>

cik nuyui taip taip

Wednesday, August 31, 2011

Oh! Zila Bakarin........



Tadi ptg... ikut mak koi layan si bongsu tu makan Hainan Fried Rice with ChickenChop (kalau tak silap la namanya) kat OldTown Bentong... ehekss.... pas bayar je... tetibe ade satu awek duk belek2 menu kat cashier tu.. then cakap nak take away.. tapi nak gi toilet dulu.. eheheheheeeh......  tengok gak la sebab agak serba putih.. uiii... pastu tak dan2 order.. pas belek kali kedua baru pasan... oooo.. Zila Bakarin rupenye.....

uiii skali lagi..... mmg tomeiiii la.... cam anak dara je.. eheksssss...... awak nampak putih la... tapi kan... mmg betui la kata kawan koi dulu.... artis neh cam ade geruh depa la... kalau tgk tu.. mmg layak la dia jadik artis.. huhuhu...

 tapi cam biasa la.. koi mmg tak terasa nak bergambar lak.. ehehhe.... bukan segan yek.. tapi tindakan refleks utk bergambar tu mmg teramat la lambatnya.. eheeheeeeehh...... kecuali kalau artis tu tetiba tido umah koi harus la kot pagi esoknya koi amik gambar skali.. ehehehehhehe.... mak koi kata dia org Lembah Klau.... singgah la tu.. balik raya kampung yek....

psstt:... Beyonce dah mengandung you......

love ~nuyui~

Tuesday, August 30, 2011

Merdeka Raya



salam aidilfitri...
dah puas korang beraya siang tadik?? ke masih sambung malam neh.. ahaksss...koi dah tak larat... sok hari Kebangsaan.... korang dah merdeka??... minda? ahakss.... dalam.. masing2 paham sindri...

tahun neh koi raya kat Bentong,Pahang sajo... tahun2 lepas dah balik ke Kg. Sungai Tengas, Selama, Kedah.... tapi last March grandmum dah pulang ke rahmatullah so... tahun neh kembali beraya di Bentong.... lagipun kat sini still ade sorang lagi granny.... the one and only...

cuma.. mood untuk berkumpul macam dulu2 dah tak membuak2 dalam hati.... dulu2.... kalau malam raya.... pasti kecoh umah wan.. ye lah..last berbuka... berkumpul sume... dari mak long sampe ke poksu... ermm...seronok...

ataupun.. raya pertama malam dah sibuk duk bakar ayam.. duk kat pondok wan depan umah (cam gazebo)... umah wan mmg meriahnye.. ye la.. anak 7 campur menantu gi la 13 (paklong dah takde), cucu2.. gi la 24-28 org... ermmm... cicit je baru tahun lepas ade (anak sedare koi) n tahun nih bertambah lagi... mmg seronok....

tapi skang.. lebih suka lepak rumah je... sebab.... ermm... bila keluarga makin berkembang... cucu dah makin besar... masing2 ada pemikiran sendiri.. pendapat sendiri... masing2 konon dah tau pikir mana baik mana buruk.... so masing2 dah ada rasa suka hati aku nak buat apa pun... yang makin memburukkan keadaan...bila... hal sendiri ko tak suka org amik tau.. tapi hal orang lain kalau boleh gali tu.. sedalam mungkin ko nak gali...

balik kepada perkara asal... buat apa pegi kalau dah tau ko akan dijudge luar dalam... apa ko buat.. apa keje ko.. kemana ko pegi.. dengan sapa ko berkawan... apa ko tunggu lagi... anak aku camni.. anak aku lebih bagus... anak aku tau mende nih.. anak aku boleh baut... adoi..... baru jejak kaki.. salam2... dah rasa panas punggung... kalau tak mengenangkan hormat pada yang lebih tua.. rasanya.. ermm... tak jejak dah kaki....

sikap pula makin memburukkan keadaan... bukan nak menghapuskan dosa sesama insan yg ada.. makin menambah pulak gayanya... 

bila la nak merdeka.....

love ~nuyui~

Salam Aidilfitri dan maaf zahir dan batin....


Salam Aidilfitri untuk semua readers putri-roh.blogspot.. thanks sebab sudi singgah menyinggah di blog yg tak seberapa neh.. ehehe.. makan sume okes?>. dah  dapat makan apa yg diidamkan sejakhari pertama puasa.. ahhaha....

cam koi.. syawal.. mmg koi tunggu ketupat palas je.. bukan tadek jual kat bomba chowkit tu.. tapi adoi.. 80 sen se... humangaih..... tak puas makan takat bli 3-4 biji... huhuhu.... jawapannya.. makcik sebelah.... mmg tak miss.. tiap2 tahun ketupat palas dia.. pujaan hati.. ahahha...

then bila balik opis... bli je daun kat pasar jalan raja alang tu... huhu.. share reramai bli beras pulut n panjangkan ke senior kitorang tu.... huhu.. mintak tolong dia masakkan.. bleh makan reramai kat opis.. eheheh....

so, korang?? makanan pe/ biskut pe yg mmg korang tgu2.. nak makan masa raya neh??...

psstt:.... 10hb neh adik koi bertunang.. ehehhehe.....tapi kenapa jari koi yg terasa gatalnye??.. ahakssss...

psstt:...24 hb opis koi wat jamuan raya kat Lanai Gurney.. ahaaa.... dengan seikhlasnya.. koi akan cuba menjejakkan kaki ke sana....
love ~nuyui~

Friday, August 26, 2011

Kisah Seram mengenai Uri


meh baca sikit.... ada tak yang lain penah hadap mende2 cenggini...










Kami sekeluarga tinggal di kawasan timur singapura. Ketika berlaku kajadian yang ingin aku ceritakan ini, kakak iparkuku baru sahaja bersalin dua hari yang lepas. Walaupun dia masih lagi ditahan dihospital, uri bayinya telah dibawa pulang dahulu untuk ditanam. Malangnya uri itu tidak dapat ditanam pada hari ia diwa balik dari hospital kerana hari sudah senja. Uri itu kami letakkan dalam botol di atas meja dapur. Lampu dapur pula dinyalakan kerana menurut orang tua tua, uri bayi yang baru hendaklah diletakkan dekat cahaya supaya tidak diganggu hantu dan syaitan. Jam didinding berdenting menandakan 12.45 tengah malam. Penghuni penghuni lain dirumah sudah nyenyak dibuai mimpi. Aku pula, entahlah. Perasaanku berlainan malam itu. Selalunya tidak begitu. Mata ini belum lagi terasa menmgantuk, sebaliknya perut pulak terasa lapar. Aku terus melangkah menuju ke dapur untuk mencari makanan. Kaki ku baru selangkah menjejak ruang lantai dapur apabila ku lihat lembaga putih ditingkap dqapur-berjalan diudara. Mimpikah aku? Tak kan ada orang berjalan atas angin, jawab hatiku sendiri. Lagi pun, rumah kami ditingkat lima. Aku terus beristighfar. Lembaga itu melintas lagi ditingkap dapur. Tiba tiba ia berhenti, lalu memandang kearahku dan menunjuk ke arah botol yang terletak diatas meja. Matanya merah, bagaikan bebola api. Lendir dicelah celah mulutnya yang keluar sangat menjijikan. Barulah aku sedar yang lembaga itu adalah pontianak. Dengan kuasa Allah, mulutku mula membaca ayat Al Quran. Pontianak itu tiba tiba berlalu, menghilangkan diri. aku kira semuanya sudah selesai, tapi aku tersalah duga. Sejurus kemudian, aku terlihat lembaga itu ditingkap ruangan tamu pula. Ia cuba mencakar cakar dinding ruangan tamu. Aku hairang kenapa ibu ayah tidak sedikitpun mendengar kejadian ini. Mingkin ini suatu ujian untukku. Alhamdulilah, surah yassin telah diletakkan di setiap penjuru dan tingkap dirumahku. Oleh sebab itulah pontianak itu tudak boleh masuk. Aku de dapur lalu mengambil segelas air lalu kubacakan ayat Qursi. Sesudah itu, aku renjiskan keseluruh penjuru rumah dan disemua tingkap. Akhirnya pontianak itu pergi jga dengan hilaian yang sangat menggerunkan. Esok pagi pagi lagi aku mengajak abangku perfi menanam uri anaknya. Waktu melawat kakak iparku dihospital kemudian, diakatakan bahawa anaknya semalaman menangis tak henti henti. Mujur ayahku telah membekalkan surah surah untuk menjadi pendinding. Aku hanya terdiam disitu mendengar cerita mereka. Kejadian malam itu tidak keberitahu sesiapapun.- yahoo mail

love ~nuyui~

Thursday, August 25, 2011

Balik Kampung Tak? Sila Isi Borang ni dan Hantar ke Balai Polis Berdekatan

40773 Borang Maklumat Balik Kampung

haaa...... korang balik mesti paling sikit pun 3-4 hari kan... dan mesti ade menjangkau ke semniggu.. cuti  lama nampak.. ehehe.. okes... mengkalau meninggalkan rumah dengan tempoh yg agak lama tu.. ataupun sekadar untuk angkah berhati2.. sila isi Borang Maklumat Balik Kampung ini yek.. dan hantar ke balai polis yang berdekatan... so dorang bleh la tolong pantau2 sikit.. ronda2 depan umah korang tu... haaa..... tau? tak tau?... isk.. isk. isk....

love ~nuyui~

Pembukaan Lebuhraya Pantai TImur (Fasa 2)

klik gambar untuk imej lebih besar
Ohoho balik kampung!! Ohoho balik kampung!.....

berita baik untuk orang terengganu n kelantan.... Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 telah pun dibuka kepada laluan bermula 22 Ogos 2011... Namun... pembukaan hanya melibatkan Pakej 10, 11 dan 12 yang mana bermula dari Persimpangan Bukit Besi ke Persimpangan Ajil dan seterusnya melalui Persimpangan Telemong ke Persimpanagn Kuala Terengganu sahaja..... ermm... Dari Kuantan (Persimpangan Jabor) menuju ke Persimpangan Bukit Besi jalannya masih belum diturap... so tak leh guna lagi la kan... Sabar... sabar....

Sukacitanya dimaklumkan jajaran Pakej 11 dan Pakej 12 akan dibuka secara rasmi kepada orang awam pada 22hb Ogos 2011. Untuk makluman, pakej 11 dan Pakej 12 telah diwartakan sebagai  Jalan Persekutuan pada 15hb Mac 2011.  Sehubungan itu, orang awam dibolehkan menggunakan jajaran lebuhraya dengan melalui Persimpangan Bukit Besi sehingga Persimpangan Ajill bagi Pakej 10. Seterusnya melalui Persimpangan Telemong ke Persimpangan KualaTerengganu bagi Pakej 11 dan Pakej 12 - ece2.jkr.gov.my

love ~nuyui~

Wednesday, August 24, 2011

Tragedi Kepala Air | 5 maut di depan mata

gambar satelit patal pani waterfall yang kalau tengok takde air pada kebiasaannya...






 korang dah tengok?... mak aii... gerun nye.. sebab kita tau dorang akan hanyut ke bawah air terjun tu..... tak tergambar rasanya... dah la masa air kering tu duk tengok area tu penuh batu batan... kalau dah jatuh bawah waterfall tu aii. tak terantuk ke batu lemas... diberitakan kelima-lima mangsa maut...

tak leh tengok???  gi kat sini je la....

love ~nuyui~

Tuesday, August 23, 2011

Makanan yang menyerupai bahagian tubuh yang diperlukan khasiatnya

 carrot = mata
kacang walnut = otak
celery = tulang
avacado = uterus
kepah = testis
limau gedang = payudara
tomato = jantung
halia = perut
sweet potato = pankreas

love ~nuyui~

Cara buat Telur Rebus berwarna warni.....

wahh.. santek sangat...... kalau hidang time raya neh ada org nak makan tak?...

memula.... basuh telur dan rebus.....
rebus sampai jadik telur rebus ye.. jgn telur 3 suku lak.. kang kene siku dek mak ko kang koi tak jawab..... ahahahaha.....
sejukkan telur tu.. tapi egkalau jari jemari mulus ko tu tahan panas cam makcik celup minyak tu takpe.. silakan buat aksi seterusnya.. iaitu aktiviti meretakkan kulit telur itu.. retak saja.. jgn gi kupas lak.... retak sesedap jari ye...
dah siap aktiviti meretak tu telur tu akan jadik cenggini....
seterusnya.. amik pewarna yang dibenarkan.... kalau rasa nak makan la.... kalau ko nak wat hiasan semata2... takpe.. silakan pakai dye baju tu ye.. ahakssss....
masukkan telur tu dalam plastik... dan titiskan pewarna tu kat celah2 retakan kat kulit telur tu.... dalam platik senang ko nak golek2 telur tu supaya warna gi semua tempat....
bungkus telur tu dalam plastik tadi.. dan biarkan seketika hingga agak2 warna tu merata keliling telur tu...
pastu... silalah basuh telur yang telah siap diwarnakan tu.....
dan silalah kopek kulit telur tu..... barula nampak hasilnya.. kalau tak kopek cam telur pindang je la...
dah siap kupas.... taraaaaaaa.... cantik tak??? hiaslah secukup pandangan mata korang......
kalau putri roh hidang ngan nasi lemak @ laks @ mee rebus di hari raya korang nak dtg makan tak?? eheheheheeh........

pssstt: cik ueda ibrahim n yanina yantoi... nak wat jadi hantaran tak?? ahahahhhahhaaa......

pics credit to Izismile
love ~nuyui~

Adakah hati kita semulia gadis ini?

kalau tiba2 berdepan dengan situasi ini, apakah tindakan refleks kita? apa kata hati? apa kata akal? ermmm.....


kalau dalam LRT ko sanggup buat2 tido daripada nak bagi seat ke org yg lebih memerlukan.. mmg ko takde perasaan cam gadis neh....

kalau nampak org buta duk tepi jalan nak melintas ko bleh buat2 tak nampak pandang tempat lain pun mmg ko takkan de perasaan cam gadis neh...

kalau ko nampak budak kecik ygduk blakang bapak dia (naik motor) tersengguk2 nak tido sampai dah senget2 badan time jalan jem, ko lebih rela kutuk kata apa punya bapak bawak anak naik moto daripada ko nak bg tau bapak dia anak dia nak tertido dah.. ko mmg takde perasaan cam gadis neh....

kalau ko tengok kunci keta duk kat bonet kete ferari merah sedang keta tu tgh bergerak dengan cunnya di jalan raya di Pandan Jaya , tapi ko sikit pun takde rasa nak bagi tau.. ko mmg takde perasaan cam gadis neh.... eh.. tak termasuk ye? oppss....

ermm... pokok pangkal pada hati.... masing-masing....


cerita pasal gadis dan pengemis tu klik sini yek.....
love ~nuyui~

Monday, August 22, 2011

Promo Kenny Rogers - Liverpool FC Asia Tour



ahaa.... ramai tak penggemar Kenny Roger yg jugak peminat kepada Liverpool neh?? peluang utk dapat promo voucher dan jugak car sticker LFC setelah korang spend Rm55 ke atas @ Kenny Rogers terpilih...
tak yah uji akal.. baca petikan facebook Kenny Roger kat bawah neh...

Terms & Conditions
  1. Each receipt is valid for one (1) time redemption only. Items to be redeemed from participating Metrojaya Reject Shop.
  2. This offer only valid at:
    1. KRR Jusco Metro Prima Kepong
    2. KRR Mid Valley Megamall
    3. KRR Jusco Bukit Raja
    4. KRR Subang Parade
    5. KRR IOI Mall
    6. KRR The Mines
    7. KRR Gurney Plaza
    8. KRR Sunway Carnival
    9. KRR Seremban Parade
    10. KRR AEON Bandaraya Melaka
    11. KRR Mahkota Parade
    12. KRR AEON Tebrau City
  3. Only original KRR receipt will be accepted as proof.
  4. This offer is valid for first 2,000 guests and while stocks last.
  5. Redemption is strictly on first come first serve basis.

 siapa cepat dia dapat ye... promosi berlangsung dari 22 Ogos ke 21 October 2011

psstt:.. my mom dah termimpi2 makan @ Kenny Rogers... huhuhu.... nak kena tunaikan neh.... Jom berbuka ptg neh @ Kenny Rogers Ampang Point

love ~nuyui~

Mana Mak....... uwaa........

uwaaa..... sampai kuar air idung arr bace story neh.... huhuhu.... cedih.. cedih.... ceduk dari Blog Teh Secawan.... jom baca... kuar air idung tak?? ahakss.. paling tidak bergenang airmata.. huhuhu.....


Jam 6.30 petang.
Mak  berdiri di depan pintu. Wajah Mak kelihatan resah. Mak tunggu adik bongsu balik dari sekolah agama.
Ayah baru balik dari sawah.
Ayah tanya Mak, “Along mana?’
Mak jawab, “ Ada  di dapur tolong siapkan makan.”
Ayah tanya Mak lagi,” Angah mana?”
Mak jawab, “Angah mandi, baru balik main bola.”
Ayah tanya Mak, “Ateh mana?”
Mak jawab, “Ateh, Kak Cik tengok tv dengan Alang di dalam?”
Ayah tanya lagi, “Adik dah balik?”
Mak jawab, “Belum. Patutnya dah balik. Basikal adik rosak kot. Kejap lagi kalau tak balik juga jom kita pergi cari Adik.”
Mak jawab soalan ayah penuh yakin. Tiap-tiap hari ayah tanya soalan yang sama. Mak jawab penuh perhatian. Mak ambil berat di mana anak-anak Mak dan bagaimana keadaan anak-anak Mak setiap masa dan setiap ketika.
Dua puluh tahun kemudian,

Jam 6.30 petang

Ayah balik ke rumah. Baju ayah  basah. Hujan turun sejak tengahari.

Ayah tanya Along, “Mana Mak?”

Along sedang membelek-belek baju barunya.  Along jawab, “Tak tahu.”

Ayah tanya Angah, “Mana Mak?”

Angah  menonton tv.  Angah jawab, “Mana Angah tahu.”
Ayah tanya Ateh, “Mana Mak?”

Ayah menunggu lama jawapan dari Ateh  yang  asyik membaca majalah.


Ayah tanya Ateh lagi, "Mana Mak?"

Ateh  menjawab, “Entah.”


Ateh terus membaca majalah tanpa menoleh kepada Ayah.

Ayah tanya Alang, “Mana Mak?”
Alang tidak jawab. Alang hanya mengoncang bahu tanda tidak tahu.

Ayah tidak mahu tanya Kak Cik dan Adik yang sedang melayan facebook. Ayah tahu yang Ayah tidak akan dapat jawapan yang ayah  mahu.


Tidak ada siapa tahu di mana Mak. Tidak ada siapa merasa ingin tahu di mana Mak. Mata dan hati anak-anak Mak tidak pada Mak. Hanya mata dan hati Ayah yang mencari-cari di mana Mak.

Tidak ada anak-anak Mak yang tahu setiap kali ayah  bertanya, "Mana Mak?"

Tiba-tiba adik bungsu bersuara, “Mak ni dah senja-senja pun merayap lagi. Tak reti nak balik!!”
Tersentap hati Ayah mendengar  kata-kata Adik.

Dulu anak-anak Mak akan berlari mendakap Mak apabila balik dari sekolah. Mereka akan tanya "Mana Mak?" apabila Mak tidak menunggu mereka di depan pintu.

Mereka akan tanya, "Mana Mak." Apabila dapat nomor 1 atau kaki melecet main bola di padang  sekolah.  Mak  resah apabila anak-anak Mak lambat balik. Mak  mahu tahu di mana semua anak-anaknya berada setiap waktu dan setiap ketika.

Sekarang anak-anak sudah besar. Sudah lama anak-anak Mak tidak bertanya 'Mana Mak?"


Semakin anak-anak  Mak besar, soalan "Mana Mak?" semakin hilang dari bibir anak-anak Mak .
Ayah berdiri di depan pintu menunggu Mak. Ayah resah menunggu Mak kerana sudah senja sebegini Mak masih belum balik. Ayah risau kerana sejak akhir-akhir ini Mak selalu mengadu sakit lutut.

Dari jauh kelihatan sosok Mak berjalan  memakai payung yang sudah uzur. Besi-besi payung tercacak keluar dari kainnya. Hujan masih belum berhenti. Mak menjinjit dua bungkusan plastik. Sudah kebiasaan  bagi Mak, Mak akan bawa sesuatu untuk anak-anak Mak apabila pulang dari berjalan. 

Sampai di halaman rumah Mak berhenti di depan deretan kereta anak-anak Mak. Mak buangkan daun-daun yang mengotori kereta anak-anak Mak. Mak usap bahagian depan kereta Ateh perlahan-lahan. Mak rasakan seperti mengusap kepala Ateh waktu Ateh kecil. Mak senyum. Kedua bibir Mak diketap repat. Senyum tertahan, hanya Ayah yang faham. Sekarang Mak tidak dapat lagi merasa mengusap kepala anak-anak seperti masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka sudah besar. Mak takut anak Mak akan menepis tangan Mak kalau Mak  lakukannya.


Lima buah kereta milik anak-anak Mak berdiri megah. Kereta Ateh paling gah. Mak tidak tahu pun apa kehebatan kereta Ateh itu. Mak cuma suka warnanya. Kereta warna merah bata, warna kesukaan Mak. Mak belum merasa naik kereta anak Mak yang ini.
Baju mak basah kena hujan. Ayah tutupkan payung mak. Mak bagi salam. Salam Mak tidak berjawab. Terketar-ketar lutut Mak melangkah anak tangga. Ayah pimpin Mak masuk ke rumah. Lutut Mak sakit lagi.

Mak letakkan  bungkusan di atas meja. Sebungkus rebung dan sebungkus  kueh koci pemberian Mak Uda untuk anak-anak Mak. Mak Uda tahu anak-anak Mak suka makan kueh koci dan Mak malu untuk meminta untuk bawa balik. Namun raut wajah Mak sudah cukup membuat Mak Uda  faham.

Semasa menerima bungkusan kueh koci dari Mak Uda tadi, Mak  sempat berkata kepada Mak Uda, "Wah berebutlah budak-budak tu nanti nampak kueh koci kamu ni."  

Sekurang-kurangnya itulah bayangan Mak. Mak bayangkan anak-anak Mak sedang gembira menikmati kueh koci sebagimana masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka berebut dan Mak jadi hakim pembuat keputusan muktamat. Sering kali Mak akan beri bahagian Mak supaya anak-anak Mak puas makan. Bayangan itu sering singgah di kepala Mak.

Ayah suruh Mak tukar baju yang basah itu. Mak akur.

Selepas Mak tukar baju, Ayah iring Mak ke dapur.  Mak ajak anak-anak Mak makan kueh koci. Tidak seorang pun yang menoleh kepada Mak. Mata dan hati anak-anak Mak sudah bukan pada Mak lagi.

Mak hanya tunduk, akur dengan keadaan.

Ayah tahu Mak sudah tidak boleh mengharapkan anak-anak melompat-lompat gembira  dan  berlari mendakapnya seperti dulu.


Ayah temankan Mak makan. Mak menyuap nasi perlahan-lahan, masih mengharapkan anak-anak Mak akan makan bersama. Setiap hari Mak berharap begitu. Hanya Ayah yang duduk bersama Mak di meja makan  setiap malam.

Ayah tahu Mak penat sebab berjalan jauh. Siang tadi Mak pergi ke rumah Mak Uda di kampung seberang untuk mencari rebung. Mak hendak  masak rebung masak lemak cili api dengan ikan masin kesukaan anak-anak Mak.
Ayah tanya Mak kenapa Mak tidak telepon suruh anak-anak jemput. Mak jawab, "Saya dah suruh Uda telepon budak-budak ni tadi. Tapi Uda kata semua tak  berangkat."

Mak  minta Mak Uda telepon anak-anak yang Mak tidak boleh berjalan  balik sebab hujan. Lutut Mak akan sakit kalau sejuk. Ada sedikit harapan di hati Mak agar salah seorang anak Mak akan menjemput Mak dengan kereta.  Mak teringin kalau Ateh yang datang menjemput Mak dengan kereta barunya. Tidak ada siapa yang datang jemput Mak.


Mak tahu anak-anak mak tidak sedar telepon berbunyi. Mak  ingat kata-kata ayah , “Kita tak usah susahkan anak-anak. Selagi kita mampu kita buat saja sendiri apa-apa pun.  Mereka ada kehidupan masing-masing. Tak p ayah  sedih-sedih. Maafkan sajalah anak-anak kita. Tak apalah kalau tak merasa  menaiki kereta mereka sekarang. Nanti kalau kita mati kita masih ada peluang  merasa anak-anak   mengangkat kita kat bahu mereka.”
Mak faham buah hati Mak semua sudah besar. Along dan Angah sudah beristeri. Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik masing-masing sudah punya buah hati sendiri yang sudah mengambil tempat Mak di hati anak-anak Mak.

Pada suapan terakhir, setitik air mata Mak jatuh ke pinggan.


Kueh koci masih belum diusik oleh anak-anak Mak.

Beberapa tahun kemudian

Mak Uda tanya  Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik, “Mana mak?”.

Hanya Adik yang jawab, “Mak dah tak ada.”
Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik tidak sempat melihat Mak waktu Mak sakit.

Kini Mak sudah berada di sisi Tuhannya bukan di sisi anak-anak Mak lagi.


Dalam isakan tangis, Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik menerpa kubur Mak.  Hanya batu nisan yang berdiri terpacak. Batu nisan Mak tidak boleh bersuara. Batu nisan tidak ada tangan macam tangan Mak yang selalu memeluk erat anak-anaknya apabila anak-anak datang menerpa  Mak semasa anak-anak Mak kecil dulu.
Mak pergi semasa Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik berada jauh di bandar. Kata Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik mereka tidak dengar handphone berbunyi semasa ayah  telepon untuk beritahu mak sakit tenat.


Mak faham, mata dan telinga anak-anak Mak adalah untuk orang lain bukan untuk Mak.

Hati anak-anak Mak bukan milik Mak lagi. Hanya hati Mak yang tidak pernah diberikan kepada sesiapa, hanya untuk anak-anak Mak..

Mak tidak sempat merasa diangkat di atas bahu anak-anak Mak. Hanya bahu ayah yang sempat mengangkat jenazah Mak dalam hujan renyai.

Ayah sedih sebab tiada lagi suara Mak yang akan menjawab soalan Ayah,

"Mana Along?" , "Mana Angah?", "Mana Ateh?", "Mana Alang?", "Mana Kak Cik?" atau "Mana Adik?".  Hanya Mak saja yang rajin menjawab soalan ayah  itu dan jawapan Mak memang tidak pernah silap. Mak sentiasa yakin dengan jawapannya sebab mak ambil tahu di mana anak-anaknya berada pada setiap waktu dan setiap ketika. Anak-anak Mak sentiasa di hati Mak tetapi hati anak-anak Mak ada orang lain yang mengisinya.
Ayah sedih. Di tepi kubur Mak, Ayah bermonolog sendiri, "Mulai hari ini  tidak perlu bertanya lagi kepada Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik , "Mana mak?" "

Kereta merah Ateh bergerak perlahan membawa Ayah pulang. Along, Angah, Alang dan Adik mengikut dari belakang. Hati ayah  hancur teringat hajat Mak untuk naik kereta merah Ateh tidak kesampaian. Ayah terbayang kata-kata Mak malam itu, "Cantiknya kereta Ateh, kan Bang? Besok-besok Ateh bawalah kita jalan-jalan kat Kuala  Lumpur tu. Saya akan buat kueh koci buat bekal."

"Ayah, ayah ....bangun." Suara Ateh memanggil ayah . Ayah pengsan sewaktu turun dari kereta Ateh..

Terketar-ketar ayah bersuara, "Mana Mak?"   

Ayah  tidak mampu berhenti menanya soalan itu. Sudah 10 tahun Mak pergi namun soalan "Mana Mak?"  masih sering keluar dari mulut Ayah sehingga ke akhir usia.

Sebuah cerita pendek buat tatapan anak-anak yang kadang-kadang lupa perasaan ibu. Kata orang hidup seorang ibu waktu muda dilambung resah, apabila tua dilambung rasa. KataRasulullah saw. ibu 3 kali lebih utama dari ayah . Bayangkanlah berapa kali ibu lebih utama dari isteri, pekerjaan dan anak-anak sebenarnyaSolat sunat pun Allah suruh berhenti apabila ibu memanggil. Berapa kerapkah kita membiarkan deringan telefon panggilan dari ibu tanpa berjawab?

love ~nuyui~

Meh pakat derma sikit sorang...... | Banyak lagi afdal.....

baca story neh... haa.. daripada duk derma kat peminta2 sedekah warga asing yg bleh mewah dengan mengutip sedekah baik kite pakat derma kat warganegara kita yang lebih memerlukan...  bak kata Anastasyea sorang RM1... 2000 org dah cukup.... 

KOTA BAHARU, 21 Ogos (Bernama) -- Tidak sanggup melihat penderitaan ibunya yang sering menahan sakit kepala sejak sepuluh tahun lalu sehingga hilang penglihatan, seorang anak memohon bantuan orang ramai menghulurkan sumbangan RM2,000 untuk membantu ibunya menjalani pembedahan mata.

Mohd Firdaus Abdullah, 23, dari Kampung Kubang Siput, Pasir Hor, berkata ibunya, Hazimah Mat Hassan, 48, disahkan menghidap penyakit mata Glaukoma dan hilang penglihatan sejak empat tahun lalu.

Katanya doktor di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian mengesyorkan beliau membuat pembedahan untuk meletakkan peralatan khas bagi membolehkannya melihat semula.

"Kos perubatan ditanggung HUSM, tetapi kami harus menanggung kos untuk membeli peralatan khas itu berharga RM2,000 tetapi kami tidak mampu.

"Dengan hanya bergantung pada pendapatan ayah, Awang Abdullah, 59, yang mengambil upah menoreh getah, tidak mencukupi untuk menampung keperluan hidup kami lima beranak, apatah lagi untuk membiayai pembedahan emak yang mahal," kata anak sulung daripada tiga beradik yang masih menuntut di Universiti Utara Malaysia (UUM), Kedah, kepada pemberita di sini. Sementara itu, Hazimah berkata penyakit mata berkenaan dialami setelah saraf pada bahagian matanya rosak dan dia pula sering mengalami sakit kepala.

"Sejak 10 tahun lalu, saya mengalami sakit di dalam mata dan bahagian kepala, lama-kelamaan mata hitam saya bertukar menjadi warna kelabu, malahan semakin lama, pandangan semakin kabur dan sehingga kini kedua-dua mata langsung tidak dapat melihat," katanya.

"Saya tetap akan berusaha untuk menjalani pembedahan bagi memulihkan penglihatan, saya tidak sanggup untuk terus membebankan keluarga terutama suami yang bekerja mengerah keringat dan terpaksa meluangkan masa untuk menjaga saya sepanjang masa," katanya.

Bagi mereka yang berhasrat untuk menyalurkan sumbangan boleh menghubungi Mohd Firdaus di talian 014-9035423. - BERNAMA
berat sama dipikul.. ringan sama dijinjing...... kepada yang berpatutan je la kan......

love ~nuyui~

Thursday, August 18, 2011

Saya Nak Join Bloglist andyhowtt


entri khas utk join bloglist andyowtt... erkk.... kenapa?... isk.. koi nak jadi sebahagian dari community andyhowtt di dalam andyhowtt punye territory... ehehehhehehehee....... memanjangkan ukhwah........



korang takmo join ke??? kalu mau.. klik sini okes..... Saya Nak Join Bloglist andyhowtt

love
~nuyui~

Gadis hilang rupanya berpakat minta wang tebusan


hadoi.... apa nak jadik la bebudak zaman skang nih.. mengkalau nak lari.. lari je la... tak yah la buat agenda berpakat ngan teman lelaki mintak wang tebusan ngan family... dah la susah hati anak hilang.. tambah lagi sudah hati dua kali ganda sebab anak kena culik (takut diapa-apakan) dan nak carik wang tebusan lak.. RM50K tu... mengkalau kaya tahan la gak.. mengkalau keluarga sederhana?? mana nak cekau????...

sok nanti kalau kena culik betul2 camne???.... 

rentetan peristiwa baca sini dan sini



love ~nuyui~

Wednesday, August 17, 2011

Disclaimer



Disclaimer.... Penafian.....
sebagai penulis blog mende nih penting tak?... harap otai2 blogger boleh share pendapat mengenai perkara nih?... 

bukan pe... 

sebelom nih kalau ade readers tak suka apa saya tulis saya remove je... tapi tu dia bagi tau.. kalau dia tak bagi tau dia tak suka... tetiba dia nak amik tindakan boleh ke?...

isk.. isk.. isk.... walaupon dalam entry tu ditulis sebarang tindakan lanjut hubungi pihak berkenaan.. ermm... 

tolong.. tolong.....


love ~nuyui~

[Lagu] Tamalli Maak - Amar Diab | Lirik & MP3 | Versi Hidustan pun ada....


pagi-pagi dengar lagu arab... ehehhehee.....  encem lak penyanyi dia... pastu teringat lak citer murder lakonan Malikka Sherawat ngan Emran Hashmi... yang mana citer tu sama lak ngan citer Unfaithful lakonan Diane Lane ngan Oliver Martinez n Richard Gere.... dua2 version pun mmg best....
 
Tamalli maa’aak walaou hatta baa’eid a’aani fi aalbi hawaak.
 
Tamalli maa’aak, tamalli if- baali iw-if aalbi wala bansaak.
 
Tamalli wahishni laou hatta bakoun way-yaak.
 
Tamalli maa’aak walaou hatta baa’eid a’aani fi aalbi hawaak.
 
Tamalli maa’aak, tamalli if- baali iw-if aalbi wala bansaak.
 
Tamalli wahishni laou hatta bakoun way-yaak.
 
 
Tamalli habeebi mihtajlak. Tamalli a’aiynayya tistahlak. Walaou hawalayya
 
killi ilkoun, bardhouh yahabeebi mihtajlak.
 
Tamalli habeebi mihtajlak. Tamalli a’aiynayya tistahlak. Walaou hawalayya
 
killi ilkoun, bardhouh yahabeebi mihtajlak.
 
 
Eih...
 
Eih...
 
 
Tamalli maa’aak, maa’aak aalbi, maa’aak rouhi, ya aghla habeeb, ya aghla
 
habeeb.
 
Iw mahma itkoun baa’eid a’anni li-aalbi areib.
 
Ya omri elgaay wilhaadher, ya ahla naseeb.
 
Tamalli maa’aak, maa’aak, maa’aak omri, ya aghla habeeb, ya aghla habeeb,
 
ya aghla habeeb.
 
Iw mahma itkoun baa’eid a’anni la-aalbi areib.
 
Ya omri elgaay wilhaadher, ya ahla naseeb.
 
 
Tamalli habeebi bastahlak, tamalli a’aiynayya tistahlak. Walaou hawalayya
 
killi ilkoun, bardhouh ya-habeebi mihtajlak.
 
Tamalli habeebi bastahlak, tamalli a’aiynayya tistahlak. Walaou hawalayya
 
killi ilkoun, bardhouh ya-habeebi mihtajlak.
 
 
Eih, eih, eih, eih, eih, eih, eih, eih, eih, eih.
 
Eih, eih, eih, eih, eih, eih, eih, eih, eih, eih.
 

Tamalli habeebi bastahlak, tamalli a’aiynayya tistahlak. Walaou hawalayya
 
killi ilkoun, bardhouh ya-habeebi mihtajlak.
 
 
Tamalli habeebi bastahlak, tamalli a’aiynayya tistahlak. Walaou hawalayya
 
killi ilkoun, bardhouh ya-habeebi mihtajlak.


mp3 - download sini

versi hindustan (filem murder) - klik sini



love ~nuyui~

Thursday, August 11, 2011

Meh Vote untuk baby comel Muhammad Abid Imran



sahabat2... readers tersayang.. eheheh.... (pancing undi)... sudi2kanlah vote utk my fren Mimi's baby..... utk contest Cutest Kid On The Block Contest.... klik sini.. and sila like ramai2 okes... tengkiu so much.... pastu bleh jamu mata tengok baby2 lain yg comei tomei... ahakss.. geramnyeeeeeeee.......

love ~nuyui~

Monday, August 8, 2011

Bonus 1/2 bulan Gaji buat Penjawat Awam


Berita gembira untuk penjawat awam.... tengah bulan neh bleh cek akaun memasing yek... BONUS sebanyak setengah bulan gaji akan dikreditkan ke akaun emaing... paling minima adalah RM500.... tanda prihatin kerajaan kepada penjawat awam untuk membuat persediaan utk menyambut Syawal neh..  ahaks....

 buktinya.. eheheeh..

Kerajaan umum bonus setengah bulan untuk penjawat awam

08/08/2011 6:15pm

KUALA LUMPUR 8 Ogos – Kerajaan bersetuju membayar bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada penjawat awam bulan ini.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan juga bersetuju memberi bayaran khas sebanyak RM500 kepada pesara kerajaan.
"Bonus dan bayaran khas ini akan dibuat pada pertengahan bulan ini,” kata Najib yang juga Menteri Kewangan dalam satu kenyataan hari ini.
Katanya, bonus itu adalah bagi menghargai sumbangan serta dedikasi penjawat awam dalam memudah dan menjayakan pelaksanaan program pembangunan negara.
Perdana Menteri berkata, kerajaan berharap pemberian bonus dan bayaran khas ini dapat meringankan beban penjawat awam dan para pesara kerajaan dan membantu mereka membuat persediaan menyambut Hari Raya Aidilfitri. – Bernama


senyum... tak perlu kata apa-apa......... ? erkkk.. alhamdulilah la.....

love ~nuyui~

Kadar Zakat Fitrah bagi Tahun 1432H | 2011

 

Waktu-waktu mengeluarkan zakat fitrah :
* waktu paling afdal adalah sebelum Solat Sunat Hari Raya Aidilfitri
* wajib ketika terbenamnya matahari 30 Ramadhan sehingga terbit fajar keesokkan harinya
* sunat dibayar dari 1 - 30 Ramadhan
* makruh apabila setelah usai Solat Sunat Hari Raya hingga terbenam matahari 1 Syawal
* haram dibayar selepas terbenamnya matahari 1 Syawal


Niat bayar zakat : 

“Wang sebanyak $____ ini sebagai menunaikan zakat fitrah, yang wajib keatas diri & keluarga saya untuk tahun ini tunai kerana Allah taala “



love ~nuyui~

Sunday, August 7, 2011

Gambar Apek berpegangan tangan ngan Dahlia Teck | Kantoi sudahhhh...


haa... kata takde pegang2 tangan..ermm...

makin panas citer dorang neh.. walauponn pertunangan between Jejari Runcing n Apek neh dah pun putus a week before...memula kuar citer pasal apek n elia neh... mmg kesian abes ngan elia.... then kurang sket kesian (but still) bila elia menunjukkan tatacara kurang bijak bila memburukkn si tunang (masa tu still) di FB nye....

sebab bg koi.. lelaki akan makin kurang bijak wat keputusan bila diterjah bertubi2 camtu... ermm.. hasilnya... Apek memutuskan utk putuskan ikatan depa tu... (walaupun Elia kuar statement kata dia tak tahu pun Apek nak putus)...

bg koi... Apek mungkin rasa dayus utk teruskan relation dorang when Elia dh posted dlm FB dia pasal Apek berubah n tengking mak dia so bagai... so utk apa lagi dia terima org yg dah burukkan dia kan?.. walaupon... Elia dh stop komen pasal tu lepas tu...

then kuar lak story mory dari somebody yg claimed ex-boyfriend si jejari runcing neh.... macam2.....

pompuan ditindas.. camni.. lelaki ditidas.. camtu.... sampai kata KARMA pada si Elia tu.... tapi tak lupa gak la pada Dahlia Teck tu kan.... kenapa ganggu tunangan org?????..... sebab tu je org tak leh nak terima....

neway.... buat Apek n Dahlia Teck... all da best.... buat Elia... semoga tabah dan tak ulangi kesilapan lalu dan masa lalu... buat ex-boy Elia... ermm.... harap dah move on... bunga idak sekuntum.....

credit gambar to Oh Bulan

psssttt: wah.. komen2 korang pun bleh tahan yek.... ehehe.... entry adalh ikut keadaan semasa yek... huhu... kalau 2 min lepas entry neh kuar pun di nobatkan cerita neh hanya gempak je.. dorang neh tak penah putus tunang pun.. koi nak kata guane... udah flow semasa nye gitu.... ehehhe....

love ~nuyui~

Friday, August 5, 2011

Tips guna lif tanpa perlu berhenti-henti

jenjalan blog scaniaz jumpe lak tips neh.. ahaa.... apa kata kite aci cuba try test....  jadik ke tak... umah koi tingkat 3 je cam tak berhasil.. nak cepat turun kut tangga je.. ahahahhhaa.....


love ~nuyui~

Saya Mahu Duit Syilling Malaysia Siri Ketiga dari Eyriqazz.Com


Entry kegemaran saya di Eyriqazz.Com adalah Gambar Terlampau Anak Beranak dan Tutti Frutti, Terjahi Lagi kerana saya dapat rasakan betapa la MR. GTO kita neh sayang family dan amat disayangi oleh famili nye jugak... huhu... Family Man...
love ~nuyui~

Tuesday, August 2, 2011

FB info | Cara nak detect gambar palsu di Facebook

sukacita ingin dikongsi bersama... eheheheh....

anda rase anda jatuh cinter dengan jejaka encem / awek cun di facebook??.. ahaa.. sebelom tertipu atau ditipu... check dulu gambo dia tu dia ke bukan.. eheehehe...

koi suke nak share kat sini entri dari Jangan Ignore ....

cara-caranya...


1. Pi kat Google.com

2. click kat Images 


3. Dekat kotak search tu ade pic camera kan.. click kat ikon tu..


4. masukkan URL gambar yg nak dikenalpasti tu.. juga boleh diupload dr komputer memasing..

5. Dah siap nanti akan kuar gambar2 yg similar dgn gambar yg ko nak check tu... check la kepastiannya empunyanye tu... kalau gambar curi maka akan kuar byk gambar yg sama tu...

quote ayat Encik Ji : kesian kat adik-adik yang kena tipu dek mamat facebook
Bank Negara  kuar duit khas RM6 sempena Adilfitri???
love ~nuyui~

Monday, August 1, 2011

Pertunangan Khairul Fahmi - Elia putus akhirnya...


akhirnya.... kesian gak kat couple neh... dalam pada maybe boleh dipulihkan... terus padam... koi rase bahana alam maya neh kadang2 main peranan jugak.... Elia terlebih emosi pun terkeluarkan kenyataan yg tak sepatutnya.. yg patut disimpan utk pengetahuan kaum keluarga je... Lelaki.. kalau takmo serabut2 boleh amik keputusan tak dijangka...

Metro Ahad semalam Elia kata de bukti.. de pompuan dtg jumpa kata ada hubungan ngan si apek.. ermm...

KUALA LUMPUR: “Saya langsung tidak tahu dia mahu putuskan pertunangan kami. Saya hanya mengetahuinya melalui akhbar (Metro Ahad) hari ini (semalam),” kata Aimie Harmelia Mohd Hashumi, 22, tunang penjaga gol nombor satu negara, Khairul Fahmi Che Mat.
Sehubungan itu, Aimie Harmelia atau lebih mesra dengan panggilan Elia menafikan dakwaan Khairul Fahmi keputusan memutuskan pertunangan diambil selepas berbincang dengannya.
“Dia tidak pernah cakap apa-apa mengenai keputusannya (putus tunang), tiba-tiba dia keluarkan kenyataan dalam akhbar membuatkan saya dan keluarga begitu terkejut,” katanya ketika dihubungi, semalam.
Elia berkata, pergolakan dalam hubungan mereka sudah berlarutan sejak sebulan lalu dan lebih memburukkan keadaan apabila Khairul Fahmi enggan berjumpanya bagi menyelesaikan masalah mereka.
“Apabila diajak berbincang, pelbagai alasan diberikan malah saya pergi berjumpanya selepas perlawanan persahabatan skuad negara menentang Liverpool pertengahan bulan lalu untuk menyelesaikan masalah kami, namun ditolaknya,” katanya.
Mengenai kenyataan Khairul Fahmi pertunangan mereka berakhir bukan kerana orang ketiga, Elia menegaskan kenyataan itu hanya helah Khairul Fahmi untuk `menyelamatkan' dirinya sedangkan banyak bukti menunjukkan dia ada hubungan dengan wanita lain.
“Pada saya punca sebenar masalah kami memang disebabkan orang ketiga dan saya mempunyai bukti kukuh mengenainya. Mungkin disebabkan itu dia enggan bertemu saya,” dakwanya.
Elia mendakwa, kewujudan orang ketiga dalam perhubungannya dengan Khairul Fahmi sudah diketahuinya sejak awal Julai lalu melalui pelbagai petunjuk, malah selepas diselidikinya dia percaya Khairul Fahmi ada hubungan dengan wanita lain sebelum mereka bertunang lagi.
“Saya menelefonnya untuk mendapatkan kepastian dan memintanya berterus terang, namun dia enggan berbuat demikian. Dia cuma beritahu ada masalah dan akan bincang dengan keluarganya.
“Saya tidak henti-henti berdoa supaya Allah berikan petunjuk bagi menyelesaikan kemelut yang berlaku antara kami. Tak sangka, tak lama selepas itu ada seorang wanita datang berjumpa saya dan mengaku ada hubungan istimewa dengan Khairul Fahmi,” katanya.
Menjawab satu soalan, Elia mengaku ada mengeluarkan kenyataan dalam laman sosial facebook mengenai tindakan Khairul Fahmi menengking ibunya (Elia).
“Mungkin tindakan itu salah saya, tapi selepas itu saya mendiamkan diri dan tidak keluarkan sebarang kenyataan lagi sebab ingin memberi masa kepadanya memulihkan keadaan. Tidak sangka pula dia sudah buat keputusan dan menghebahkan di akhbar tanpa berbincang terlebih dulu dengan saya,” katanya.
Elia berkata, tindakan Khairul Fahmi memutuskan pertunangan memang dikesalinya kerana dia sudah menyiapkan sedikit sebanyak persiapan untuk perkahwinan mereka yang sepatutnya berlangsung pada hujung Oktober ini.
Sementara itu, ibu Elia yang enggan namanya disiarkan berkata, walaupun sedih dengan apa yang berlaku dia bersyukur kerana Allah memberikan petunjuk sebelum perkahwinan anaknya berlangsung. “Namun, mak cik minta dia (Khairul Fahmi) selesaikan semua ini dengan cara baik. Jika dulu dia meminang anak mak cik dengan cara baik, seeloknya mahu putus pun biarlah dengan cara baik, bukan cara sebegini,” katanya.

kadang2 kalau kat org biasa2... ade awek baru dtg serang cakap 'ko jgn ganggu si A (bukan nama sebenar)lagi pasal dia aku yg punye skang".. " Dia dah taknak ngan ko lagi.." "ko jgn ganggu si B (bukan nama sebenar) dia couple ngan aku skang".. "dia taknak bagitau ko sebab taknak ko bunuh diri" haaa camtu skali...choiii...(maybe la kan).. 


kadang2 terpikir lak... "kalau dah dia takmo kat aku, buat apa aku nak tegakkan benang yg basah lagi?"... "macam somebody penah kabor ke koi dulu, jgn rendahkan diri kita ke tahap paling bawah... tunjukkan kita neh kuat... tindak tanduk dia tak mampu jatuhkan kita... biar nanti dia menyesal... dia kehilangan sesuatu yg paling berharga dalam hidup kita...."


harap Elia tabah lepas neh okes.... n Apek.. wish u all da best...




pssttt: dengar2 Ally Iskandar pun dah putus tunang.... betui ka?.. sapa tau....

love ~nuyui~

abadikan gambar instagram korang

ce citer.. ce citer....

Get widget here

koi bace deme nih....

~rombongan cik nuyui~