>

cik nuyui taip taip

Friday, August 3, 2012

Penipuan menerusi Internet serius di Pahang


Sekian lama koi duk baca mende-mende cenggini... hamboii... masih ada yang belum sedar fenomena internet scam, parcel scam dan seumpamanya yang memang tengah rancak berlaku kat negara kita neh...

tidak semua apa yang kita baca kat internet tu boleh dipercayai... bak kata bahasa perpustakaan "bahan-bahan internet kebanyakkannya - tiada penanggungjawaban" ...

tu belum masuk yang main copy-paste je.. 

kalau rajin check e-mel dlm folder SPAM ha... mesti ada je e-mel2 yang kata nak bagi barang berharga la, nak bagi wasiat la, nak kongsi harta wasiat org mati la, kirim barang then barang sangkut kat kastam la, adoi.. please... kalau aok-aok sume tak kenal tak yah le caye mende-mende cenggini.. sume tu cuba nak pancing je....

dalang dia mesti ada orang tempatan yang turut bersubahat... husband sendiri pun bleh sorok duit dari bini.. ni pulok org tak kenal  bleh tetiba nak bagi juta-juta pound???.. logik?? 

e-mel kita pun tau asingkan e-mel-emel sam tu masuk ke SPAM...

ce google "internet scam", "parcel scam", "sindiket awang hitam" lagi banyak operasi pendedahan gi baca Blog Mazidul nun.....


KUANTAN 2 Ogos - Penipuan melalui internet membabitkan mangsa wanita dilaporkan serius di Pahang dengan polis menerima 22 aduan membabitkan kerugian RM1,045,695 bagi tempoh tujuh bulan pertama tahun ini.

Pemangku Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Pahang DSP Mohd Rizal Kamarudin kebanyakan mangsa ialah wanita Melayu berusia lingkungan 32 hingga 45 tahun.

Katanya kesemua penjenayah sama ada individu atau berkumpulan menjalankan jenayah dengan menggunakan modus operandi yang sama iaitu bermula dengan perkenalan di laman sosial kemudian bercinta dan akhirnya mengambil kesempatan terhadap mangsanya.

Beliau berkata suspek memperdaya mangsa dengan mengatakan akan menghantar bungkusan barangan yang tidak wujud dari luar negara dan mangsa diminta membuat pelbagai pembayaran untuk menebusnya.

"Walaupun tidak pernah bersua muka dan mengenali antara satu sama lain, ada di antara mangsa sanggup memberikan wang kepada penjenayah terbabit," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Selain itu katanya, bagi tempoh yang sama, polis menerima 13 laporan berhubung kes penipuan melalui panggilan telefon yang menyamar sebagai pegawai bank dan e-mel palsu dari bank.

Mohd Rizal daripada jumlah kes itu, enam dilaporkan di Kuantan, tiga di Temerloh, dua di Bentong dan masing-masing satu kes di Jerantut dan Cameron Highlands yang melibatkan kerugian sebanyak RM226,000. - BERNAMA

love ~nuyui~
Comments
0 Comments

0 geng putri roh yg tomeiii....:

abadikan gambar instagram korang

ce citer.. ce citer....

Get widget here

koi bace deme nih....

~rombongan cik nuyui~