Berikutan kes penyiaran iklan sensitif yang memburukkan imej jururawat seluruh Malaysia di dalam pesawat milik Air Asia.. Syarikat tambang murah yang terkenal ini telah pun membuat permohonan maaf melalui akaun Facebook mereka...
kepada yang masih tak tau boleh baca kes kat bawah yek...
Persatuan Perubatan Malaysia berasa amat kecewa dan membantah penyiaran iklan berbaur sensitif yang dipaparkan di tempat duduk dalam pesawat milik AirAsia.Iklan tersebut yang dikatakan untuk mengiklan produk anak syarikat AirAsia iaitu Tune Insurance Malaysia tertulis perkataan “You want your momma, because you are in the hospital with lousy nurses.”Persatuan Perubatan Malaysia turut mendesak agar pihak Air Asia untuk menarik balik iklan tersebut dengan segera dan memohon maaf kepada jururawat di seluruh Malaysia.Menurut Presiden Persatuan Perubatan Malaysia, Dato’ Dr. N.K.S. Tharmaseelan, iklan tersebut telah memperkecilkan kerjaya sebagai jururawat dan dianggap agak melampau.Tambah Presiden Persatuan Perubatan Malaysia itu lagi, iklan itu jelas menunjukkan ketidakfahaman pengiklan akan peranan jururawat yang mana asasnya adalah untuk menjaga pesakit dengan cara terbaik tanpa mengira siang atau pun malam.“AirAsia merupakan syarikat penerbangan terkemuka di negara ini. Iklan tersebut akan dapat dilihat di semua laluan perkhidmatan mereka termasuk pelancong warga asing. Ia secara tidak langsung telah memberi gambaran yang buruk mengenai jururawat di Malaysia. Perbuatan menggambarkan kerjaya jururawat sebagai sesuatu yang buruk adalah sangat tidak adil. AirAsia sepatutnya menyemak iklan yang ingin digunakan sebelum menerima secara bulat-bulat daripada agensi yang menghasilkannya.” jelas Dato’ Dr. N.K.S. Tharmaseelan, Presiden Persatuan Perubatan Malaysia. -AWANI