>

cik nuyui taip taip

Tuesday, March 13, 2012

Beli Kereta Dengan Duit Syilling


Seorang lelaki cuba untuk membeli sebuah kereta di Pusat penjualan kereta yang ada di Kota Xianyang China dengan wang syiling seberat 300 kilogram. Duit syiling sebanyak 60 ribu yuan telah mengejutkan semua wakil penjual di pusat terbabit.

Lelaki yang bernama Wang, juga merupakan penjual tepung telah mengangkut duit syiling tersebut dengan menggunakan kereta yang disewanya.

Duit Syiling yang berjumlah tujuh karung tersebut dikumpulkannya dengan menggunakan karung tepung.

Duit syiling tersebut dikumpulkan Wang dari hasil berjualannya selama 10 tahun.

Seperti dilapor China Daily, penjual kereta terbabit mengalami kesukaran untuk mencari bank yang mahu menerima duit syiling tersebut.

Akhirnya setelah puas mencari, penjual kereta tersebut berjaya meyakinkan sebuah bank untuk bersetuju menerima dan mengira duit syiling itu.

Wang bagaimanapun dilaporkan masih tidak dibenarkan membawa kereta baru pulang kerana pihak bank hingga kini masih menghitung duit syiling yang dibawanya.


love ~nuyui~

Comments
0 Comments

0 geng putri roh yg tomeiii....:

abadikan gambar instagram korang

ce citer.. ce citer....

Get widget here

koi bace deme nih....

~rombongan cik nuyui~