>

cik nuyui taip taip

Wednesday, March 27, 2013

Awas Orang Ketiga | Jeng Jeng Jeng....


Oleh Maiamalina Mohamed Amin

Kuala Lumpur: Orang ketiga yang menyebabkan hubungan suami isteri berantakan kini berdepan tindakan undang-undang kerana perkembangan terkini menunjukkan mereka perosak institusi kekeluargaan Islam dan antara punca meningkatnya kes perceraian, terutama dalam kalangan pasangan muda.
Ketua Pengarah Jabatan Kehakiman Syariah, Tan Sri Ibrahim Lembut berkata, tindakan ke atas orang ketiga itu bakal dikuatkuasakan dengan lebih tegas dan meluas di Wilayah Persekutuan mengikut Akta Kesalahan Jenayah Syariah 1997 (Akta 559).
 “Seksyen 36 membenarkan orang disabit bersalah didenda tidak melebihi RM5,000 atau penjara tiga tahu atau kedua-duanya atas kesalahan memujuk lari perempuan bersuami.
 “Seksyen 37 pula merujuk kepada kesalahan menghalang pasangan sudah bernikah daripada hidup bersama sebagai suami isteri dan mereka yang disabit kesalahan itu boleh didenda RM2,000 atau penjara setahun atau kedua-duanya,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Bengkel Pengukuhan Institusi Kekeluargaan Islam anjuran Bahagian Sokongan Keluarga (BSK) di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur (MSKL), di sini, semalam.
 Turut hadir, Ketua Hakim Syarie MSKL, Mohd Amran Mat Zain dan Pengerusi Jawatankuasa Kerja BSK, Datuk Kamilia Ibrahim.
 Ibrahim berkata, satu lagi peruntukan membicarakan kes membabitkan peranan orang ketiga ialah Seksyen 38 iaitu menghasut suami atau isteri supaya bercerai atau mengabaikan kewajipan serta tanggungjawabnya dengan hukumannya sama seperti Seksyen 36.
 “ Malaysia mempunyai undang-undang menghukum orang ketiga iaitu pihak yang menghalang pasangan menjalani kehidupan suami isteri (bukan di Wilayah Persekutuan saja, tapi hampir serupa di setiap negeri), tetapi setakat ini tiada kes khusus mengenainya dibawa ke mahkamah.
 “Masalah ini tak boleh dipandang ringan kerana peningkatan kes perceraian berlaku setiap tahun, malah sejak 2001 sudah mencecah 222,701 kes dan setiap permohonan cerai walaupun tak dinyatakan mengenai orang ketiga, kita tahu ia wujud.
 “Mereka hanya cakap, tapi tak bersandar bukti kukuh. Jadi, selepas ini sekiranya ada suami isteri mendapati wujud unsur orang ketiga dalam hubungan mereka, boleh buat laporan untuk disiasat di bawah akta ini,” katanya.
Menurutnya, usaha lebih keras perlu digerakkan hingga ke peringkat bawahan demi mensejahterakan kembali institusi kekeluargaan Islam dan mewujudkan benteng yang boleh menghalang pengaruh luar perosak hubungan.
 “Malah, sejak tertubuhnya BSK pada April 2009, sedikit sebanyak membantu dalam soal nafkah (pasangan bercerai) kerana ini satu aspek kekeluargaan Islam dan setakat Disember lalu sebanyak 2,040 aduan diselesaikan berbanding 2,497 aduan diterima,” katanya.
Sementara itu, Kamilia berkata, sudah masanya penguatkuasaan dilaksana dengan meluas ke atas individu ketiga atau ‘penceroboh’ rumah tangga kerana syariah Malaysia membenarkan pesalah yang menceroboh hubungan suami isteri dihukum apatah lagi hingga mengakibatkan huru-hara.
Menurutnya, cabaran membina keluarga pada masa kini terlalu banyak, malah keluarga moden yang tidak mempunyai pegangan kukuh terhadap agama antara paling ramai bercerai tidak hanya kerana masalah kewangan, sebaliknya pengaruh pihak ketiga seperti diperkatakan.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/03/27
psstt: lelaki pompuan boleh didakwa ye.. hehehehehe
love ~nuyui~
Comments
0 Comments

0 geng putri roh yg tomeiii....:

abadikan gambar instagram korang

ce citer.. ce citer....

Get widget here

koi bace deme nih....

~rombongan cik nuyui~