KUMPULAN WANG SIMPANAN PEKERJA mempelawa calon-calon yang berkelayakan, bermotivasi
dan kompeten bagi mengisi kekosongan jawatan berikut:
PEMBANTU AM (PEMANDU)
SKOP KERJA
Melaksanakan tugas pemanduan dan mengendalikan semua
urusan berkaitan kenderaan rasmi pejabat dengan sempurna berdasarkan prosedur
KWSP yang ditetapkan.
KELAYAKAN
·
Terdiri daripada
Warganegara Malaysia
·
Berumur tidak kurang
dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan
·
Memiliki kelulusan
Penilaian Menengah Rendah (PMR) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya
oleh Kerajaan
·
Lulus dalam subjek
Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Penilaian Menengah
Rendah atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan
SYARAT TAMBAHAN
·
Memiliki lesen
memandu yang sah tempoh kelas D/E/E1/E2/F/G yang dikeluarkan oleh Jabatan
Pengangkutan Jalan (JPJ). Keutamaan akan diberikan kepada calon yang
mempunyai lesen GDL dan PSV
·
Berkebolehan
memandu, mengendali dan menyenggara kenderaan bermotor
STATUS JAWATAN
Tetap
CARA MEMOHON
Calon-calon yang berminat perlu mengemukakan permohonan
dengan menyatakan jawatan yang dipohon beserta dokumen seperti berikut :
·
Resume
·
Salinan Kad
Pengenalan
·
Salinan Surat
Beranak
·
Salinan Sijil
Penilaian Menengah Rendah (PMR)
·
Salinan Penyata
Gaji Terkini
·
Salinan Lesen
Memandu Terkini
·
Salinan Sijil
Kokurikulum
Permohonan hendaklah dihantar ke pemandu.inst@gmail.com selewat-lewatnya
pada 14 FEBRUARI 2014.Hanya permohonan yang lengkap
sahaja akan diproses.
Segala permohonan adalah SULIT dan hanya
calon yang disenaraipendek sahaja akan dihubungi. Permohonan tuan/puan adalah
dikira TIDAK BERJAYA sekiranya tidak menerima sebarang
maklumbalas daripada KWSP selepas 6 BULAN dari tarikh iklan
ditutup.