credit to instagram RB |
KUALA LUMPUR: Kerajaan Persekutuan bersetuju untuk mengisytiharkan
Hari Nuzul al-Quran sebagai hari kelepasan am bagi Wilayah Persekutuan
Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan bermula 2014.
Jabatan Perdana Menteri dalam satu kenyataan, malam tadi, mengumumkan
hari kelepasan am berkenaan sudahpun diwartakan mengikut Seksyen 8 Akta
Hari Kelepasan Am 1951 (Akta 369).
Selain itu, kerajaan turut menetapkan satu hari kelepasan am tambahan
bagi ketiga-tiga Wilayah Persekutuan terbabit iaitu pada Isnin, 3
Februari 2014.
Ini berikutan berlaku pertindihan cuti Hari Wilayah Persekutuan dengan hari kedua Tahun Baru Cina yang jatuh pada pada Sabtu, 1 Februari 2014.
Ini berikutan berlaku pertindihan cuti Hari Wilayah Persekutuan dengan hari kedua Tahun Baru Cina yang jatuh pada pada Sabtu, 1 Februari 2014.
Menurut kenyataan itu, pengisytiharan cuti am tambahan bagi Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan adalah berdasarkan Seksyen 9(2) akta yang sama.
"Pengumuman ini diharapkan membolehkan orang ramai membuat perancangan awal," menurut kenyataan itu. - Bernama