klik gambar untuk imej lebih besar
Ohoho balik kampung!! Ohoho balik kampung!..... berita baik untuk orang terengganu n kelantan.... Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 telah pun dibuka kepada laluan bermula 22 Ogos 2011... Namun... pembukaan hanya melibatkan Pakej 10, 11 dan 12 yang mana bermula dari Persimpangan Bukit Besi ke Persimpangan Ajil dan seterusnya melalui Persimpangan Telemong ke Persimpanagn Kuala Terengganu sahaja..... ermm... Dari Kuantan (Persimpangan Jabor) menuju ke Persimpangan Bukit Besi jalannya masih belum diturap... so tak leh guna lagi la kan... Sabar... sabar....
Sukacitanya dimaklumkan jajaran Pakej 11 dan Pakej 12 akan dibuka secara rasmi kepada orang awam pada 22hb Ogos 2011. Untuk makluman, pakej 11 dan Pakej 12 telah diwartakan sebagai Jalan Persekutuan pada 15hb Mac 2011. Sehubungan itu, orang awam dibolehkan menggunakan jajaran lebuhraya dengan melalui Persimpangan Bukit Besi sehingga Persimpangan Ajill bagi Pakej 10. Seterusnya melalui Persimpangan Telemong ke Persimpangan KualaTerengganu bagi Pakej 11 dan Pakej 12 - ece2.jkr.gov.my
love