>

cik nuyui taip taip

Wednesday, December 31, 2014

Skim Biasiswa Sukan (SBS) 2015 Kementerian Pendidikan Malaysia | Tarikh Tutup Permohonan | Borang Permohonan


Borang permohonan Skim Biasiswa Sukan (SBS) tahun 2015 KPM. Menerusi kenyataan rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia, sukacita dimaklum bahawa permohonan SBS 2015 dibuka mulai 5 Januari 2015 sehingga 30 Mac 2015.

Borang Permohonan Skim Biasiswa Sukan 2015 KPM

Borang yang telah dilengkapkan hendaklah dihantar ke Unit HEM/Unit Sukan, Jabatan Pelajaran Negeri masing-masing setelah mendapat pengesahan pengetua pada atau sebelum 30 Mac 2015.

Syarat Kelayakan Skim Biasiswa Sukan 2015
  • Sedang belajar di Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 di Sekolah Menengah Harian, Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Sekolah Menengah Teknik, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK);
  • Berada di bawah tanggungjawab Jabatan Pendidikan Negeri berkenaan ATAU Sedang belajar di Kolej Vokasional di Tahun 1 dan 2 sahaja ATAU Sedang belajar di Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 di Sekolah Sukan Malaysia yang berada di bawah tanggungjawab Bahagian Sukan.
  • Menunjukkan prestasi cemerlang dalam jenis-jenis sukan tertentu dengan sekurang-kurangnya telah mewakili negeri di peringkat kejohanan MSSM dan Liga Sukan KPM; dan
  • Tidak menerima sebarang biasiswa atau elaun (insentif lain) daripada agensi kerajaan dan bukan kerajaan.


Tarikh Tutup Permohonan
30 Mac 2015


love ~nuyui~
Comments
0 Comments

0 geng putri roh yg tomeiii....:

abadikan gambar instagram korang

ce citer.. ce citer....

Get widget here

koi bace deme nih....

~rombongan cik nuyui~