trending hari ni yek pasal villa nabila kat johor bahru neh...
semuanya pasal kes 23 budak hilang selepas masuk ke bangunan neh tengah malam 18 Nov.. (wah mlm tadik ke?...)
30 orang budak masuk.. hanya 7 org berjaya keluar.. lagi 23 hilang.. x dapat dikesan...
dan banyak lah citer pasal Villa Nabila neh kuar.. citer macam... camne bleh jadik berhantu... sapa sebenar pemilik villa nabila neh... dan pelbagai versi kematian si nabila neh pun tersebar la...
ada yg kata nabila neh dibunuh oleh kontraktor baikpulih villa tu dan di tanam dalam tiang rumah.. ada yg kata di bunuh dek makcik dia sendiri pasal perebutan harta.. dimana parent si nabillah mmg tersangatlah kaya rayanya... danpelbagai lagi yg boleh korang google...
actually.. sejak awal tahun .. memang Villa Nabila neh dah termasuk dalam senarai 5 Bangunan paling Menyeramkan di Malaysia neh... (5 okay.. bukan 50.. 500...)... short listed tu.. makna mmg berhantu giler...bahkan portal pelancongan Amerika pun telah menyenaraikan Danga Bay sebagai antara tempat berhantu disebabkan ada Villa Nabila neh.. fuiyoo... (depa penah kena ke?)
maka disebabkan terlalu trending.. maka pihak Polis DiRaja Malaysia telahpun mengeluarkan kenytaan bahawa.. mereka tidak menerima sebarang aduan a.k.a report yang menyataan 23 orang budak bawah umo 20 tu hilang selepas memasuki Villa Nabila...
naun.. mereka menerima 1 report menyatakan... seorang budak.. diulangi SEORANG budak telah hilang selepas memasuki Villa Nabila ini...
baca di bawah...
JOHOR BARU: Laporan mengenai kehilangan seramai 23 orang kanak-kanak di banglo berhantu, Villa Nabila yang tersebar di media sosial adalah tidak benar. Timbalan ketua Polis Johor Bahru Selatan, Supritendan Abdul Samad Salleh berkata, polis hanya menerima satu laporan mengenai seorang remaja lelaki berusia 16 tahun yang hilang sejak Sabtu lalu dan kononnya dilihat memasuki villa tersebut.
“Ia hanya khabar angin. Saya menasihati orang ramai supaya tidak mempercayainya dan berhenti menyebarkan khabar angin itu,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.
Khabar angin tersebar di Internet mengenai sekumpulan kanak-kanak bermain di rumah tinggalan itu dilaporkan hilang.
Abdul Samad berkata polis telah menerima satu laporan mengenai kehilangan seorang remaja lelaki.
Baru-baru ini, portal pelancongan yang berpangkalan di Amerika Syarikat (AS), Expedia menyenaraikan Danga Bay sebagai antara lima destinasi berhantu di Malaysia kerana lokasi Villa Nabila.
Banglo itu terletak di atas bukit yang menghadap Selat Johor.
Terdapat beberapa versi bagaimana banglo berusia 40 tahun itu mendapat namanya termasuk kisah pembunuhan keluarga Caucasian kaya yang pernah tinggal di situ.
Versi lain mendedahkan bagaimana pembantu rumah merupakan dalang pembunuhan itu dan membunuh keluarga tersebut termasuk seorang anak perempuan bernama Nabila dan mayatnya ditanam di suatu lokasi dekat kawasan banglo tersebut.
Salah satu cerita yang menarik perhatian adalah ahli keluarga tersebut dibunuh oleh dua lelaki yang diupah oleh saudara mereka kerana sikap tamak.
Ammboi
Berita terkini
ericaonaci86
mazidul
informasi
cecitermisteri
ada satu ni menarik sket perhatian untuk membaca... serius dia cuba membongkar misteri villa nabila neh... makan tahun tu...
okay.. g baca kat blog dia yek...
Misteri Villa Nabila Akhirnya Terungkai - Edisi Lengkap