>

cik nuyui taip taip

Friday, December 6, 2013

Drama Banglo Seksyen 2 | Adaptasi dari Kisah Seram Banglo Seksyen 2 Shah Alam

tetiba keyword paling dicari di putri roh neh kembali kepada keyword-keyword yang berkaitan dengan Banglo Seksyen 2... story yg di copy dan dipaste thn 2011 dulu... untuk share ngan korang la kan...

selidik punya selidik.. rupanya-rupanya  adalah disebabkan... malam tadi Astro siarkan telemovie mengenai Banglo Seksyen 2 yang amat scary neh..... koi pun idak tau... malam tadik duk layan Sherlock Holmes la pulok...

telemovie neh kira adaptasi la.. ade sikit2 watak yang diubah... kata orang-orang yang dah tengok mlm tadi la.... aiseh.. nak kene tgu ulangan la... (astro kan)

Banglo Seksyen 2: Singkap misteri banglo
114  0 Google +0  1  1 Cetak
Oleh RUDY IMRAN SHAMSUDIN

Ketika masyarakat terus memperkatakan misteri kehilangan remaja di Villa Nabila di Johor Bahru, Johor baru-baru ini dikatakan disorok makhluk halus, satu lagi lokasi terbiar menarik perhatian pengarah untuk diangkat sebagai satu karya menarik.

Selepas filem Highland Tower menarik perhatian penonton, Banglo Seksyen 2 tampil menonjolkan cerita seram yang sering menjadi bualan di kalangan pelajar di satu kawasan di Lembah Klang.

Drama diterbitkan Dark Wave Pictures Sdn Bhd itu bakal disiarkan di Astro Ria pada 5 Disember ini, jam 10 malam.

Minat penonton terhadap cerita mistik dan seram memberi idea kepada pengarah dan penulis skrip, Amor Rizan menghasilkan Banglo Seksyen 2, apatah lagi genre sedemikian menjadi kegemarannya sebelum ini melalui Hantu Kum Kum.

Katanya, idea untukmenghasilkan drama itu bermula daripada perbualan kosong bersama kakitangan produksi dan penerbit, Datuk Rafiena Ezanee yang pernah belajar di kawasan itu dan pernah mendengar cerita mengenainya.

“Cerita tahyul yang sering menjadi momokan di kalangan pelajar menarik perhatian kami untuk hasilkan satu drama menarik.

“Bagi saya, cerita hantu yang dikaitkan dengan satu-satu bangunan tinggal boleh dianggap ‘urban legend’ diceritakan dari mulut ke satu mulut semata-mata untuk menakutkan orang ramai.

“Sebagai penulis dan pengarah, saya cuba hasilkan karya seram yang penonton boleh nikmati kerana mereka faham, tahu atau paling tidak pun pernah mendengarnya.

“Memang tidak dinafikan, menghasilkan cerita seram senang seperti yang saya hasilkan sebelum ini, termasuk Tangisan Langsuir dan pernah disiarkan sebelum ini kerana ia dekat dengan orang kita.


ROH wanita dan budak perempuan berkeliaran di banglo didiami sekumpulan pelajar.


Cerita seperti ini kita mendengarnya sejak kecil.


“Dalam mendatangkan ilham juga mudah kerana andai ditanya kepada orang ramai, pelbagai versi ada dan ia secara tidak langsung menjadi idea kepada saya untuk menghasilkan cerita begini,” katanya.

Dijayakan lima pelakon muda, Hairul Azreen memegang watak sebagai Helmi, Hanis Kamal Bakar (Kamal), Aliff Hadi (Hariz), Aedy Ashraff (Azli) dan Hafeez Mikail (Faizal), Banglo Seksyen 2 tidak banyak beza dengan peristiwa di Villa Nabila.
Ia turut mempengaruhi penonton supaya mudah mempercayai perkara tahyul dan karut.

Kata Amor, sebagai pengkarya, dia melihat ia sesuatu yang subjektif dan bergantung kepada minat masing-masing.

Contohnya, selain genre seram dan cinta, ada orang meminati sains fiksyen tetapi sayangnya sains fiksyen kurang pengikut.

“Kami cuba berikan apa penonton mahu.

Pengaruh cerita seram bukan dalam televisyen dan filem, tetapi datang daripada ibu bapa.

Contohnya kalau hendak menghalang anak daripada bermain di luar rumah, ada ibu bapa cakap nanti ada hantu sorok.

“Mengapa tidak mereka kata akan ada UFO datang tangkap.

Ia ditambah dengan kepercayaan kita bahawa dunia ghaib wujud.

“Biasa mendengar kewujudan hantu memberi kita satu tarikan menonton kerana kita selalu dengar tetapi tidak pernah melihatnya.

Visual dihasilkan dalam drama atau filem memberi pilihan,” katanya.

Mengenai pelakon muda yang menjadi pilihannya membintangi drama itu, Amor akui sebelum ini pernah bekerja dengan Hairul dan Aedy dan lebih mudah membentuk mereka menghayati karakter.

“Hafiz Mikhail walaupun baru, dia menunjukkan lakonan bagus setara dengan pelakon yang ada.

Untuk ambil pelakon baru dalam satu-satu cerita, terutama bergenre seram, satu tugas berat kerana sebagai pengarah, saya tidak tahu kemampuan mereka, tetapi Alif dan Hafiz memang bagus dan lakonan ditunjukkan sanga memberangsangkan,” katanya.

Mengenai Rafiena sebagai penerbit dan turut berlakon dalam Banglo Seksyen 2, Amor akui kerana dia tahu cerita lagenda itu dan berasakan dekat dengannya.

Katanya, bukan mudah untuk pelakon menerima cabaran disolek hodoh menjadi hantu dan Rafiena melakukannya kerana sukakan cabaran.

Banglo Seksyen 2 mengisahkan Haris, Helmi, Faizal dan Kamal membuat kajian paranormal untuk kerja kursus mereka dengan menyewa banglo RM50 sebulan dikatakan berhantu.

Seorang lagi pelajar, Azli turut menyertai mereka menyewa banglo itu kerana kebetulan dia mencari rumah untuk disewa.

Sejak malam pertama tinggal di banglo itu, mereka diganggu perkara aneh.

Helmi seolah-olah melihat budak perempuan berkeliaran tetapi cuba menidakkannya dan merasakan itu hanya khayalan.

Sewaktu menggunakan bilik air, Haris terkunci dari dalam.

Selepas berhempas pulas dan menjerit meminta tolong, semua rakan datang membantu.

Mengejutkan apabila mereka melihat kelima-lima mereka ada bersama, membuatkan timbul rasa hairan siapa berada dalam bilik air itu.

Ia berlanjutan ketika Kamal yang baru selesai mandi melihat rakan sebiliknya Faizal hanya duduk terdiam atas katil.

Kamal turun ke bawah menonton TV dan lebih memeranjatkan Kamal, Faizal yang dilihatnya tadi di dalam bilik, sebenarnya ada di ruang tamu bergelak ketawa.

Kamal berlari semula ke bilik dan terkejut melihat katil Faizal kosong.

Gangguan demi gangguan terus berlaku sehingga menyebabkan Kamal terbabit dengan kemalangan, akhirnya semua mengambil keputusan keluar dari rumah itu tetapi Haris didatangi roh penghuni asal rumah banglo itu dan mengetahui apakah rahsia yang pernah tersembunyi selama ini.
 Al-Fatihah kepada sahabat penulis cerita tu.... klik sini utk baca story asal kisah banglo seksyen 2 neh...

dan dikhabarkan.. tuan rumah pun dan runtuhkan banglo tersebut....

hey girlsss.....!!! Impikan untuk mulakan perniagaan? jom check tips-tips dari mereka! #ShineOn

kredit to:

Forum Cari - tq sebab referral
Harian Metro

love ~nuyui~
Comments
0 Comments

0 geng putri roh yg tomeiii....:

abadikan gambar instagram korang

ce citer.. ce citer....

Get widget here

koi bace deme nih....

~rombongan cik nuyui~