>

cik nuyui taip taip

Wednesday, October 19, 2011

Makluman mengenai Pekeliling SBPA


Sejak lepas Pembentangan Budget 3012 7 Oktober yg  lalu banyak betul carian dalam internet mencari Pekeliling JPA SBPA.

Dimaklumkan bahawa 'Sesuatu rang undang-undang hanya terpakai setelah diluluskan di Parlimen.Jadi bagi membolehkan JPA mengeluarkan pekeliling rasmi mengenai SBPA atau lain-lain pekeliling mereka perlu tunggu Rang Undang-Undang Perbekalan Bagi Bajet 2012 diluluskan oleh Parlimen terlebih dahulu.'

Kat bawah ni adalah petikan dari Laman Web JPA

Baca selanjutnya untuk keterangan lanjut

Sebelum diluluskan, sesuatu rang undang-undang itu mestilah melalui tahap-tahap berikut:

i. Bacaan Pertama:Ia dilakukan secara formal, ringkas dan tidak ada apa-apa perdebatan dibenarkan;

ii. Bacaan Kedua:Ia dilakukan sekiranya rang undang-undang telah dicetak dan diedarkan kepada ahli dewan. Rang undang-undang akan dibincangkan secara teliti di mana ahli-ahli dewan dibenarkan membahaskan rang Undang-undang tersebut dan mereka boleh menyokong atau membangkang rang undang undang berkenaan melalui undi;

iii. Peringkat Jawatan kuasa:Sesudah dibahas rang undang-undang dirujuk kepada suatu jawatankuasa. Rang undang-undang akan dibaca dan dibahas secara lebih terperinci.Jawatan kuasa berkenaan berhak mengubahsuai dan meminda rang undang-undang jika perlu;

iv. Bacaan Ketiga:Bacaan ketiga ini ringkas dan perdebatan hanyalah kepada beberapa kandungannya sahaja. Kemudian dilulus dan dibawa ke Dewan Negara.Apabila sesuatu rang undang-undang itu diluluskan oleh kedua-dua Majlis Parlimen ia hendaklah diserahkan kepada YDPA untuk diperkenankan dan dalam masa tempoh 30 hari YDPA baginda hendaklah memperkenankan rang undang-undang itu.Rang undang-undang yang diperkenankan oleh YDPA akan menjadi undang-undang yang dikenali sebagai Akta Parlimen. Undang-undang ini kemudiannya akan diwartakan untuk dikuatkuasakan.

Jadi  ini bermakna kita kena tunggu rang undang-undang bagi bajet 2012 ini diluluskan terlebih dahulu,.jadi harap bersabar.

sumber... roslan
__._,_.___
love ~nuyui~
Comments
0 Comments

0 geng putri roh yg tomeiii....:

abadikan gambar instagram korang

ce citer.. ce citer....

Get widget here

koi bace deme nih....

~rombongan cik nuyui~