>

cik nuyui taip taip

Tuesday, September 18, 2012

Tawaran Kemasukan PUTERA Baru Ke Maktab Tentera Diraja (MTD) Bagi Tingkatan 4 Sesi Pengajian 2013


Permohonan Kemasukan Maktab Tentera DiRaja (MTD) Tingkatan 4 2013 boleh dibuat bagi pelajar lelaki warganegara Malaysia yang akan menduduki peperiksaan PMR 2012. Permohonan perlu dibuat berdasarkan keputusan Peperiksaan Percubaan PMR 2012.
Syarat Kemasukan MTD
  • Pelajar lelaki Tingkatan Tiga Tahun 2012.
  • Warganegara Malaysia
  • Jantina – Lelaki.
  • Tinggi minimum – 152 sm.
  • Berat minimum – 40.5 kg.
  • Body Mass Index (BMI) – 18 sehingga 27.
  • Penglihatan – Baik dan tidak rabun warna. Jika berkaca mata hendaklah tidak melebihi 6/12.
  • Sihat tubuh badan dan tidak mempunyai penyakit yang boleh memudaratkan diri jika melakukan aktiviti ketenteraan dan lasak.

Syarat Akademik

  • Memperolehi sekurang-kurangnya 4A (Bahasa Malaysia, Bahasa InggerĂ­s, Matematik dan Sains) 2B di dalam peperiksaan Percubaan PMR 2012 dan berpotensi cemerlang dalam peperiksaan sebenar PMR 2012 nanti.
  • Pelajar yang aktif dalam sukan, kelab, persatuan dan unit beruniform akan diberi keutamaan.
  • Perlu menduduki Ujian Khas MTD sebagai prasyarat Kemasukan ke Tingkatan 4 di Maktab Tentera DiRaja.

Temuduga MTD

  • Pelajar yang mendapat keputusan markah yang cemerlang dalam Ujian Khas MTD akan dipanggil untuk menghadiri Sesi Temuduga MTD.
  • Pelajar yang berjaya dalam Temuduga MTD akan ditawarkan pengajian bagi Tingkatan 4 di MTD tahun 2013 dengan syarat keputusan PMR sebenar calon mestilah sekurang-kurangnya 6A 2B (A dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains).

Ujian Khas MTD (UKMTD)

Ujian khas MTD terdiri dari perkara seperti berikut:
  • Ujian Fizikal – Wajib lulus pemeriksaan kesihatan dahulu
  • Ujian Akademik = 50%
    • Keputusan Percubaan PMR – 40 markah
    • Ujian IQ – 40 markah
  • Ujian Fizikal = 30%
    • Ujian Fizikal – 30 markah
    • Penilaian Sukan – 10 markah
    • Penilaian Kepimpinan – 10 markah
  • Temuduga = 20%
    • Personaliti – 10 markah
    • Komunikasi 10 markah
    • Pengetahuan – 10 markah

Permohonan

nota : Tawaran kemasukan ini akan dibuka khas untuk para pelajar Tingkatan 3 pada tahun 2012.  Tawaran ini akan dibuka bermula Ogos sehingga 28 September 2012.  Permohonan yang lewat dihantar tidak akan diproses. Sebarang pertanyaan  mengenai Permohonan ini sila hubungi 03-90867471 / 90867470. 

kredit :scaniaz

love ~nuyui~
Comments
0 Comments

0 geng putri roh yg tomeiii....:

abadikan gambar instagram korang

ce citer.. ce citer....

Get widget here

koi bace deme nih....

~rombongan cik nuyui~