fuhh.... mengkalau kita dtg dari utara... kuar dari tol jalan duta... bleh namapak tersergam indah istana baru neh... memang saujana mata memandang.. n.. tadek la kite nampak pintu gerbang je...
Istana baru ni juga akan jadi lokasi pertabalan Yang Dipertuan Agong yang ke-14 pada 14 Disember 2011 ni nanti iaitu baginda Sultan Kedah Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah di mana ini adalah merupakan kali kedua baginda dipilih sebagai Yang Dipertuan Agong.
Sebelum ini Baginda merupakan Yang DiPertuan Agong ke-5 yang memerintah untuk tempoh 21 September 1970 hingga 20 September 1975.
Bagi Sultanah Kedah iaitu Sultanah Tuanku Haminah Hamidun pula ini merupakan kali pertama bagi baginda menaiki takhta Permaisuri Agong setelah ditabalkan menjadi Sultanah Kedah pada 9 Jan 2004. Baginda ditabalkan sebagai Sultanah Kedah selepas kemangkatan Almarhum Tuanku Sultanah Hajjah Bahiyah pada tahun 2003.
Daulat Tuanku. Selamat bersemayam di atas takhta.
Baca pasal sistem perlantikan Yang DiPertuan Agong Malaysia kat sini
kredit to : sumber 1, sumber 2
love