>

cik nuyui taip taip

Tuesday, November 25, 2014

Senarai Nama-Nama Jalan Sekitar KL Yang Ditukar Bermula 26 November 2014



Nama-nama jalan di sekitar Kuala Lumpur yang selama ini sudah dikenali bakal diberikan nama baharu oleh pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Dalam kenyataan media yang ditandatangani Pengurus Perancangan Korporat DBKL, Dr. Ismail Tapa, tindakan penamaan semula tersebut adalah sempena nama raja-raja yang pernah ditabal sebagai Yang di-Pertuan Agong.

Nama-nama baharu itu akan mula digunakan pada Rabu, 26 November.

Nama-nama jalan baharu tersebut ialah:

1. Jalan Duta akan ditukar menjadi Jalan Tunku Abdul Halim
 
2. Jalan Khidmat Usaha akan ditukar menjadi Jalan Sultan Haji Ahmad Shah

3. Jalan Ipoh (dari persimpangan Jalan Segambut  sehingga persimpangan Jalan Pahang) akan ditukar menjadi Jalan Sultan Azlan Shah

4. Persiaran Duta akan ditukar menjadi Persiaran Tuanku Syed Sirajuddin

5. Jalan Khidmat Setia dan Jalan Ibadah akan ditukar menjadi Jalan Sultan Mizan Zainal Abidin

6. Lebuhraya Mahameru akan ditukar menjadi Lebuhraya Sultan Iskandar

7. Persiaran Mahameru akan ditukar menjadi Persiaran Tuanku Ja'afar

8. Jalan Semarak akan ditukar menjadi Jalan Sultan Yahya Petra

sumber | sozcyilli

love ~nuyui~
Comments
0 Comments

0 geng putri roh yg tomeiii....:

abadikan gambar instagram korang

ce citer.. ce citer....

Get widget here

koi bace deme nih....

~rombongan cik nuyui~