>

cik nuyui taip taip

Friday, December 9, 2011

Lagi Kes Curi Identiti Blogger | Budak Gigi Rabbit

ntah nak bagi tajuk pe.. aku nak sampaikan kes neh cam Macik Hajjah Sitt Wuzira (betui ka eja) dulu tu... Cuma kes makcik tu berat sebab melibatkan sensitiviti agama. Kes Blog Budak Gigi Rabbit neh berat pasal hina artis korean - music k-pop...



al-kisahnya ade satu blog baru diwujudkan dan diberi nama Budak Gigi Rabit.. blog neh dalah entry pertama trus mengutuk korean artis... namun.. entry tersebut tlh mendapat komen yg amat tinggi iaitu 1759 komen (pada masa entry ini ditulis). fulamak.. gile... cam komen AF lak.. (ada ke?)



yg menjadi kesnya.. gambar empunya blog tu adalah gambar org lain. dan jugak menggunakan nama si empunya gambar tu sbg penulis blog; iaitu Amira Afiqah.

entry penulis blog yg terang mengutuk korean artis telah mendapat komen yg negatif dari readers. malah ade juga yg keterlaluan sehingga sampai tahap mengugut. Para pengkomen (mostly k-pop lovers) terang2an mengutuk tindakan penulis blog yg telah mengutk artis kesayangan mereka. Tanpa menyelidik terlebih dahulu, adakah itu wajah pemilik sebenar blog tersebut.

satu laporan polis telah pun dibuat oleh bapa kepada Amira Afiqah di Johor. Kerana telah menimbulkan ketakutan serta ketidak selesaan kepada empunya nama dan gambar yg tertera di laman blog tersebut.

Ada dikalangan pengkomen yg telah menyedari keterlanjuran tindakan mereka mengkomen yg keterlaluan kepada Amira telah mula memadamkan komen mereka. Itu pun mungkin setelah sedar laporan polis telah dibuat atas ugutan mereka. Namun mereka tidak sedar tindakan pantas ahli keluarga Amira Afiqah yg telah pun menyimpan screenshot komen2 yang agak melampaui batas.

Budak2.. tak sedar sekarang nih.. SMS ugutan pun boleh kena penajara setahun. apalagi komen ugutan yang boleh dibaca oleh satu dunia. Pemilik blog yg mencuri identiti Amira walaupun telah diberi amaran supaya memadam blog tersebut, tidak berbuat demikian. Tindakan pasti akan diambil.

Berbalik kepada para pengkomen yang terus menerus melontarkan komen tanpa membaca terlebih dahulu apa yang telah dicatat oleh pembaca2 sebelumnya. menyebabkan mereka ini terus memberi komen akibat pembacaan daripada entry.

nak tergelak juga bila baca komen yg mula2 duk kata Islam tak suruh kita caci org walaupon k-pop artis.. tapi by the end segala macam cacian jugak yg kuar dalam tulisn org yg komen tu.. ermm... kata org dia jugak balik sama.. so.. apa bezanya? contoh2 komen yg ada unsur ugutan... klik sini....

nak dijadikan cerita... bapa saudara amira tu wartawan.. so dia bleh carik org yg komen org yg buat blog tu.. sampai ke lubang cacing la.. huhu.. siap gambar besor lagi...

kan dah susah.. terpikir.. adakah mak bapak bebudak komen tu akan jumpa parents amira untuk minta maap...
love ~nuyui~
Comments
2 Comments

2 geng putri roh yg tomeiii....:

Anonymous said...

manusia busuk hati ada di mana-mana. haha.

Unknown said...

ermm.. betul... busuk ati dan tak pikir panjang lagi jahat kan??

abadikan gambar instagram korang

ce citer.. ce citer....

Get widget here

koi bace deme nih....

~rombongan cik nuyui~