>

cik nuyui taip taip

Wednesday, November 23, 2011

Permohonan untuk PJJ @ USM kini dibuka

okay geng.. sape yang minat, permohonan untuk PJJ kat USM dah pun dibuka... 




PENDAFTARAN
1. Pemohon perlu mendaftar melalui laman web https://pohon.usm.my/ppjj yang boleh dicapai melalui laman web rasmi USM http://www.usm.my.
2.
Pemohon dikehendaki memasukkan maklumat berikut :-
           No. Kad Pengenalan / Mykad / No.Tentera / No.Polis
           Kata Laluan (ciptaan sendiri 5-15 aksara)
           Nama Ibu
           Alamat emel yang aktif dan betul
3. Nombor Rujukan akan dipaparkan dan juga diemelkan setelah proses pendaftaran berjaya. Sila gunakan Nombor Rujukan yang diberikan semasa berurusan dengan USM.
PERMOHONAN
 1. Anda perlu Login menggunakan Nombor Rujukan yang telah diberi dan Kata Laluan yang anda tetapkan semasa pendaftaran. Gunakan kemudahan Lupa Kata Laluan jika anda terlupa kata laluan dan hubungi nombor 1 300 888 876 sekiranya terlupa Nombor Rujukan.
 2. Pemohon mesti mengisi semua maklumat yang dikehendaki. Maklumat bertanda * mesti diisi untuk membolehkan pemohon pergi ke langkah seterusnya.
 3. Setelah selesai mengisi maklumat, pemohon perlu klik ”SETERUSNYA>>” untuk ke langkah seterusnya.
 4. Sila Sahkan maklumat / keterangan / data pada permohonan yang diberikan adalah benar dengan klik pada butang [SETUJU] atau [TIDAK SETUJU]. Kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan permohonan anda tidak akan diproses. Setelah butang [SETUJU] di klik sistem akan mengesahkan status penerimaan permohonan anda.
5. Permohonan ke Universiti Sains Malaysia (USM) dikenakan bayaran wang proses sebanyak RM 60.00. Pemohon perlu melengkapkan borang permohonan sebelum membuat pembayaran. Pembayaran boleh dibuat secara dalam talian atau tunai di kaunter CIMB Bank Berhad. Tatacara pembayaran akan ditunjukkan selepas pemohon mengesahkan permohonan mereka.
 6. Sila cetak dua (2) salinan borang permohonan yang telah lengkap diisi. Satu (1) salinan adalah untuk simpanan pemohon dan satu (1) salinan perlu dihantarkan bersama-sama :-
      a) satu (1) salinan MyKad
      b) satu (1) salinan sijil SPM
      c) satu (1) salinan sijil STPM (jika berkaitan)
      d) satu (1) salinan sijil Diploma (jika berkaitan)
      e) satu (1) salinan lengkap transkrip Diploma (jika berkaitan) dan
      f) dokumen-dokumen lain yang berkaitan ke alamat seperti dibawah :

SEKSYEN PENGAMBILAN PELAJAR
BAHAGIAN PENGURUSAN AKADEMIK
JABATAN PENDAFTAR

ARAS 2, BANGUNAN CANSELORI,
UNIVERSITI SAINS MALAYSIA, 11800 USM,

PULAU PINANG.

pastikan semuanya lengkap yek....
love ~nuyui~
Comments
2 Comments

2 geng putri roh yg tomeiii....:

Anonymous said...

Salam. . Bila agaknya sesi 2013/2014 akn dibuka ya? Boleh x info kt sy faez-0142915020

Anonymous said...

Bila baca penulisan nie berulang kali... saya jadi hormat dengan pendirian awak...
tak keterlaluan saya kata, walaupun banyak blogger
kita dah semakin kurang sopan.. tapi awak tetap dengan pendirian awak yg sederhana..
dari peminat blog awak ;)

My blog post ... Affiliate Malaysia

abadikan gambar instagram korang

ce citer.. ce citer....

Get widget here

koi bace deme nih....

~rombongan cik nuyui~