baca story neh... haa.. daripada duk derma kat peminta2 sedekah warga asing yg bleh mewah dengan mengutip sedekah baik kite pakat derma kat warganegara kita yang lebih memerlukan... bak kata Anastasyea sorang RM1... 2000 org dah cukup....
KOTA BAHARU, 21 Ogos (Bernama) -- Tidak sanggup melihat penderitaan ibunya yang sering menahan sakit kepala sejak sepuluh tahun lalu sehingga hilang penglihatan, seorang anak memohon bantuan orang ramai menghulurkan sumbangan RM2,000 untuk membantu ibunya menjalani pembedahan mata.
Mohd Firdaus Abdullah, 23, dari Kampung Kubang Siput, Pasir Hor, berkata ibunya, Hazimah Mat Hassan, 48, disahkan menghidap penyakit mata Glaukoma dan hilang penglihatan sejak empat tahun lalu.
Katanya doktor di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian mengesyorkan beliau membuat pembedahan untuk meletakkan peralatan khas bagi membolehkannya melihat semula.
"Kos perubatan ditanggung HUSM, tetapi kami harus menanggung kos untuk membeli peralatan khas itu berharga RM2,000 tetapi kami tidak mampu.
"Dengan hanya bergantung pada pendapatan ayah, Awang Abdullah, 59, yang mengambil upah menoreh getah, tidak mencukupi untuk menampung keperluan hidup kami lima beranak, apatah lagi untuk membiayai pembedahan emak yang mahal," kata anak sulung daripada tiga beradik yang masih menuntut di Universiti Utara Malaysia (UUM), Kedah, kepada pemberita di sini. Sementara itu, Hazimah berkata penyakit mata berkenaan dialami setelah saraf pada bahagian matanya rosak dan dia pula sering mengalami sakit kepala.
"Sejak 10 tahun lalu, saya mengalami sakit di dalam mata dan bahagian kepala, lama-kelamaan mata hitam saya bertukar menjadi warna kelabu, malahan semakin lama, pandangan semakin kabur dan sehingga kini kedua-dua mata langsung tidak dapat melihat," katanya.
"Saya tetap akan berusaha untuk menjalani pembedahan bagi memulihkan penglihatan, saya tidak sanggup untuk terus membebankan keluarga terutama suami yang bekerja mengerah keringat dan terpaksa meluangkan masa untuk menjaga saya sepanjang masa," katanya.
Bagi mereka yang berhasrat untuk menyalurkan sumbangan boleh menghubungi Mohd Firdaus di talian 014-9035423. - BERNAMA
love