Bermula Januari 2012, JPN akan mula mengeluarkan MyKad Baru secara berperingkat. Perbezaan imej sinar ultra lembayung atau UV yang timbul dari kad pengenalan yang baru (kanan) dengan kad pengenalan lama ketika dipancarkan dengan cahaya UV.
KELEBIHAN MYKAD BARU
1. Lebih tahan lasak kerana diperbuat daripada polikarbonat (rasanya adalah seperti kad ATM Bank)
2. Cip baru yang lebih tahan (MyKad lama selalu ada aduan berkaitan cip apabila berurusan di Bank)
3. Mempunyai ciri-ciri keselamatan tambahan (Ghost Image guna teknologi turisan laser pada kad)
4. Reka bentuk yang ditambah baik
1. Penukaran MyKad baru ini adalah tidak wajib.
2. Bayaran penukaran = RM 10
TARIKH PENGELUARAN MYKAD BARU
Pengeluaran MyKad baru akan dibuat secara berperingkat di seluruh negara seperti berikut:
1. 3 Jan – JPN Putrajaya, JPN Shah Alam
2. 10 Jan – Kluang, Ipoh
3. 14 Jan – Johor
4. 15 Jan – Kuantan
5. 17 Jan – Melaka
6. 20 Jan – Kuching, Kota Bharu
7. 29 Jan – Kuala Terengganu, Pulau Pinang
**Bagi permohonan di tempat di atas adalah dalam tempoh sehari, manakala cawangan lain di semenanjung dalam tempoh 10 hari bekerja dan bagi Sabah dan Sarawak dalam tempoh 30 hari
love