>

cik nuyui taip taip

Tuesday, September 11, 2012

Tips Menangani Penipuan Kejuruteraan Sosial


Sangat hangat diperkatakan sekarang ni penipuan melalui laman sosial, telefon, emel dan berbagai lagi cara yang digunakan si penipu. Dahulu digemburkan dengan gores dan menang. Sibuk duk mengekor kita duk suruh gores percuma, then kalau yang terpikat tu gores dan tiba-tiba dapat la hadiah yang tak dijangkakan. Memang best kan?.. tapi yang sakitnya dikehendakai membayar sejumlah wang dahulu biasa sedikit dari nilai hadiah yang dimenangi (walaupun bukan sedikit pun jumlahnya).

Kemudian wujud pula "parcel scam" yang boleh dikatakan majoriti didalangi oleh Awang Hitam namun selalunya turut mendapat bantuan warga tempatan. Mangsa biasanya menerima emel daripada penipu mengatakan bakal menerima bungkusan barangan berharga namun barangan tersebut tersangkut di lapangan terbang dan juga, magsa dikehendaki membayar sejumlah wang untuk menebus barangan yang kononnya bernilai berganda daripada jumlah yang perlu dibayar terlebih dahulu.

Ada juga yang konon warga British/Kanada yang dah nak mati sangat-sangat dah, yang konon sangat murah hati nak wariskan harta dia yang berbilion-bilion tu kat kita sebab taknak harta tu jatuh ke tangan saudara ara dia yang tamak haloba. So, suruh kita urus semua prosedur pindahan harta tu melalui syariakt pengurusan yang dicrokan dengan sedikit bayaran... Macam-macam.. Belum lagi yang guna nama loteri tu..

Memang ramai org Malaysia dah terpedaya dengan kaedah-kaedah penipuan sebegini. Actually, emel-emel ni biasanya dah automatik duduk dalam "SPAM BOX".. So, tak perlulah amik tahu sangat kut..

Ni, koi sertakan tips elak jadi mangsa penipuan dunia sosial neh:

1. Pengesahan
Lakukan pengesahan identiti setiap kali menerima panggilan telefon sama ada menerusi telefon pejabat mahupun telefon bimbit peribadi.
Sekiranya pemanggil mengaku daripada organisasi anda bekerja, anda boleh melakukan carian nama kakitangan tersebut di sistem Intranet, klien e-mel atau rujuk kepada direktori organisasi bagi memastikan nama pemanggil tersebut benar-benar wujud.
Langkah terbaik adalah dengan menyuruh pemanggil menghantarkan e-mel kepada anda sebagai satu cara verifikasi. Sekiranya e-mel yang digunakan bukan daripada domain organisasi anda, besar kemungkinan dia adalah seorang penjenayah jurutera sosial.

2. Buat panggilan semula
Apabila menerima panggilan telefon yang diragui kesahihan identiti pemanggilnya, anda boleh melengahkan pemanggil dengan memberikan alasan sedang sibuk dan akan menghubungi semula pejabat pemanggil. Jika pemanggil mengarahkan anda menghubungi nombor lain dan bukan nombor organisasi anda, pastikan anda tidak menghubungi semula.

3. Usah tertekan
Kebanyakan kes, mangsa memberikan maklumat yang tidak sepatutnya kepada pihak yang tidak dikenali kerana berada dalam keadaan tertekan.
Penjenayah kejuruteraan sosial lazimnya akan menghubungi anda dan mengatakan tentang betapa pentingnya panggilan tersebut. Mereka akan sedaya-upaya membuat durasi panggilan paling pendek, tetapi dapat mengekstrak maklumat yang mereka inginkan dengan menggunakan alasan urusan perbankan.

Jangan berasa tertekan dengan situasi seperti itu. Teruskan melakukan verifikasi terhadap pemanggil tanpa menghiraukan pemanggil yang mendesak dan ingin cepat.
Jangan buka lampiran daripada penghantar e-mel yang tidak dikenali.

Para penjenayah siber tidak pernah berputus asa dalam memanipulasi kelemahan pengguna komputer. Teknik yang sering digunakan adalah dengan menghantar e-mel yang mengaku daripada bank dan menyuruh pengguna melakukan perkara-perkara seperti:

***Mengklik pada pautan kononnya bertujuan untuk mengesahkan identiti anda kerana sistem bank sedang mengalami penyelenggaraan dan memerlukan pelanggan mengemaskini maklumat peribadi mereka.

***Membuka lampiran yang disertakan kononnya dokumen perjanjian perbankan yang telah dirombak.

***Memberikan nombor kad kredit, tarikh luput dan nombor sekuriti tiga digit di bahagian belakang kad bagi tujuan pengesahan data perbankan.

Sekiranya anda menerima panggilan atau e-mel yang mengarahkan perkara seperti di atas, perkara terbaik adalah dengan melaporkannya kepada Cyber999 dengan memilih pelbagai kaedah hubungan di laman web http://www.mycert.org.my/en/about/contact_us/main/detail/18/index.html. - Kosmo
Yang paling penting, banyak bertanya.. dapatkan info untuk diri sendiri agar tidak mudah tertipu.

love ~nuyui~
Comments
0 Comments

0 geng putri roh yg tomeiii....:

abadikan gambar instagram korang

ce citer.. ce citer....

Get widget here

koi bace deme nih....

~rombongan cik nuyui~