aduishhh.... di pagi jhari dah terbaca pasal Sein n Nana neh... isk.... sayangnya.... dorang neh kira anatara couple yg paling aku rasa sweet ngat...... isk.. isk.. isk... kenapa???.. kenapa?... kenapa????
takat neh yg au Nana yg failkan permohonan... dan dah sah pun dorang bercerai... siannye... antara sweet celebrty couple kat Malaysia neh... Punca perceraian masih belum diketahui.....
kene badi sehati berdansa?.. isk.. isk... isk... Juara pun bleh kene tempias ke??... Juara sehati berdansa musim ketiga neh mempunyai 2 cahayamayta berusia 2 dan 4 tahun..... Jangan la ade kes rebut2 anak lak lepas neh... sian kat dorang......
update :
baru jumpe paper cut nye ;
update lagi :update :
baru jumpe paper cut nye ;
SHAH ALAM – Glamor menari, rumah tangga tunggang terbalik. Bagaikan terkena badi, satu demi satu rumah tangga pasangan yang pernah menyertai program hiburan realiti, Sehati Berdansa berdepan krisis yang berakhir dengan perceraian.Terbaru, pasangan juara rancangan realiti Sehati Berdansa musim ketiga, Sein dan Nana disahkan bercerai talak satu di Mahkamah Tinggi Syariah di sini semalam.Sein dan Nana merupakan pasangan ketujuh program realiti Sehati Berdansa yang bercerai setelah rumah tangga mereka dilanda badai.Sein atau nama sebenarnya Syed Hussein Syed Mustafa, 27, yang merupakan anggota kumpulan Ruffedge melafazkan talak satu pada pukul 2.45 petang semalam selepas mahkamah membenarkan permohonan cerai yang difailkan Nana atau nama penuhnya Noor Diyana Muhammad, 26.Hakim Syarie Zainor Rashid Hassin dalam penghakimannya memuji langkah yang dibuat oleh pasangan itu untuk menyelesaikan isu perceraian mereka secara baik.“Setelah mendengar tuntutan, fakta kes dan keterangan kedua-dua pihak, mahkamah berterima kasih kepada kedua-duanya kerana mengikut peraturan sebagaimana apabila bernikah, begitu juga bila hendak bercerai,” katanya.Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.
SHAH ALAM: Juara rancangan realiti, Sehati Berdansa Musim Ketiga, Sein dan Nana bercerai dengan talak satu di Mahkamah Tinggi Syariah di sini, pada Rabu.
Sein, 27, yang merupakan anggota kumpulan Ruffedge melafazkan talak pada pukul 2.46 petang, selepas mahkamah membenarkan permohonan Nana, 26, untuk berpisah secara baik.
Nana yang pernah mencuba nasib dalam dunia seni dengan menyertai rancangan realiti, Mentor musim pertama memfailkan permohonan itu mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Selangor 2003.
Prosiding perceraian tersebut berlangsung di hadapan Hakim Syarie Zainor Rashid Hassin dan Nana diwakili peguam syarie, Zuri Zabudin Budiman.
Sein atau nama sebenarnya Syed Hussein Syed Mustafa tidak diwakili peguam syarie.
Zuri Zabudin memberitahu, permohonan untuk bercerai itu difailkan ekoran pasangan tersebut tidak lagi mempunyai persefahaman dalam rumah tangga yang dibina sejak Julai 2006.
“Pasangan ini tidak dapat lagi menjalani kehidupan sebagai suami isteri dan telah wujud perbalahan yang berpanjangan.
“Mereka masih tinggal serumah tetapi tidak tidur bersama. Pelbagai usaha telah dijalankan tetapi tiada jalan penyelesaian,” katanya.
Zainor Rashid selepas mendengar lafaz tersebut, mensabitkan gugur talak satu kali pertama secara rajie terhadap Nana dan memerintahkan dia untuk beredah selama tiga kali suci.
Beliau juga memerintahkan supaya perceraian itu didaftarkan di Pejabat Agama
Daerah Petaling dan surat nikah pasangan tersebut dibatalkan.
Pada prosiding sama, mahkamah juga merekodkan persetujuan bersama Nana atau nama sebenarnya, Noor Diyana Muhammad dengan Sein yang timbul daripada perceraian tersebut.
Ia meliputi nafkah edah, mutaah dan harta sepencarian serta hak penjagaan dua anak mereka, iaitu Syed Tamriz Al-Qudsy, 3, dan Sharifah Inaiya Al-Qudsy, 1,
Hak jagaan anak diberikan kepada Nana manakala Sein diberikan hak melawat dan bermalam selama tiga hari bermula pukul 12 tengah hari Jumaat sehingga 12 tengah hari Isnin atau pada masa-masa munasabah yang dipersetujui bersama.
Pasangan itu juga bersetuju agar hak untuk bersama dan bermalam semasa cuti persekolahan dibahagi secara rata manakala giliran berhari raya dibuat secara bergilir-gilir dan bertukar setiap tahun.
Sein juga akan membayar nafkah dua anaknya sebanyak RM1,000 sebulan yang meliputi keperluan harian seperti makan minum, yuran persekolahan dan kelas tambahan.
Dia juga bersetuju untuk menanggung perbelajaan musim persekolahan dan Hari Raya Aidilfitri sebanyak RM500 setiap satu untuk setiap seorang anak.
Nana pula bersetuju untuk menerima nafkah edah RM500 setiap bulan bagi tiga bulan, RM500 sebagai mutaah dan semua bayaran tersebut akan dimasukkan ke dalam akaun banknya.
Pasangan itu juga bersetuju tidak akan membuat sebarang tuntutan berhubung harta sepencarian antara satu sama lain.
Zainor Rashid pada penghakimannya memuji penyelesaian yang dibuat oleh Sein dan Nana untuk menyelesaikan isu perceraian itu secara baik.
“Mahkamah berpendapat kedua-dua pihak tidak mementingkan diri dan lebih mengutamakan anak-anak hasil pernikahan.
“Perdamaian ini yang digalakkan oleh Islam dan dapat mendatangkan kebaikan,” katanya.
Kredit to mStar Online
love