>

cik nuyui taip taip

Wednesday, November 30, 2011

Lirik lagu Selamanya Harimau Malaya | Download MP3

Selamanya-selamanya
Selamanya-selamanya
Selamanya-selamanya harimau malaya
Selamanya-selamanya
Selamanya-selamanya
Selamanya-selamanya sokong Malaysia
E lelelelele lah ooo ooo
E lelelelele lah aaa aaa
E lelelelele lah ooo ooo
E lelelelele lah harimau malaya
Harimau malaya
Harimau malaya
Harimau malaya
E lelelelele lah ooo ooo
E lelelelele lah aaa aaa
E lelelelele lah ooo ooo
E lelelelele lah
Inilah tanah tumpahnya darahku
Negara pasukan piala hanya satu
Harimau kami berlari laju
Belang nak tertanggal dari baju
Harimau kami cekap gelecek
Pertahanan lawan tumbang sederet
Bila turun padang berumahkan gelanggang
kalau berani mari bertandang hah
Selamanya-selamanya
Selamanya-selamanya
Selamanya-selamanya harimau malaya
Selamanya-selamanya
Selamanya-selamanya
Selamanya-selamanya ooh Malaysia
E lelelelele lah ooo ooo
E lelelelele lah aaa aaa
E lelelelele lah ooo ooo
E lelelelele lah harimau malaya
Harimau malaya
Semua berlari hingga tiada keringat
Gol pertama untuk negara kedua untuk pingat Bila atas padang main tak ingat Tiap hantaran kemas tiap gerak ligat Pernah kah ada harimau yang jinak Jawapan nya tidak semestinya lincah Penyokong di stadium beranak pinak Untukmu Malaysia kami ceria
Selamanya-selamanya
Selamanya-selamanya
Selamanya-selamanya harimau malaya
Selamanya-selamanya
Selamanya-selamanya
Selamanya-selamanya ooh Malaysia
E lelelelele lah ooo ooo
E lelelelele lah aaa aaa
E lelelelele lah ooo ooo
E lelelelele lah harimau malaya
Harimau malaya
Hey, mari kita semangat
Hitam kuning terpahat
Mari kita berjuang
Teguh berperang di padang
Sekali lagi maju lagi serang lagi
Gagah berani sebati tidak gentar tenang
Dengan sorakan gemilang
Harimau malaya pasti menang
Selamanya-selamanya
Selamanya-selamanya
Selamanya-selamanya harimau malaya
Selamanya-selamanya
Selamanya-selamanya
Selamanya-selamanya ooh Malaysia
E lelelelele lah ooo ooo
E lelelelele lah aaa aaa
E lelelelele lah ooo ooo
E lelelelele lah harimau malaya
Harimau malaya
Harimau malaya

download mp3 kat sini
love ~nuyui~

Pekeliling SBPA (Sistem Baru Perkhidmatan Awam) | Link mengikut Kementerian

disertakan link-link SBPA mengikut kementerian masing-masing. namun site tersebut hanya akan beroperasi setelah mendapat kelulusan daripada Jabatan Pertahanan Awam (JPA) harap maklum ye.

Pekeliling SBPA ( Sitem Saraan Baru Perkhidmatan Awam ) akan dihebahkan dalam masa terdekat dijangkakan sebelum bulan Disember 2011 dan habis lewat pun pertengahan bulan Disember 2011setelah Rang Undang-Undang Pembekalan 2012 diluluskan baru-baru ini.

Pekeliling akan dihebahkan secara serentak menerusi portal Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan portal-portal/laman web semua kementerian apabila tiba masanya nanti. 

Adalah dinasihatkan supaya membuka laman web kementerian masing -masing untuk akses SBPA bagi memastikan hebahan pekeliling lancar. Jangan pulak semua tertumpu di laman web JPA. Nanti laman web JPA down sape susah? sudahnya semua tak dapat tengok pekeliling SBPA.

Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar    NRE
Kementerian Pertahanan     MINDEF       
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan    KPDNKK       
Kementerian Kerja Raya    KKR       
Kementerian Pelancongan Malaysia    KPL (BM) / MOTOUR (EN)       
Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air    KeTTHA       
Kementerian Kesihatan Malaysia    KKM       
Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi    MOSTI      
Kementerian Pengajian Tinggi    KPT       
Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia    MAMPU       
Kementerian Luar Bandar Dan Wilayah    KKLW       
Kementerian Kewangan    MOF        
Kementerian Sumber Manusia    KSM       
Kementerian Pelajaran Malaysia    KPM       
Kementerian Luar Negeri      KLN       
Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani   atau  MOA      
Kementerian Perdagangan Antarabangsa & Industri    MITI       
Kementerian Pengangkutan Malaysia    MOT       
Jabatan Perdana Menteri    JPM  

namun tiada jadual gaji di dalam portal kementerian masing atas sebab2 tertentu (dont' know) hanya akan diedarkan kepada PTJ sahaja

sejak dibentangkan dalam budget 2012 pada Oktober yg lalu pelbagai 'hearsay' yang koi nampak... ehehehhe.. perkara biasa.... 

antaranya ;

*penilaian baru yang dipanggil PROSPEK menggantikan PTK 360 darjah
*berlaku pertukaran gred jawatan, tiada lagi 17, 22, 32 dan sebagainya, contoh;  PTD gred 44 dan 41 yg baru dia akan buat mcm nie, 1-1 untuk 44, 1-2 untuk 41, 1 yg depan mewakili kumpulan, 1 atau 2 yg belakang mewakili gred. contoh lain 17 da 22 mungkin 22 jadi 3-1 dan 17 jadi 3-2, contoh mcm tulah. tapi sapa yg pegang angka 1 tu tak pastu P&P or bermula dengan gred sokongan
*tiada kenaikan gaji sepertimana PTK pada aras IV seperti sebelum ini di mana tiada lagi T1 T2 T3
*bagi yg memilih opsyen SBPA ini jadual gaji akan diusahakan bermula JAN 2012

source
love ~nuyui~

Pencarian 1,000,000 blogger malaysia



segmen daripada


putri roh tag org2 best neh : 
~dunia_aku4eva~
Wiera D'pendz
PEMBANTU PERPUSTAKAAN

love ~nuyui~

Tuesday, November 29, 2011

Tentang Dhia OST | Lirik & Download Link


Sejak bertemu kau dan aku
Menusuk jantung ku, mula jiwaku
Merelakanku menjadi milikmu
Itu yang ku mahu,itu yang ku mahu cintamu
Sinar mentari pasti
Menyinar hati yang sunyi
Biarlah aku bermimpi
Kerna dibuai sepi

Dhia yang aku cinta
Selama ini ku harapkan
Cuba kau fahami
Tak akan dirimu dilukai


info menarik : Memula drama ni diberi tajuk Zikir Buat Dhia, tapi akhirnya ditukarkan kepada Tentang Dhia
love ~nuyui~

Pelik bin Ajaib : Pokok Pisang baru tanam 3 hari sudah mengeluarkan Buah dan Jantung




gambar nih di ambil di rumah nenek saudara di Bentong... erm... bertambah misteri bila ada yang menyatakan di bawah pokok tersebut tertanam harta... (harta apa hanya tuan rumah yang tahu.. ehehehheh).

Senior2 kat opis ni pun ada bagi tau.. harta tu kalau dilindungi yang beragama Islam hanya orang yang tertentu sahaja yang akan dapat lihat... tapi jika yang menjaga itu Kafir.. maka MUNGKIN akan ditukar ganti dengan apa yang tuan rumah ada... Wallahualam....

apa-apa pun jarang sekali kita dapat lihat mende2 sebegini....

love ~nuyui~

Saturday, November 26, 2011

Hasil di tanah sendiri memang sedap......




love ~nuyui~

Friday, November 25, 2011

Pulau lahir dari dasar laut



KEBIRUAN air di permukaan laut berhampiran Pulau El Hierro iaitu salah sebuah pulau di Kepulauan Canary tiba-tiba 'dihiasi' dengan kewujudan gelembung buih-buih yang muncul dari dasar laut awal bulan ini. Turut kelihatan gumpalan magma berwarna kehitaman melatari permukaan laut.
Semua itu berpunca daripada aktiviti gunung berapi dasar laut di kawasan tersebut yang dilaporkan semakin aktif selepas satu gempa bumi berukuran 4.3 pada Skala Ricther melanda pulau tersebut pada 5 November lalu.
Gempa bumi berkenaan menyebabkan gunung berapi dasar laut di luar Pulau El Hierro itu memuntahkan material berupa gas dan asap hitam setinggi 18 meter ke udara yang dipenuhi bau sulfur selain menyebabkan ia kelihatan terapung di permukaan laut.
Kepulauan Canary yang terdiri daripada tujuh buah pulau serta beberapa buah pulau kecil walaupun berlokasi sekitar 100 kilometer dari pesisir pantai Maghribi di utara Afrika bagaimanapun sebenarnya merupakan wilayah di bawah autonomi Sepanyol.
Selain Pulau El Heirro, enam pulau lain di Kepulauan Canary ialah Tenerife, Gran Canaria, Fuerteventura, Lanzarote, La Palma dan La Gomera. Pada pertengahan Oktober lalu, pihak berkuasa Sepanyol telah mengeluarkan arahan untuk menutup akses ke bandar pelabuhan La Restinga di selatan Pulau El Heirro rentetan aktiviti gunung berapi dasar laut itu.
Ini termasuklah meminta kapal-kapal yang berada di sekitar pelabuhan beredar meninggalkan kawasan perairan tersebut dan pesawat udara turut dilarang melakukan penerbangan di lokasi berkenaan.
Selama lebih sebulan, penduduk di kepulauan tersebut terpaksa hidup dengan gunung berapi dasar laut aktif yang bukan sahaja memberi ancaman keselamatan, bahkan turut menakutkan pelancong dan membahayakan kehidupan penduduk serta habitat sekitarnya.

LAHAR gunung berapi yang meletus di Kepulauan Canary mengeras dan dijangka membentuk sebuah pulau baharu.

Magma di permukaan laut
Para saintis tempatan memberitahu, aktiviti di gunung berapi dasar laut itu telah bermula sejak 17 Julai lalu dengan lebih 10,000 gegaran direkodkan.
"Letusan gunung berapi itu berlaku selama seminggu dan ia menyebabkan kerajaan bertindak memindahkan kira-kira 600 penduduk ke kawasan selamat," kata wakil perlindungan sains sivil, Carmen Lopez bulan lalu.
Berdasarkan kronologi, dasar laut Pulau El Hierro mula menggegar sejak 19 Julai lalu dengan memberi petanda melalui kemunculan gumpalan magma yang kelihatan di permukaan laut pulau terkecil di Kepulauan Canary itu.
"Letusan itu juga menyebabkan gumpalan besar magma berwarna kehijauan terbentuk di permukaan laut," kata seorang penduduk.
Sementara itu, pakar gunung berapi, Juan Carlos Carrecedo berkata, terdapat gumpalan magma di permukaan laut yang menghasilkan siri pecahan sekali gus menjana aktiviti seismik.
"Kita tidak tahu jika gumpalan magma tersebut akan memecahkan kerak dan mencetuskan letusan lebih besar. Letusan kemungkinan akan berlaku dalam tempoh sehari, seminggu mahupun sebulan," jelasnya memberi amaran yang letusan itu dijangka akan berterusan.
Beberapa letusan besar juga menyebabkan ia dapat dilihat dari jarak paling hampir iaitu 1.5 kilometer dari pesisir pantai di selatan El Hierro.
"Senario terburuk yang kami bimbang jika berlaku adalah letusan di daratan," ujar Ketua Keselamatan Kepulauan Canary, Juan Manuel Santana kepada akhbar harian El Pais.

KEPULAUAN Canary terkenal sebagai pulau pelancongan yang indah.

Sebuah pulau baharu
Apa yang pasti, pakar geologi turut berpendapat bahawa terdapat kebarangkalian letusan dari dasar laut itu mampu 'melahirkan' sebuah pulau baharu di Kepulauan Canary.
Khabar itu juga menyebabkan beberapa nama untuk 'bayi' Kepulauan Canary itu telah dicadangkan menerusi Internet, antaranya seperti Atlantis, Discovery atau The Beast.
Menguatkan lagi kemungkinan daratan baharu akan muncul menerusi pembentukan magma yang meletus itu apabila Institut Geografi Kebangsaan Sepanyol (IGN) menyatakan letusan tersebut hanya terletak kira-kira 69 meter atau 225 kaki dari permukaan laut.
Apa yang pasti, kemungkinan mengenai munculnya pulau baru itu menyebabkan keghairahan dalam kalangan orang ramai. Walaupun kerajaan telah mengarahkan supaya penduduk berpindah ke tempat yang selamat, keterujaan untuk melihat muncul daratan baharu hasil daripada letusan dan magma yang dimuntahkan menyebabkan ramai warga El Heirro berada di kawasan tinggi berdekatan pantai.
Salah sebuah akhbar tempatan, La Provoncia melaporkan, 'Raksasa akan muncul dari lautan' merujuk kepada daratan yang dikatakan bakal muncul. Bahkan, beberapa akhbar pula berdebat mengenai siapakah yang akan bertanggungjawab ke atas wilayah baharu itu.

ORANG ramai memerhatikan dari Pulau El Hierro letusan demi letusan di pemukaan laut.

Bagaimanapun, menurut IGN, nama serta pentadbiran baharu kemungkinan tidak diperlukan memandangkan sekiranya kekuatan letusan itu memunculkan daratan di permukaan laut, ia tidak mustahil akan bergabung dengan pesisir pantai Pulau El Hierro memandangkan jaraknya yang tidak jauh sekitar tiga kilometer sahaja.
Menariknya, menyorot kembali tentang asal usul Kepulauan Canary itu sebenarnya hampir kesemua pulau di situ ialah pulau volkanik atau pulau gunung berapi. Pulau tersebut dikatakan muncul sejak jutaan tahun dahulu menerusi letusan gunung berapi selain sewaktu peristiwa zaman Jurassic semasa pembukaan kerak lautan Atlantik.

Bergantung kepada kekuatan

PESONA pantai di Kepulauan Canary menggamit ribuan pelancong setiap tahun.

Sementara itu, pakar geologi, Profesor Madya Datuk Dr. Mohd. Ali Hassan pula tidak menolak kemungkinan letusan gunung berapi dasar laut di Pulau Hierro boleh menyebabkan sebuah pulau baharu boleh terbentuk.
"Namun semuanya bergantung kepada kekuatan letusan gunung berapi dan jarak kawasan letusan sama ada berlaku hampir atau jauh dengan permukaan laut.
"Malah amaun letusan yang dikeluarkan pada permukaan baru juga diambil kira. Jika letusannya banyak jadi ia berupaya membentuk sebuah pulau baharu," katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

sumber

KFC dah ada pancake??? Lagi sedap dari McD?


 ha.. gitu je la... McD tiru KFC.. KFC tiru balik McD..... McD tiru Pop corn chicken jadik McBite..... KFC Amik lak pancake dia.. tapi dah siap filling blueberry dalam pancake tu.. takyah nak selek2 jem dah... ehehehe... musti mau  try neh..... jom kita.....
love ~nuyui~

Thursday, November 24, 2011

Ehehe.. ade sesape nak hadiahkan kat saya tak???

 cloud sofa
 ehehehehehe
love ~nuyui~

Bajet 2012 | Borang Bantuan Kewangan Isi Rumah RM500 dan cara memohon

Bagaimana nak dapatkan Borang Bantuan Kewangan Isi Rumah RM500 Bajet 2012 ? Cara²nya mudah sahaja. Hanya perlu download atau dapatkan dari sumber² yang dinyatakan di bawah. Tapi sebelum tu. Sila  pastikan hanya yang berpendapatan isi rumah RM3000 dan ke bawah sahaja layak untuk memohon dan menerima bantuan rakyat RM500 ini.

Maksud 'isi rumah yang mempunyai berpendapatan bulanan kurang daripada RM3000' ialah jumlah keseluruhan hasil pendapatan bulanan ke semua ahli² di dalam rumah tersebut adalah tidak melebihi RM 3000. Jadi sekiranya, kurang dari RM3000. Keluarga tersebut layak untuk memohon bantuan kewangan isi rumah RM500 melalui borang pemohonan yang disediakan.

Borang kewangan isi rumah RM500 ini akan mula dikeluarkan mulai bulan Disember 2011 oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).  Borang tersebut boleh diperoleh di semua pejabat agensi berkenaan ataupun muat turun (download) menerusi website LHDN ataupun di dalam akhbar² tempatan.

Selain itu, LHDN juga turut mengguna pakai sistem pangkalan data e-Kasih, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi mendapatkan maklumat rakyat yang benar² layak untuk menerima bantuan tersebut. Bagi yang telah mendaftar denganpangkalan data e-kasih ini. Saya rasa tentu tak payah nak isi borang bantuan kewangan isi rumah ini. Sebab semenangnya memerlukan bantuan tersebut. Apa² pun, sila rujuk kepada pegawai² JKM untuk makluman lanjut.

Panduan Pemohonan Bantuan Kewangan Isi Rumah RM500 Bagi Keluarga Pendapatan RM3000 dan ke bawah

1. Dapatkan borang bantuan isi rumah mulai Disember 2011 menerusi;
* muat turun (Download online) dari Website LHDN
* Pejabat² LHDN berdekatan
* Disiarkan di akhbar² tempatan

2. Isi borang bantuan tersebut dan hantar ke pejabat LHDN yang berdekatan.

3. LHDN akan membuat semakan samada pemohon tersebut benar² layak untuk menerima bantuan isi rumah RM500 tersebut. (Harap² pegawai LHDN akan turun padang untuk membuat semakan. Kalau harap kat sistem je. Sah² banyak yang tak betul.)

4. LHDN akan mengeluarkan surat jawapan samada permohonan tersebut berjaya atau tidak.

5. Wang bantuan isi rumah RM500 akan dimasukkan (kredit) ke dalam akaun bank pemohon mulai Januari 2012

Cara² (option) lain;
* Daftar dengan E-kasih, Jabatan Kebajikan Masyarakat secara Online

Isu lama (lama tak lama la...) tapi bagi yang masih tak berapa pasti bagaimana nak mengisi borang bantuan isi rumah RM500 ini, sila dapatkan bantuan dari kakitangan pejabat LDHN berdekatan.
 
love ~nuyui~

Wednesday, November 23, 2011

Permohonan untuk PJJ @ USM kini dibuka

okay geng.. sape yang minat, permohonan untuk PJJ kat USM dah pun dibuka... 




PENDAFTARAN
1. Pemohon perlu mendaftar melalui laman web https://pohon.usm.my/ppjj yang boleh dicapai melalui laman web rasmi USM http://www.usm.my.
2.
Pemohon dikehendaki memasukkan maklumat berikut :-
           No. Kad Pengenalan / Mykad / No.Tentera / No.Polis
           Kata Laluan (ciptaan sendiri 5-15 aksara)
           Nama Ibu
           Alamat emel yang aktif dan betul
3. Nombor Rujukan akan dipaparkan dan juga diemelkan setelah proses pendaftaran berjaya. Sila gunakan Nombor Rujukan yang diberikan semasa berurusan dengan USM.
PERMOHONAN
 1. Anda perlu Login menggunakan Nombor Rujukan yang telah diberi dan Kata Laluan yang anda tetapkan semasa pendaftaran. Gunakan kemudahan Lupa Kata Laluan jika anda terlupa kata laluan dan hubungi nombor 1 300 888 876 sekiranya terlupa Nombor Rujukan.
 2. Pemohon mesti mengisi semua maklumat yang dikehendaki. Maklumat bertanda * mesti diisi untuk membolehkan pemohon pergi ke langkah seterusnya.
 3. Setelah selesai mengisi maklumat, pemohon perlu klik ”SETERUSNYA>>” untuk ke langkah seterusnya.
 4. Sila Sahkan maklumat / keterangan / data pada permohonan yang diberikan adalah benar dengan klik pada butang [SETUJU] atau [TIDAK SETUJU]. Kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan permohonan anda tidak akan diproses. Setelah butang [SETUJU] di klik sistem akan mengesahkan status penerimaan permohonan anda.
5. Permohonan ke Universiti Sains Malaysia (USM) dikenakan bayaran wang proses sebanyak RM 60.00. Pemohon perlu melengkapkan borang permohonan sebelum membuat pembayaran. Pembayaran boleh dibuat secara dalam talian atau tunai di kaunter CIMB Bank Berhad. Tatacara pembayaran akan ditunjukkan selepas pemohon mengesahkan permohonan mereka.
 6. Sila cetak dua (2) salinan borang permohonan yang telah lengkap diisi. Satu (1) salinan adalah untuk simpanan pemohon dan satu (1) salinan perlu dihantarkan bersama-sama :-
      a) satu (1) salinan MyKad
      b) satu (1) salinan sijil SPM
      c) satu (1) salinan sijil STPM (jika berkaitan)
      d) satu (1) salinan sijil Diploma (jika berkaitan)
      e) satu (1) salinan lengkap transkrip Diploma (jika berkaitan) dan
      f) dokumen-dokumen lain yang berkaitan ke alamat seperti dibawah :

SEKSYEN PENGAMBILAN PELAJAR
BAHAGIAN PENGURUSAN AKADEMIK
JABATAN PENDAFTAR

ARAS 2, BANGUNAN CANSELORI,
UNIVERSITI SAINS MALAYSIA, 11800 USM,

PULAU PINANG.

pastikan semuanya lengkap yek....
love ~nuyui~

Just A Kiss - Lady Antebellum | Lirik n mp3 download


Lyin’ here with you so close to me
Its hard to fight these feelings when it feels so hard to breathe
Caught up in this moment
Caught up in your smile

I’ve never opened up to anyone
So hard to hold back when I’m holding you in my arms
We don’t need to rush this
Let’s just take this slow

Just a kiss on your lips in the moonlight
Just a touch in the fire burning so bright
And I don’t want to mess this thing up
I don’t want to push too far
Just a shot in the dark that you just might
Be the one I’ve been waiting for my whole life
So baby I’m alright, with just a kiss goodnight

I know that if we give this a little time
It will only bring us closer to the love we wanna find
It’s never felt so real, no it’s never felt so right

Just a kiss on your lips in the moonlight
Just a touch in the fire burning so bright
And I don’t want to mess this thing up
I don’t want to push too far
Just a shot in the dark that you just might
Be the one I’ve been waiting for my whole life
So baby I’m alright, with just a kiss goodnight

No I don’t want to say goodnight
I know it’s time to leave, but you’ll be in my dreams
Tonight
Tonight
Tonight

Just a kiss on your lips in the moonlight
Just a touch in the fire burning so bright
And I don’t want to mess this thing up
I don’t want to push too far
Just a shot in the dark that you just might
Be the one I’ve been waiting for my whole life
So baby I’m alright, oh, let’s do this right, with just a kiss goodnight
With a kiss goodnight
Kiss goodnight

love ~nuyui~

Wordless Wednesday #9 - Selalu mimpi camni... korang???


love ~nuyui~

Monday, November 21, 2011

Kalau korang terer bab makanan kampung....

ahaa..... sape pandai sile teka la.....




love ~nuyui~

Beach Boy ooooo Beach Boy...

ni satu lagi pengaruh barat yg dah sampe kat Malaysia kite yang tercinte neh... huiii....
jom baca.. nak citer lelebih pun tak tau nak citer pe.. baca pun dah lengkap...


PULAU TIOMAN: Berwajah unik, muda, seksi, sasa dan mampu berkomunikasi dalam pelbagai bahasa, itulah kelebihan pekerja pantai khususnya golongan lelaki sekitar pulau ini hinggakan ada pelancong wanita yang cair dengan penampilan mereka.

Digelar beach boy atau budak pantai, kehadiran golongan itu nyata menjadi daya penarik kepada pelancong asing terutama wanita namun ada kalanya kurang disenangi penduduk setempat yang melihat ia ancaman kepada budaya dan sosio ekonomi masyarakat di situ.

Seorang budak pantai yang hanya mahu dikenali sebagai Aju, 20, berkata sejak tiga tahun terbabit dalam aktiviti pelancongan di pulau itu, sudah dua wanita meminta dia menjadi teman di bilik tidur mereka dan kedua-duanya pelancong asing.

“Sebelum ini saya hanya mendengar cerita rakan mengenai perkara itu namun selepas ia benar-benar berlaku depan mata, saya tidak dapat menolak, tambahan pula mereka yang meminta saya ke bilik.

“Apapun perkara itu sebenarnya berlaku kerana saya berada dalam keadaan antara sedar atau tidak kerana pengaruh alkohol, kami sebenarnya bertemu kali kedua di sebuah restoran yang menyediakan minuman keras. “Ia bukannya pesta atau majlis tertentu sebaliknya restoran biasa yang tiba-tiba menjadi seakan pesta apabila semakin ramai pengunjung tiba,” katanya.

Ditanya mengapa dia mengunjungi restoran berkenaan, Aju berkata, dia hanya menemani pelanggan sebelum diajak minum bersama malah restoran itu sememangnya menjadi pilihan pelancong dari luar negara.

“Ia adalah tuntutan kerja dan pada masa sama ia memberi ruang untuk golongan seperti saya bergaul dengan masyarakat luar khususnya pelancong asing,” katanya.

Seorang lagi budak pantai yang hanya mahu dikenali sebagai Din Lanun, 24, berkata kebanyakan pelancong yang sudi menjadi teman mereka biasanya mempunyai sebab atau agenda tersendiri kerana golongan itu biasanya membabitkan pelancong bajet atau backpacker.

“Mereka biasanya ingin tinggal lebih lama dan untuk menjimatkan wang, mereka sanggup bermalam di rumah atau hotel bersama budak pantai yang kebanyakannya akan membiayai sewa hotel dan makan minum sepanjang mereka menginap.

“Biasalah jika mereka memberikan sesuatu mestilah mereka hendakkan sesuatu, bak kata orang situasi menang-menang,” katanya.

Sementara itu, orang lama yang pernah bertugas sebagai budak pantai di situ yang mahu dikenali Lan Tatu, 40-an, berkata amalan gaya hidup Barat dalam kalangan budak pantai tidak sehebat zamannya kerana pelbagai agensi kini memantau aktiviti golongan itu.

“Dulu aksi ghairah pasangan boleh dilihat di mana-mana termasuklah di bandar Tioman, iaitu Kampung Tekek, selain pelbagai pesta tari di tepi pantai namun kini aktiviti itu tidak lagi wujud di sini kerana ada agensi yang memantau.

“Memang masih ada pesta tari menari dengan minuman memabukkan terutama ketika musim kehadiran pelancong ramai (Mac-Ogos) tetapi ia diadakan di kawasan terpencil terutama di Salang (kampung).

“Kebanyakan budak kita hanyut kerana kedudukan kampung itu yang agak terlindung selain harga minuman keras yang murah berikutan status pulau sebagai pulau bebas cukai,” katanya.

Sementara itu, seorang pelancong, Deborah Ghinjo, 25, berkata tidak semua pelancong asing mengambil kesempatan dengan mencari teman semata-mata untuk menetap di sesuatu tempat secara percuma atau murah.

“Ia sebenarnya atas kehendak sendiri kerana ada kalanya seseorang itu akan tertarik dengan cara hidup atau penampilan seseorang yang jarang dilihat di tempat asalnya di Barat, adalah perkara biasa apabila perkenalan antara lelaki perempuan dibawa ke bilik tidur. “Itupun berlaku atas dasar suka sama suka dan bukannya atas kehendak satu pihak saja, apapun saya faham adat dan budaya hidup masyarakat sesebuah negara berbeza dan sebagai pelancong kita cuba memahami sebanyak mungkin perkara itu untuk mengelak kesulitan di masa depan,” katanya.

love ~nuyui~

Stalker artis.....

huii.. sblm neh baca kat Hollywood ngan Bollywood je.. Malaywood pun dah jangkit mende2 ala2 secret admirer la, peminat setia la... paling truk tu jadik stalker... (oppss lupa malaysia neh pun dah setaraf hollywood gak dalam sesetgh mende).. tu yg peminat pun jangkit sama.. cuma kes Tania Hudson neh tak le.. seteruk stalker.. kalau stalker.. huii... siap bleh masuk tgk korang tido..  kalau tak silap dulu ade kes peminat siap tido baring n wat something atas katil artis pujaan tu... (lupa dahhh)
kalau takat wt group FB  kami peminat setia bla.. bla.. pastu support fan club.. sudah la kan... tak yah la sampai susah payah tetiap hari gi muncul dpn pintu rumah org tu... huii... risau gak.. kan dah kena tangkap... [baca sini]

love ~nuyui~

Thursday, November 17, 2011

Jom intai Istana Negara yang baru | Yang DiPertuan Agong ke-14

fuhh.... mengkalau kita dtg dari utara... kuar dari tol jalan duta... bleh namapak tersergam indah istana baru neh... memang saujana mata memandang.. n.. tadek la kite nampak pintu gerbang je...

Istana baru ni juga akan jadi lokasi pertabalan Yang Dipertuan Agong yang ke-14 pada 14 Disember 2011 ni nanti iaitu baginda Sultan Kedah Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah di mana ini adalah merupakan kali kedua baginda dipilih sebagai Yang Dipertuan Agong.

Sebelum ini Baginda merupakan Yang DiPertuan Agong ke-5 yang memerintah untuk tempoh 21 September 1970 hingga 20 September 1975.

















































Bagi Sultanah Kedah iaitu Sultanah Tuanku Haminah Hamidun pula ini merupakan kali pertama bagi baginda menaiki takhta Permaisuri Agong setelah ditabalkan menjadi Sultanah Kedah pada 9 Jan 2004. Baginda ditabalkan sebagai Sultanah Kedah selepas kemangkatan Almarhum Tuanku Sultanah Hajjah Bahiyah pada tahun 2003.

Daulat Tuanku. Selamat bersemayam di atas takhta.

Baca pasal sistem perlantikan Yang DiPertuan Agong Malaysia kat sini

kredit to : sumber 1, sumber 2
love ~nuyui~

abadikan gambar instagram korang

ce citer.. ce citer....

Get widget here

koi bace deme nih....

~rombongan cik nuyui~