>

cik nuyui taip taip

Tuesday, December 31, 2013

Subsidi Yuran TASKA di Tempat Kerja Sektor AWAM



Melalui pembentangan bajet 2014 hujung Oktober 2013 yang lalu, kerajaan telah bersetuju menaikkan kelayakan pendapatan bulanan isi rumah penjawat awam daripada RM3,000.00 kepada RM5,000.00 bagi melayakkan penjawat awam menerima subsidi yuran TASKA yang sedia ada diperuntukkan sejak tahun 2008 lagi.

Ini adalah bagi anak yang berumur di bawah 4 tahun sahaja, di mana kadar subsidi yang diberikan adalah sebanyak RM180 sebulan bagi seorang anak, dan bakinya perlu ditanggung oleh ibu atau bapa sendiri.

Semua permohonan untuk mendapatkan subsidi hendaklah menggunakan ‘Borang TASKA 2014’ 
Permohonan hendaklah disokong oleh Ketua Jabatan agensi berkenaan di mana pegawai itu berkhidmat dengan dikepilkan bersama: 
1 salinan penyata gaji; 
2 salinan Sijil Kelahiran/ MyKid anak; 
3 salinan Sijil Kelahiran/ MyKid anak dan Sijil Pengangkatan daripada Jabatan Pendaftaran Negara jika anak angkat/ anak pelihara; 
4 salinan Sijil Kelahiran/ MyKid anak dan dokumen menunjukkan hubungan dengan anak tersebut jika anak tiri; dan 
5 salinan penyata gaji suami/ isteri. Bagi suami/ isteri yang tidak berkhidmat dengan Kerajaan sama ada suri rumah, bekerja sendiri atau bekerja di sektor swasta, dokumen atau keterangan berkaitan perlu disahkan oleh Ketua Jabatan pegawai. 

akan tetapi... tiap2 tahun penyata pendapatan perlu dihantar ke bahagian sumber manusia untuk memperbaharui permohonan.. di mana sekiranya tahun kedua gaji dan melebihi RM5000, subsidi tidak lagi akan diberikan kepada penjawat awam tersebut.

sukacita nak bagitau pegawai boleh menghantar anak ke TASKA di kementerian atau jabatan kerajaan selain daripada tempat kerjanya, dan layak memohon subsidi daripada Bahagian Sumber Manusia atau bahagian yang menyelaras urusan mengenai TASKA di agensi Kerajaan masing-masing. 

untuk maklum lebih lanjut bleh baca pekeliling tu sendiri ye... PEKELILING PERKHIDMATAN BIL. 38/2013

atau kalau susah jugak nak bukak.. emel saya utk saya emelkan PEKELILING PERKHIDMATAN BIL. 38/2013 tersebut....

putri_roh@yahoo.com

love ~nuyui~
Comments
0 Comments

0 geng putri roh yg tomeiii....:

abadikan gambar instagram korang

ce citer.. ce citer....

Get widget here

koi bace deme nih....

~rombongan cik nuyui~