>

cik nuyui taip taip

Monday, December 30, 2013

Tuntutan Insurans Bencana Alam | Kakitangan Kerajaan

sumber | google


kepada penjawat-penjawat awam yang terlibat dengan banjir baru2 ini di Pahang, Terengganu dan Johor

KUALA LUMPUR 27 Dis. - Semua mangsa banjir di Terengganu, Pahang dan Johor yang merupakan penjawat awam dan pemegang akaun pinjaman perumahan Perbendaharaan boleh membuat tuntutan pampasan bencana alam kepada syarikat insurans dalam waktu terdekat. 

Kementerian Kewangan turut menasihatkan semua mangsa mengemukakan segera tuntutan insurans bencana alam daripada panel insurans masing-masing. "Mangsa boleh membuat tuntutan dengan menghubungi syarikat insurans atau takaful yang sedia memberikan perkhidmatan masing-masing. 
"Sehubungan itu, kementerian berharap semua mangsa mengemukakan tuntutan untuk mempercepatkan proses pembayaran pampasan," katanya dalam kenyataan di sini hari ini. Menurut Kementerian Kewangan, tuntutan insurans boleh meliputi perkara-perkara seperti kerosakan struktur bangunan contohnya dinding, lantai, atap, siling dan sebagainya. Katanya, turut layak adalah kes pecah rumah iaitu kecurian semasa banjir, tangki air pecah dan kecederaan orang awam (pihak ketiga) akibat kemalangan di dalam rumah. Turut tersenarai katanya, perbelanjaan hotel atau rumah sewa dalam tempoh baik pulih yang tidak dapat didiami. 
Maklumat lanjut boleh diperoleh di laman sesawang www.bpp.treasury.gov.my dan meja bantuan banjir di talian 03-8880 2121.

love ~nuyui~
Comments
0 Comments

0 geng putri roh yg tomeiii....:

abadikan gambar instagram korang

ce citer.. ce citer....

Get widget here

koi bace deme nih....

~rombongan cik nuyui~