>

cik nuyui taip taip

Monday, April 30, 2012

Promosi Tiket Percuma KTM-Komuter dari Mac - September 2012

bukan tipu-tipu tak baik .. adik koi dah pun menikmati tiket percuma neh.. dia naik dari Tanjung Malim ke Putra.. actually memang kalau dia balik dari Trolak dia boleh balik sendiri... kawan2 ramai je satu tren ngan dia.. tapi bila nak balik ke hostel tu je cam susah sket.. sokmo nak kena hantar.. nak pulak mak koi kesian membayangkan adik koi tu berjalan kaki dari tepi jalan naik bukit menuju ke hostel.. ehehehehe... koi dulu dari hostel ke pintu utama jalan kaki 10 minit dia kesian tak? ekekeke...

tapi neh semalam... kete sume digunakan.. dia pun selak gak nak balik.. so kena la ajar dia menggunakan perkhidmatan awam untuk ke Trolak tu... naik LRT kat Cempaka pastu ke Pudu Sentral.. sebab mak koi cam suggest dia naik bas la gitu... (dia pun tak sure tiket free tu sampai bila valid-nya) so suh dia amik bas ke Tanjung Malim.. kat sana baru amik bas ke Slim River pulak.. Tanjung Malim - Slim River tu kira dia dah biasa la... so tak risau sangat nak let go..

Tapi kat Pudu Sentral tu.. kalai nanti nak suh dia naik bas jugak lagi.. mmg nak kena hantar.. pasai.. satu bas tak on time... dua, tiket cakap bas lane 3 tapi bas pi masuk lane 2.. nasib baik ade kakak-kakanya.. so bleh gi check la bas mana ke mana kan... bas tu lak bila dah naik org trus jalan je.. kalau ko tak tanye @ ko tgu je bas kat lane yg dinyatakan mmg kena tinggal la...

tapi tak kisahlah.. bak kata adik oi tu.. nak kena sekampung hantar dia ke Pudu Sentral.. still boleh jimat daripada menghantar dia ke Trolak nun... humang aiiiih...

berbalik kepada Tiket Percuma Komuter tadik... kalau la sebelum tu dia cakap pasal tiket percuma tu kat umah dan sempat menggodek internet.. haaa... koi antar je Bandar Tasik Selatan.. lagi senang kan... ekekekeke... naik kat Cempaka... tukar tren kat Chan Sow Lin trus gi BTS.. naik komuter dari situ je... ha.. lagi bleh jimat.. tapi takpe... promosi adalah sehingga September ok.. ehehehe... banyak  kali lagi boleh jimat...

jom tengok jadual tambang dia


yang neh route laluan dia


nak maklumat lanjut mengenai jadual perjalanan.. bleh klik sini ok... KTM-Komuter Tickets & Fares


love ~nuyui~

Friday, April 27, 2012

Promosi menarik dari RasaMas | Roaster Chicken Set for 2 cuma RM19.90 ( Normal Price RM33.60)




1 Roaster Rice (pilih antara Pepper/Percik)
1 Roaster Chop with Breaded Wedges (pilih antara Pepper/Percik)
1 Tapioca Cutlet dengan Aiskrim
2 Ice Lemon Tea

haa.. set 2 orang makan.. RM19.90 je...

#promosi sah sehingga 30 April 2012
#hanya untuk Dine-In (no tapaw-tapaw k)
#boleh guna di semua Restoren RasaMas di seluruh Nicaragua Semenanjung Malaysia. (Sabah & Sarawak tak boleh.. sorii)
#ade caj 6% govt tax tau..

So, apa lagi.. sila print fliers neh n bleh la gi makan kaple2.. ehehehe.... kalau nak makan sorang pun takde sapa yang boleh larang....

Black n White / Colour print acceptable... nk print klik sini.. : RasaMas Big Offer Voucher

check sini kalau tak percaya : RasaMas Malaysia Facebook


love ~nuyui~

Tuesday, April 24, 2012

Peluang untuk menang Slimming Package bernilai RM1036 x 10 orang



Peraduan yang actually takde nak kena pikir slogan ke.. pikir jawapan ke.... just fill-up-the-form then tunggu dia call je.. kalau dapat panggilan tu kira dapat la tu kan.. eheheh.....

This is how it works:

1) Click Buy (no payment required)
2) Fill your answer in this
FORM
3) Click 'Submit' with your final answer

4) Wait for the good news!


maklumat lanjut bleh klik sini okes : Mayfair Bodyline Triumph of Branded Figure Contest! Exclusive slimming treatment worth over RM45k is awaiting you!



love ~nuyui~

Sunday, April 22, 2012

[Resepi] Sambal Betik Goreng


Bahan-bahannya:

Betik - yang tidak terlalu masak... dan tidak terlalu muda
Cili Api
Bawang Merah
Bawang Putih
Ikan bilis
Serai
Minyak Masak
Serbuk Kunyit
Asam Keping
Garam

Cara-caranya:

Parut/potong/ricih/sagat (any terms ehehe) betik mengikut bentuk yang disukai.
Tumbuk/ Kisar bawang merah, bawang putih, cili api dan ikan bilis.
Panaskan minyak dalam kuali, kemudian tumis bahan-bahan yang telah dikisar.
Setelah itu masukkkan betik yang telah di sagat tadi. Dan masukkan sedikit air untuk melembutkan betik.
Masukkan serai yang telah dititik.
Masukkan juga serbuk kunyit, asam keping dan garam secukup rasa.



love ~nuyui~

Saturday, April 21, 2012

Apa Mak Ngah tanam tepi rumah...?

Jom tengok apa Mak Ngah tanam tepi umah..




love ~nuyui~

Friday, April 20, 2012

Pizza Hut Hot Coupon | RM40 for 3 (R) Pizza + 6 Soup-of-the-Day | Berbaloi-baloi




Promosi terbaru dari Pizza Hut Malaysia dengan Viva Pizza Hut Coupon April 2012 Promotion.. Dengan RM40 sahaja korang boleh dapat 3 Regular Viva Pizza + (yess plus) 6 Soup of the Day... kat situ je korang dah jimat RM36 ++ tau...

Namun.. harus diingatkan.. promosi HANYA SAH untuk take-away atau delivery sahaja... Dine-In tak moyeh ye comei-comei sekelian...

DAN JUGA.... hanya boleh digunakan pada 23 & 24 April 2012.. ha.. 2 hari spesel tu je... dari 11 am - 11 pm... Please present coupon upon order okes... 1 customer 1 redemption sahaja tau.. okes hapa RM40 utk 6 org makan... Pizza tu.. bukan lempeng.. ekekekeke....

maklumat lanjut klik sini : FB Pizza Hut Malaysia

Download coupon untuk redemption kat sini :
Pizza Hut Viva Pizza Hot Coupon for 3 Pizza + 6 Soups ( PDF version )
Pizza Hut Viva Pizza Hot Coupon for 3 Pizza + 6 Soups ( JPEG version )



love ~nuyui~

Wednesday, April 18, 2012

[Coupon] Free 20 pcs McNuggets | Sah sehingga 18 Mei 2012



Percuma 20 pcs McNuggets dengan setiap pembelian bernilai RM45 ke atas melalui McDelivery. Pastikan untuk mention kepada penerima pesanan yang korang ade kupon  "Free 20 Pcs McNuggets" semasa order dan perlu berikan kupon ini semasa penghantaran diterima. Tidak sah untuk pembelian menerusi kaunter mahupun drive-thru. Boleh digunakan 11 pagi - 4 pagi setiap hari. Sah satu kupon untuk satu resit. Promosi adalah sehingga 18 Mei 2012

Download dan print kupon korang kat sini : Free 20 pcs McNugget

maklumat lanjut boleh check kat sini : FB McDonalds

love ~nuyui~

Tuesday, April 17, 2012

Warehouse Sale - Reject Shop di Melaka, Kelantan dan Terengganu | 12 April - 20 Mei 2012



love ~nuyui~

[Resepi] Asam Pedas Keladi



Bahan-Bahan:
Ikan
Keladi
Belacan
Cili Kering (rendam)
Bawang
Asam Keping
Daun Kesum
Garam

Cara-caranya:
  1. Ikan direbus dan diambil isinya sahaja.( dicarik isinya)
  2. Ubi Keladi dan batang dicelur dengan air panas
  3. Kisar Cili Kering yang telah direndam bersama dengan belacan dan bawang
  4. Kemuadian campurkan kesemua isi ikan, keladi dan juga bahan yang telah dikisar tadi ke dalam periuk dan diletak di atas dapur.
  5. Masukkan air , daun kesum dan asam keping dan direbus hingga masak
  6. Masukkan garam secukup rasa

Siap



love ~nuyui~

Monday, April 16, 2012

Hanya RM35 sahaja ==> Paintball 300 Pellets + Full Set of Equipment Rental + Basic Training + Free Flow Water + 20% Discount for next 2000 pellets + Complimentary RM15 Voucher for Next Visit @ Prevet Zone


okes... untuk korang yang dah termiss... ceewah... deal yang ni... boleh la tanpa ragu2 lagi beli deal yang ini pulak... haa... mmg best apa sesekali sesekala merealese tension bersama kengkawan opis tu.. pakat ramai-ramai bli.. then turun padang.. eheheh... bila lagi kan?...


Dengan harga RM35 sorang korang bleh dapat mende2 kat bawah ni...





tapi jangan la ko pegi redeem sorang2 ko je.. takde geng la nak main.. semolek2nya... satu group tu 7 orang.. baru cun... kalau ko satu gropu je.. ko bleh la lawan ngan bebudak prevet zone neh.. kalau ko ade 2-4 group ha.. ko lawan je sesama ko.. lagi best kan?... ehehehe...















so.. tertarik?.. cepat2 beli deal ini okes... klik sini untuk FB Prevet Zone Paintball Park.. @ bleh terus klik sini untuk beli Deal ini


love ~nuyui~

Online Voucher dari House of Nasi Kerabu



siap ade online voucher tu... fuhh.. tengok gambar-gambar... memang meleleh.... bawak mak ngah best neh... ssyyyhhh....

Trademark dia memeang la Nasi Kerabu


yang neh Nasi Kerabu Tumis (nasi dia cam nasi minyak lak tengok/ atau versi mak ngah nasi planta)


Lauk sampingan untuk melengkapkan nasi kerabu tu... ada Ikan Celup tepung, ada solok lada, dan jugak sotong sumbat.. memang very the Kelantan kan?..


Then ada jugak Nasi Dagang


ni Nasi berlauk... bagi koi.. Original Nasi berlauk adalah begini... tak macam yg kat kat lain2 kedai kat KL neh.. dah ade yg lauk ayam la.... rendang la... ermm... kalau dulu gi kelantan atau terengganu.. capai je nasi berlauk yg siap pack atas meja tu.. mmg begini la rupanya...


yang neh cam tak pernah koi dengar pulak... Bihun Goreng santan... ermmm... anyone?


yang neh pun ada... eheheeheh... Ais Krim Soda satu..


boleh check website House of Nasi Kerabu....

love ~nuyui~

[Resepi] Masak Lemak Kerang bersama Lambuk



pernah makan lambuk? makanan tepi rumah yang jadi feveret pak ngah dengan makngah... dan jugak keturunan koi yang lain tu... duk masak dengan sardin pun sedap.. kata dorang la.. tapi koi tak makan... tapi kan.. walaupun koi tak makan.. kerang tu.. atau kalau masak ngan sardin.. sardin tu koi belh je sental.. ehehehe..

ok resepi Mak Ngah kali neh... Masak Lemak Kerang bersama Lambuk...

Bahan-bahan:
Kerang
Batang Lambuk
Santan
Cili Api
Bawang
Kunyit
Garam
Serai

Cara-caranya:

  1. Basuh Kerang dengan bersih.
  2. Ramas batang labuk (sekadar melembutkan)
  3. Kisar @ tumbuk Cili Api dan Bawang
  4. Masukkan kesemua bahan tadi (Kerang, Lambuk dan Cili Api serta bawang yang telah ditumbuk) serta serai (dititik)untuk proses kecutkan (bahasa kampung koi la.. tak tau la korang paham ke tak... tapi cara dia masuk sume bahan dalam periuk pastu letak atas dapur tu la... masak bagi keluar air2 kerang tu... kalau masak lemak ayam kira kecutkan ayam tu la.. bagi keluar air2 ayam tu.. eheheh
  5. Dah agak masak baru masukkan pati santan.
  6. Garam secukup rasa...
  7. Kemudian masak lagi hingga mendidih.

Siap...







love ~nuyui~

Saturday, April 14, 2012

Projek Bawang Pak Ngah

tukang kebun kata projek selama 53 hari.. ehehehh.. neh rasanya hari ke 40 kalau tak salah la.. tukang kebun kata lagi... nanti sampai daun dia kering kira boleh dituai la... huhu.... teruja la tengok depan mata.. biasa tau pilih je kat Thong Fatt... ekekekke....









yang neh bunga bawang tu... ehehe... koi baru tau...



love ~nuyui~

Thursday, April 12, 2012

Maher Zain - One Big Family | MP3 & Lirik


I wonder why you and me fight each other
Don’t you see the similarities between us?
Take a minute and see yourself in the mirror
You look like me: those eyes, lips – you can’t deny

Pre-chorus:
Have you thought about
Why we look the same?
Why we feel the same?
Don’t tell me it’s by chance

Chorus:
Oh, you’re my brother
You’re my sister
We’re one big family
Oh, you’re my brother
You’re my sister
Just one big family

It doesn’t matter if you live far away from me
You feel I feel, you bleed I bleed, you cry and I cry

We sleep and dream
Sometimes we’re sad, sometimes we’re happy
You breathe I breathe
 We love, walk, talk and we smile

PRE-CHORUS

CHORUS

I care about you
And I wish you could realise
There’s no difference between us two
We’re part of one family
No matter how far you are
And even if we don’t know each other
Oh, you and me, me and you, we are one

CHORUS


download sini


love ~nuyui~

2012 World Tower Ranking...?





love ~nuyui~

Tsunami Travel Times... Sekiranya berlaku tsunami semalam...

sekiranya berlaku tsunami semalam... inilah time travel nya.. Malaysia akan menerima impak seawal 9.15 malam...


sumber: http://wcatwc.arh.noaa.gov/

berita-berita yang berkaitan dengan Gempa Bumi di Acheh (11 April 2012)

  1. Gempa di Aceh: Amaran tsunami di lima wilayah
  2. Gempa di Aceh: Tiga negara keluar amaran tsunami 
  3. Gempa: Penduduk Aceh berlindung di kawasan tinggi 
  4. Tsunami: Bengkulu siap sedia, penduduk berpindah 
  5. Gempa kuat: Bekalan elektrik di Aceh terputus 
  6. Gempa di Aceh: 27 negara keluar amaran tsunami 
  7. Gempa: Amaran tsunami dilanjutkan sejam lagi 
  8. Gempa bumi turut berlaku di Maluku Barat 
  9. Gempa di Aceh: Gegaran dirasai di Semenanjung 
  10. Gempa: Arahan berpindah di enam wilayah di Thailand 
  11. Gempa di Aceh: Gelombang 0.17 meter di Lautan Hindi 
  12. Gempa di Aceh: Pulau Pinang turut bergegar 
  13. Gempa: "Tsunami kecil" berlaku di pantai Aceh 
  14. Gempa di Aceh: Gempa susulan 8.8 skala Richter berlaku 
  15. Gempa di Aceh: Amaran tsunami ditarik balik 
  16. Amaran tsunami: 2,000 penduduk pesisir pantai Kota Kuala Muda dipindah 
  17. Gempa kuat di Lautan Hindi
  18. Malaysia tarik balik nasihat amaran tsunami


love ~nuyui~

Tuesday, April 10, 2012

Day & Night Vision Google untuk kereta...?

nampak canggih tak kalau pasang dalam ferari koi?... eheheeh.. tetiba kan? cam umah sewa apek dalam citer senario... luar setinggan dalam kondo kau... ahahahhaha...



mmg teruja la kan see gadjet dalam JDQ tu.. huhuhu.... mau idak.. siang bleh guna.. malam pun bleh guna tu... sesuai la kalau yang mata asik silau nengok lampu.. silau time matahari tegak atas kepala.. cam koi neh... time nak guna spek mata hitam belalang tempur tu la baru la terhegeh2 nak carik... tu ok lagi.. kalau baru la terhegeh ingat yang menatang alah tu tinggal sana la.. tinggal sini la kan... ehehee...


ermmm ade 2 hari lagi untuk beli... bleh self collect kat Ampang.. ermmm... menarik.. menarik.. menarik duit dari akaun ade diskaun 50 % tau.. ekekekeeke...






kalau rasa minat nak letak dlam ferari korang... eheheheh... silakan.. jangan malu2.... ade tempoh 2 hari lagi untuk beli... check kat sini...


love ~nuyui~

Monday, April 9, 2012

McDonald's Breakfast : Chicken Muffin For Only RM2.50



love ~nuyui~

Jururawat di tuduh curi seluar dalam...?


KOTA BHARU-Hanya kerana mencuri sekotak seluar dalam, seorang jururawat sebuah hospital dihadapkan di Mahkamah Majistret di sini semalam atas tuduhan mencuri satu kotak seluar dalam lelaki dan beberapa barangan lain di sebuah pasar raya, minggu lalu.


Tertuduh Zubaidah Yaacob, 26, mengaku tidak bersalah ketika dihadapkan di hadapan Majistret Mohd. Hafiz Mohd. Noor.

Mengikut pertuduhan, Zubaidah didakwa mencuri satu kotak seluar dalam lelaki jenama Edwin, dua helai baju T lelaki jenama Polo, sehelai baju perempuan jenama LD Mat, satu tali pinggang kulit, satu selipar dalam rumah jenama G-Style, satu getah pengikat rambut jenama G-Style dan satu klip rambut jenama G-Style di pasar raya tersebut pada jam 2.30 petang.

Zubaidah dari Kampung Padang Lati Bekelam, Bachok, didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan juga dikenakan denda jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Noor Dayana Mohamad yang mengendalikan pendakwaan menawarkan tertuduh dengan jaminan sebanyak RM4,500.Bagaimanapun Zubaidah yang berada di kandang tertuduh memohon supaya wang jaminannya dikurangkan.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM3,800 dan 30 April ini untuk sebutan kes.


love ~nuyui~

abadikan gambar instagram korang

ce citer.. ce citer....

Get widget here

koi bace deme nih....

~rombongan cik nuyui~