>

cik nuyui taip taip

Wednesday, November 2, 2011

(INFO) Borang bantuan Insentif tunai berjumlah RM500 dikeluar bulan Disember

berita yang memang dinanti-nantikan oleh ramai orang.. ehehehehe.... sila baca yek...

KAJANG – Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) bakal mengeluarkan borang permohonan pemberian bantuan kewangan RM500 kepada isi rumah yang berpendapatan bulanan RM3,000 ke bawah mulai Disember ini.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Dr. Mohd. Shukor berkata, borang tersebut boleh didapati di kesemua cawangan LHDN dan 17 pusat khidmat hasil di semua daerah seluruh negara.
“Kita juga bakal memaparkan borang-borang tersebut secara dalam talian bagi membolehkan pemohon memuat turun dan mungkin juga akan disiarkan dalam akhbar-akhbar tempatan,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas hadir merasmikan sambutan Hari Inovasi LHDN 2011 di Akademi Percukaian Malaysia di Bandar Baru Bangi di sini semalam.
Perdana Menteri telah mengumumkan insentif tersebut pada pembentangan Bajet 2012 di Dewan Rakyat pada Oktober lalu.
Insentif tunai berjumlah RM500 kepada isi rumah yang berpendapatan RM3,000 ke bawah itu merupakan sebahagian daripada usaha kerajaan membantu menangani kesulitan golongan berpendapatan rendah.
Jelas Mohd. Shukor, pihaknya kini 98 peratus telah bersedia bagi mengendalikan mereka yang layak memohon insentif tersebut.
“Kita sekarang hanya menunggu keputusan akhir daripada Kementerian Kewangan bagi mengemas kini definisi isi rumah yang dijangka siap dalam tempoh dua minggu lagi,” jelasnya.
Ujarnya, pihaknya menjangkakan pembayaran insentif tersebut bakal dilakukan bermula Januari tahun hadapan secara berperingkat-peringkat.
“Bagi kita (LHDN) tempoh selama 14 hari bekerja bagi memproses semua permohonan yang layak,” ujarnya.
Katanya, setiap permohonan yang berjaya bakal dilunaskan oleh Akauntan Negara menerusi bank-bank yang akan dilantik.
Pihaknya turut menjangka seramai tiga juta isi rumah bakal terlibat dengan pemberian insentif tersebut dan maklumat mengenai mereka akan diperoleh menerusi kerjasama sistem pangkalan data e-Kasih dan Jabatan Kebajikan Masyarakat.
Sumber : Kosmo Online

haa... banyak keyword menarik tu...

- boleh print borang online... haa.. bagusss.. takde la tercari2 kan.... atau penuh kat LHDN tu tapi baru nak amik borang... eheheeh

- definisi isi rumah tu penting jugak la kan.. nak la tau... kalau umah tu ade mak pak je... anak-anak yang bujang sume dah duk menyewa umah lain nak dikira macamana tu.. adakah termasuk dalam umah mak pak?.. atau mak pak kira satu umah... anak-anak bujang yang menyewa rumah lain kira satu umah... ermmmm... nak tau gak kan...

love ~nuyui~
Comments
0 Comments

0 geng putri roh yg tomeiii....:

abadikan gambar instagram korang

ce citer.. ce citer....

Get widget here

koi bace deme nih....

~rombongan cik nuyui~