>

cik nuyui taip taip

Thursday, October 13, 2011

Jalan-jalan yg ditutup sekitar KL Sabtu 15 Okt 2011

Sila amek tau ye kengkawan sekelian... supaya takde le mengamuk tak tentu pasal pehal lak jalan jem teruk or konar sini tutup.. konar sana tutup.... harap maklum....


Beberapa laluan utama di sekitar ibu kota akan ditutup secara berperingkat sempena Acara Kayuhan Berbasikal OCBC pada Sabtu dan Ahad ini.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam satu kenyataan hari ini berkata, penutupan jalan sekitar Dataran Merdeka adalah dari 3 petang hingga tengah malam pada Sabtu manakala pada Ahad pula, jalan yang terbabit akan mula ditutup secara berperingkat mulai 6 pagi dan dibuka semula selepas semua peserta melalui jalan tersebut. Jalan tersebut ialah Jalan Raja (Dataran Merdeka) iaitu tempat bermula kayuhan, Jalan Parlimen, Jalan Sultan Salahuddin, Jalan Dato Onn, Jalan Tun Ismail, Jalan Putra, Jalan Raja Laut dan Jalan Ipoh.

Turut ditutup ialah Jalan Tuanku Abdul Rahman, Jalan Sultan Ismail, Jalan Ampang, Jalan P Ramlee, Jalan Raja Chulan, Jalan Tun Perak, Jalan Hang Lekiu dan Jalan Lebuh Pasar. - Bharian, Ben Ashari
love ~nuyui~
Comments
0 Comments

0 geng putri roh yg tomeiii....:

abadikan gambar instagram korang

ce citer.. ce citer....

Get widget here

koi bace deme nih....

~rombongan cik nuyui~