Wednesday, February 4, 2009

Opis AKu Banjirrrrr.....

huhu...... apo nak di kato....

hujan lebat ptg smlm... (selasa)..... membanjirkan opis aku atau lebih tepat.. departmt aku... huhu... disebabkan bumbung bocor......

ni sume gara2 renovation yg tak terrenovate.... uwaa..... kalau tak menyusahkan aku apa ke hal aku nak pedulik..... masalahnya.. duk bergenang bawh meja aku... pagi nih dah serupa tempat buangan surat khabar lamo dah.... kaedahnya.... dgn bau yg haruuuummmmm semerbak...

uwaaa.....

masalah biase ke bg bangunan government nih.. lepas renovate je ade je yg tak kena...... huhu......

ade pulak mangkuk hayun yg senang hati je mulut tu kata tak gune letak paper (sbb nak serap air tu).. kena pakai mesin jugak.... la.. apa la lahabau nye... takkan aku nak tgk je TEMPAT AKU TU bergenang dgn air.... nak pulak mesin tu ptg baru sampai... takkan samapai ke ptg aku nak biar je air tu mereputkan karpet yg selama nih kaki aku duk landing tuh!!!! hengong tak bertempat...

ye la.. tak jadik kat tempat ko mmg le ko bleh jemaah nazir je..... cakap tu cakap ni tapi ade ke nak tolong.... dah le aku ngan opismate aku duk tension banjir... ko duk nak tambah tension kitorang lagik ngan kata2 jemaah nazir ko tu lak...
huhu......

Tuesday, February 3, 2009

Nota DDC

Her... her... her... salamzzz....
disebabkan aku takde keje nak dibuat.... maka... aku upload le nota-nota DDC (Dewey Decimal Classification) utk korang... tapi hanya yang dalam bentuk power point.... direct copy dari lecturer tu...
jugak special utk rodong2 aku yg aku janji nak email nota tu tapi aku lupe dgn sapa aku dah janji... dan takde lak yg mengingatkan aku.. walaupun course to dah dekat setawun berlalu.. ehehehe.....
bleh check kat ==>> nota DDC
harap maap ek atas kekhilafan aku tu.......

abadikan gambar instagram korang

ce citer.. ce citer....

Get widget here

koi bace deme nih....

~rombongan cik nuyui~