>

cik nuyui taip taip

Monday, August 8, 2011

Bonus 1/2 bulan Gaji buat Penjawat Awam


Berita gembira untuk penjawat awam.... tengah bulan neh bleh cek akaun memasing yek... BONUS sebanyak setengah bulan gaji akan dikreditkan ke akaun emaing... paling minima adalah RM500.... tanda prihatin kerajaan kepada penjawat awam untuk membuat persediaan utk menyambut Syawal neh..  ahaks....

 buktinya.. eheheeh..

Kerajaan umum bonus setengah bulan untuk penjawat awam

08/08/2011 6:15pm

KUALA LUMPUR 8 Ogos – Kerajaan bersetuju membayar bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada penjawat awam bulan ini.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan juga bersetuju memberi bayaran khas sebanyak RM500 kepada pesara kerajaan.
"Bonus dan bayaran khas ini akan dibuat pada pertengahan bulan ini,” kata Najib yang juga Menteri Kewangan dalam satu kenyataan hari ini.
Katanya, bonus itu adalah bagi menghargai sumbangan serta dedikasi penjawat awam dalam memudah dan menjayakan pelaksanaan program pembangunan negara.
Perdana Menteri berkata, kerajaan berharap pemberian bonus dan bayaran khas ini dapat meringankan beban penjawat awam dan para pesara kerajaan dan membantu mereka membuat persediaan menyambut Hari Raya Aidilfitri. – Bernama


senyum... tak perlu kata apa-apa......... ? erkkk.. alhamdulilah la.....

love ~nuyui~
Comments
5 Comments

5 geng putri roh yg tomeiii....:

Unknown said...

nak gak bonus..hahha

[leily.laily] said...

alhamdulillah.. rezeki ramadhan 1432h..
syukur.. =)

Unknown said...

alhamdulillah kan... tengah2 gawat neh.. ehehe...

tapi manakan sama swasta punye bonus kan?....

wsc biolo said...

rakyat hanya gigit jari saja

wsc biolo pelangsing manjur said...

thanks

abadikan gambar instagram korang

ce citer.. ce citer....

Get widget here

koi bace deme nih....

~rombongan cik nuyui~