Bila terlalu ikut peraturan sampaikan akal pun tak digunakan ... gini la jadiknya...
Peraturan tu garis panduan... ikut la situasi semasa.. samada bersesuaian atau tidak... Yang buat peraturan tu pun manusia... Yang nak ikut peraturan tu pun manusia jugak.... bukan lembu... Apa punya turrrr.....
Pasal troli shopping tak leh masuk dlm restoran depa ni pun koi tak bape berkenan... Tak yah la bukak restoran kat tempat shopping kalau dah tak leh bwk masuk.. nak tinggal kat luar... kalau hilang barang2 tu ko nak ganti ke?... tak kan?...
Ni dah wheelchair lak... apa daaaa.... Stroller anak bleh ar exception... (stroller ribu-ribu arents nak tinggalkn ke kat luar) anak tu bleh dukung....
Akai tarak...
Lelaki tak boleh berjalan disuruh tinggalkan kerusi roda di luar
KUALA LUMPUR: Selalunya, Anthony Thanasayan, seorang ahli majlis perbandaran Petaling Jaya yang berkerusi roda, memperjuangkan hak orang kurang upaya (OKU).Namun dia sendiri terkejut dengan layanan yang diterima di cawangan sebuah restoran makanan segera di Mid Valley Megamall baru-baru ini.Anthony mendakwa, dia terkejut apabila seorang penyelia cawangan Pizza Hut berkenaan meminta dia meninggalkan kerusi rodanya di luar jika ingin masuk ke restoran tersebut.Anthony meninggalkan restoran tersebut dengan perut kosong dan perasaan kecewa.Bercakap kepada New Straits Times, Anthony berkata kejadian berlaku kira-kira pukul 1 petang Isnin apabila dia ingin makan tengah hari dengan seorang rakannya yang normal.“Saya minta duduk di dalam dengan rakan saya kerana restoran separuh penuh. Tiba-tiba datang pengurus restoran beritahu saya yang polisi cawangan itu tidak benarkan pelanggan berkerusi roda masuk,” katanya.Pekerja restoran juga enggan melayan saya, dakwanya lagi.“Saya sedih dan terkejut. Macam mana ini boleh terjadi pada saya? Saya tak boleh jalan... Saya dah macam ni lebih dari 40 tahun. Macam mana saya nak tinggalkan kerusi roda saya di luar?”Anthony berkata polisi cawangan tersebut untuk tidak melayan pelanggan berkerusi roda adalah satu diskriminasi.“Memang tak masuk akal, layan orang tidak berupaya macam ni. Kami juga berperasaan,” katanya dengan menambah yang dia menangis ketika berkongsi tentang pengalaman itu di laman Facebooknya.Anthony mendakwa seorang wakil dari Pizza Hut telah menghubunginya semalam namun dia enggan bercakap kerana masih terlalu sedih.Pizza Hut Malaysia sejak itu telah meninggalkan satu kenyataan di laman Facebooknya dengan mengatakan yang mereka amat memandang berat tentang kejadian yang dialami Anthony.“Kami telah memulakan siasatan dan akan menemui Anthony hari ini untuk menyelesaikan sebarang salah faham yang berlaku. Sebarang maklum balas tentang isu tersebut amat dialu-alukan di sini kerana ia saluran rasmi kami untuk bertindak balas dalam menangani isu ini,” menurut kenyataan tersebut.Sumber NST 30 Okt 2013