>

cik nuyui taip taip

Thursday, January 6, 2011

Berkampung di Institut Jantung Negara | IJN Heartspot | Kemudahan untuk Kakitangan Awam, Pesara



Semasa entry ini ditulis..... Pak Andak koi... Encik Mohd Yusof bin Allahyarham Haji Ahmad masih belum sedar selepas menjalani pembedahan saluran jantung semalam...... Pembedahan dari pukul 2 - 6.30 pm petang semalam....
Malam tadi suasana lobi IJN riuh rendah dek berkumpulnya kaum kerabat... ermm.... nasib baik la lobi IJN tu cantekk... cam lobi hotel lak... huhu....
ermm.. abah koi tu bukan try test WiFi.. ahahah... dok tgh mengasah minda dengan Spider... ahahahhaah.....

Lepas operation... doktor kata nak tengok keadaan patient dalam tempoh 4 jam.... tengok mengkalau ada pendarahan teruk.... Masa koi naik 2 x tengok keadaan pak andak... mmg nampak balang darang bawah katil dia... kali pertama naik... misi IJN dok pam ubat kaler kuning2...  naik kali kedua... dah masukkan darah lak.... ermm.... harap tak ada komplikasi.... sebab sepupu koi (anak pak andak) kabor.. kalau darah tak berenti kuar.. maybe kene operate semula.....

sian tgk Cik Nah (tudung purple/wife Pak Andak tapi panggil Cik Nah).. diam je...
kul 12 am cam gitu.. pas acara baca Yasin... koi mintak diri balik.. pas antar adik koi ke Damansara.. koi pun balik umah tido... tido pun tak bape nak lena.... takut tetiba dapat call... huhu.... abah n mama koi.. kul 2 lebih baru gerak balik bentong...

pagi tadi bangun2 tido trus tgk HP.. mengkalau ade missed call ke.. sms ke yg koi tak sedar... Alhamdulillah takde.....

Pak Andak koi nih bekas askar..... so bayaran bleh support separuh... ank kedua dia lak askar.... so cover separuh.... maka Alhamdulliah... tercoverlah operation bernlai RM35K tu...

dah 3 hari dok berkampung di IJN anak beranak pak andak... kiorang cume datang time lunch... n petang bawak ke malam... hari nih ke sana lagi... 
anak beranak Pak Andak

Dijangka... pak andak hanya akan sedar tengah malam hari Jumaat @ subuh Sabtu.....

Doakan Pak Andak koi selamat yek rodong2 sekelian.......

corat coret IJN :
- mkn malam ditaja oleh : ahahahha... Otai Burger.....
- setiap ruang menunggu ade 2-4 buah kerusi urut2 Gintell..... huishh lega abah n mama koi... (tapi bayaran agak mahal le... huhuhu....... RM1 = 3 minit....)
- ade free WiFi okes... Heartbeat utk guest..... idak le kitorang melangooo je.... tapi nape kul 1.00 pm cam dah kene block????
- ade mesin ATM.. maybank n RHB.. huhu.. tapi RHB tu transparent ke? (bak kata adik koi.. terlampau canggih sampe idak nampak mesinnye... ahahah.. ade kiosk je... huhuhu.......)
- ade mesin utk cek KWSP anda yek.. eheheheeeh.....
- ade kiosk jual2 brg spt tudung.. baju baby... mainan baby.. ehehheeeh.. abesssssss......
- tapi mesin air tak bape nak ade..... ermmm.... patut letak le semesin dua kat area lobi yg saujana mata memandang tu.... nak beli kat kedai News(hapentah) tu agak mahal...... lagi satu harap staf kedai tu tgk2 harga barang ye... harga yg di pamerkan tak sama dgn yg di scan.... walaupon 10 sen.. tapi mengkalau dah duk situ berhari2 sampai berpuluh2 botol beli.. idak ke byk perbezaan tu??????? ermmm....

badak kengkeng try test Gintell gak ke?????

 cukup setakat ini dahulu yekk.. eheheheheh

le neh.. sedikit fakta berkenaan rawatan di Institut Jantung Negara untuk Kakitangan Awam dan Pesara Kerajaan.....

SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 13 TAHUN 2007
“Rawatan percuma di Institut Jantung Negara Sdn. Bhd. (IJNSB) adalah bagi pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan dan pesara Perkhidmatan Awam Persekutuan yang menerima pencen serta keluarga mereka yang berkelayakan yang dirujuk oleh Pakar Perubatan Umum (Physician)/ Pakar Kardiologi dari klinik/ hospital Kerajaan atau swasta ke IJNSB.”

PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 21 TAHUN 2009
PELAKSANAAN
Tafsiran

5. Dalam Pekeliling Perkhidmatan ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain–
ibu bapa yang sah’ bermakna ibu kandung atau bapa kandung atau ibu tiri atau bapa tiri atau ibu angkat atau bapa angkat yang pertalian kekeluargaan adalah sah di sisi undang-undang;
‘Jabatan’ termasuklah-
(a)
sesuatu Kementerian; dan
(b)
sesuatu Jabatan Persekutuan di peringkat persekutuan, wilayah, negeri atau daerah dalam Persekutuan;
keluarga pegawai’ adalah merujuk kepada tafsiran sebagaimana yang ditetapkan dalam Perintah Am 1 (iii) Bab F Tahun 1974 seperti berikut:
“bagi pegawai lelaki, isteri dan anak-anaknya; dan bagi pegawai perempuan, suami dan anak-anaknya. Di mana ada disebutkan mengenai rawatan percuma yang boleh diberi kepada keluarga seseorang pegawai, maka anak-anak yang berkelayakan ialah anak-anak yang ditanggung sepenuhnya oleh pegawai yang berumur di bawah 18 tahun; atau sekiranya masih bersekolah, di bawah umur 21 tahun. Walau bagaimanapun bagi anak-anak yang daif yang disebabkan oleh kelemahan otak atau jasmani, had-had umur ini tidak akan dipakai. Istilah ‘anak’ akan termasuk juga anak-anak tiri dan anak-anak angkat yang diambil mengikut undang-undang. Untuk tujuan pemberian rawatan percuma ini, balu seseorang pegawai juga akan dianggap sebagai keluarga pegawai selagi ia tidak berkahwin semula.”

love ~nuyui~
Comments
0 Comments

0 geng putri roh yg tomeiii....:

abadikan gambar instagram korang

ce citer.. ce citer....

Get widget here

koi bace deme nih....

~rombongan cik nuyui~