>

cik nuyui taip taip

Friday, August 8, 2014

MH17 | Identiti rakyat Malaysia pertama dikenal pasti



Ini detik yang ditunggu-tunggu terutama oleh keluarga penumpang MH17...juga kita semua...rakyat Malaysia.
Selepas tiga minggu pesawat MH17 telah ditembak jatuh dengan 298 orang menaiki pesawat dari Amsterdam ke Kuala Lumpur itu, ada 43 orang warga Malaysia dah hari ini, mangsa pertama dari Malaysia mungkin telah dikenal pasti, kata sumber.
Beliau ialah wanita berusia 27 tahun berasal dari Pulau Pinang, Elaine Teoh, dipercayai rakyat Malaysia pertama yang dikenal pasti oleh pakar-pakar forensik di Belanda.
The Star melaporkan bekas pelajar lulusan Universiti Melbourne itu dikenal pasti antara dua dan empat hari lalu.
Difahamkan polis dan MAS dikatakan telah menghantar wakil untuk memberitahu ibu bapa Teoh mengenai penemuan itu.
Beliau dipercayai bersama teman lelakinya warga Belanda Emiel Mahler, 27 ketika kejadian.
Teoh dan Mahler kedua-duanya bekerja di sektor kewangan di Melbourne dan telah ke Kuala Lumpur selepas bercuti di Portugal dan Belanda.
Dilaporkan sebelum ini kawan baik Teoh, Tan Sook Theng sepatutnya mengambil pasangan tersebut di KLIA sebelum kejadian pada 17 Julai lalu.
Minggu lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata pemeriksaan identiti mangsa dari semua 226 keranda yang dikeluarkan dari lokasi kemalangan di Donestk, Ukraine, perlu diselesaikan terlebih dahulu.
Najib berkata ini adalah supaya pasukan siasatan antarabangsa boleh membuat kesimpulan tanpa sebarang keraguan mengenai identiti mangsa sebelum apa-apa maklumat didedahkan.
Menurut Najib ketika itu, Pasukan Siasatan Antarabangsa telah mengenal pasti beberapa mayat daripada 43 rakyat Malaysia dalam pesawat MH17 malang itu.
Bagaimanapun, pengesahan pengenalan lanjut diperlukan dalam tempoh dua minggu lagi.
Maklumat tersebut diperolehi Perdana Menteri selepas lawatannya ke sebuah kemudahan tentera di Hilversum, Belansa, 1 Ogos lalu, di mana 226 keranda yang mengandungi mayat mangsa dan bahagian anggota, sedang melalui proses forensik dan pengecaman mangsa bencana (DVI).
“Bila (mayat) dibawa balik, kita akan adakan hari berkabung.
“Butirannya akan dimaklumkan bila sampai masanya,” katanya-8/8/2014



love ~nuyui~
Comments
0 Comments

0 geng putri roh yg tomeiii....:

abadikan gambar instagram korang

ce citer.. ce citer....

Get widget here

koi bace deme nih....

~rombongan cik nuyui~