>

cik nuyui taip taip

Tuesday, January 31, 2012

Jom Ping Blog @ BLOGR.MY



meh baca dengan lebih lanjut.. ekekkeke... ha.. buat blogger skelian.. skang ni dah tambah satu lagi website untuk korang ping blog korang dengan teramatlah mudahnye... haa... diberi nama surat beranaknye.. BLOGR.MY .....

mmg mudah... yang penting ada akaun twitter.... takde lagi? ermmm.. cepat gi daftar TWITTER tu dulu... then bleh follow cik nuyui a.k.a putri-roh okes.. ekekeke...

pastu kan... bleh gi kat website ping blog ni then daftar je menggunakan akaun twitter kau orang tu... ha... trus bleh ping blog korang banyak mana lah korang suke... ceewaaahhh...

senangkan?? kat website blogr.my tu pun ade dipaparkan blog-blog yang baru di ping... dan jugak mana-mana blog yang menarik hati reader.... ermmm adakah putri-roh menarik hati korang? ekekekeke....

so, apa tunggu lagi... cepat gi daftar nun...




love ~nuyui~

Petua Kekal Langsing... Ceewahhhhh...



terjumpe petua menarik.. ahahaha... senang je rupenye petua kekal langsing...
Salah satunya nye...

Mengubah cara pemakanan yang diamalkan daripada kebiasaan kepada satu kaedah yang baru iaitu:
·         Apa yang kita ambil untuk sarapan pada waktu pagi ditukar kepada apa yang sepatutnya dimakan pada waktu tengahari.
·         Pada waktu tengahari jangan makan makanan yang mengenyangkan, cukup sekadar buah-buahan atau jangan makan langsung (sebab pagi dah makan berat tu kan… ngeeeee…)
·         Makan malam diawalkan dan diambil dalam lingkungan jam 7.00 malam
·         Jangan makan selepas pukul 9.00 malam walaupun anda belum makan apa-apa sebelumnya. Jika perlu cukup sekadar segelas susu atau buah-buahan atau makanlah sedikit tetapi jangan mengambil makanan yang telah dimasak (makanan berat)…- emmm makanan cam apa tu?

Sila sama-sama cuba ek.. ahaksss…..



love ~nuyui~

Friday, January 27, 2012

Pemilihan Pegawai Kadet UPNM [Lepasan SPM] & Pemilihan Pegawai Kadet Graduan


Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan melaksanakan pemilihan Pegawai Kadet UPNM (dengan menggunakan keputusan percubaan SPM Tahun 2011) dan Pemilihan Pegawai Kadet Graduan bagi tahun 2012.


DOWNLOAD PENGAMBILAN CALON LEPASAN SPM

DOWNLOAD PENGAMBILAN GRADUAN



Permohonan yang telah lengkap hendaklah dihantar ke alamat:


Markas Angkatan Tentera Malaysia,
Bahagian Perkhidmatan Anggota,
Cawangan Tenaga Kerja, Kementerian Pertahanan,
Jalan padang Tembak,
50634 Kuala Lumpur.
( Up : SEL C )

Tarikh Tutup Permohonan : 31 Januari 2012



love ~nuyui~

5 Perkara Utama Saranan Cuepacs Untuk Semakan Semula SBPA



GEORGETOWN: Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) mengemukakan lima perkara utama untuk dipertimbangkan dalam semakan semula skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA).

Presidennya, Datuk Omar Osman, berkata lima perkara itu tertumpu kepada aspek keadilan dan kesaksamaan khususnya bagi penjawat awam pada gred 54 dan ke bawah.
Lima perkara terbabit ialah mengkaji semula pindahan gaji bagi gred 54 dan ke bawah; mengekalkan kedudukan kekananan yang ada dalam Skim Saraan Malaysia (SSM) sebelum bertukar kepada SBPA; mengkaji semula kedudukan gaji penjawat yang sudah lama mencapai tahap gaji maksimum; mengkaji semula kenaikan gaji antara tujuh dan 13 peratus dan semak kembali penstrukturan semula di semua peringkat gred.
"Kami harap hasil semakan semula ini akan memberikan keceriaan kepada semua penjawat awam," katanya kepada pemberita selepas taklimat SBPA kepada anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat, di sini, hari ini.

Omar berkata, beliau juga meminta supaya tiga lagi pegawai tertinggi dalam CUEPACS dibenarkan menyertainya pada mesyuarat pasukan petugas khas SBPA itu.

"Sekiranya tiga pegawai saya tidak dibenarkan untuk turut serta dalam mesyuarat itu saya akan tarik diri dari pasukan itu, kerana ia tidak adil bagi saya. Saya adalah wakil kepada 1.3 juta penjawat awam yang lain," katanya.

Selain itu katanya, CUEPACS akan membuat sesi jelajah sehingga April depan bagi memberi penerangan kepada penjawat awam mengenai SBPA.
"Sekarang ini kita cuma boleh minta semua penjawat awam supaya bersabar dan bertenang, tunggu sehingga tempoh semakan semula selesai," katanya.

SBPA yang sepatutnya dilaksanakan bulan ini ditangguhkan sementara bagi memberi peluang kepada pasukan petugas khas menyemak semula skim itu yang dikatakan persatuan penjawat awam sebagai agak kurang adil serta mengelirukan.

Pasukan petugas khas itu yang ditubuhkan pada pertengahan bulan ini diberi masa tiga bulan untuk melakukan semakan dan mengemukakan cadangan baru kepada kerajaan. - BERNAMA




love ~nuyui~

Saturday, January 21, 2012

Tattoo Passport


 disebabkan selalu sangat lupa bawak passport, lelaki ini akhirnya mencacah data2 peribadi nya dibahagian belakng badannya bagi mengatasi masalah tersebut.. ehehehe... punye besar passport.. akan tetapi beliau berjaya mengeluarkan wang di bank hanya menggunakan passport tattoo tersebut.. ermm....
sumber : formyhour

love ~nuyui~

Wednesday, January 18, 2012

Siti Nurhaliza Biography - History Channel [FULL version]






love ~nuyui~

Tuesday, January 17, 2012

MV Take Over - Mizz Nina feat. Pitbull

/
sukee....

love ~nuyui~

Thursday, January 12, 2012

SBPA Ditangguh | Pulakdah......


 Haaa.... macam-macam... baru je Isnin lepas diumumkan pembayaran gaji bagi bulan Januari akan dilakukan sebanyak 2 kali iaitu pada 16 dan 31 Januari 2012. selang 3 hari dah kuar lak SBPA ditangguh... tangguh bape hari?.. bulan??? ermm...  harga barang sejak PM duk umum dalam Budget tu hari lagi dak duk sedap naik mencanak... ni dah ditangguh.. ade ke depa nak turunkan harga tu.. barang kawalan  ke tak kawalan ke.. ermm.. sama je... time kena pantau ok la ikut rule.. time tak.. takkan tiap saat depa nak duk depan kedai tgk harga barang.. ermm...

SHAH ALAM -  Kabinet memutuskan untuk menangguhkan pelaksanaan sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA), yang berkuat kuasa sejak 1 Januari lalu, dipercayai ekoran rasa tidak puas hati di kalangan sebahagian besar kakitangan awam.

Sinar Harian difahamkan keputusan mengejutkan ini diputuskan dalam mesyuarat mingguan semalam.


Isnin lalu, kenyataan Kementerian Kewan gan menyebut pembayaran gaji penjawat awam bagi bulan Januari yang akan dilakukan pada 16 Januari ini sempena perayaan Tahun Baru Cina, adalah berdasarkan gaji Sistem Saraan Malaysia manakala perbezaan gaji penjawat awam yang memilih opsyen SBPA akan dibayar pada 31 Januari.


Pembayaran gaji SBPA tidak dapat dilakukan sepenuhnya pada 16 Januari berikutan keputusan kerajaan untuk melanjutkan tempoh opsyen SBPA dari 31 Disember 2011 kepada 15 Januari.


Menurut sumber, Kabinet mempertimbangkan tiga sebab utama dalam memutuskan penangguhan SBPA, yang menggantikan Sistem Saraan Malaysia.


"Antaranya tiadanya perundingan secukupnya dengan wakil pekerja (kesatuan sekerja) dan peratusan kenaikan gaji yang tidak seimbang antara kumpulan kakitangan rendah dan tertinggi," kata sumber.


Sebelum ini wujud dakwaan kononnya kakitangan kumpulan pengurusan tinggi dan kanan menerima kenaikan gaji sangat tinggi, sehingga mencecah 50 peratus.


Bagaimanapun ia telah dinafikan oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Abu Bakar Abdullah bulan lalu.


SBPA memperkenalkan sistem gaji satu lapis berbanding tiga lapis di bawah Sistem Saraan Malaysia.


Menurut sumber itu, kerajaan mahu kajian semula dijalankan ke atas keseluruhan komponen SBPA bagi memastikan tujuan pelaksanaan sistem gaji baru itu mencapai matlamat.


Mengenai tempoh penangguhan, sumber memberitahu, "ia kemungkinan besar akan mengambil masa beberapa bulan, juga kemungkinan hanya akan dilaksanakan selepas pilihan raya berakhir, supaya segala rasa tidak puas hati selesai dan diatasi secara menyeluruh."


Pegawai-pegawai kanan perkhidmatan enggan mengesahkan perkara itu. Bagaimanapun difahamkan Jabatan Perkhidmatan Awam akan mengeluarkan kenyataan rasmi hari ini.


"Tunggulah esok, maklumat jelas akan dikeluarkan," kata seorang pegawai kanan ketika dihubungi.


Pada 18 Disember lalu, Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) membuat pendirian tegas dengan meminta kerajaan menangguhkan pelaksanaan SBPA dan mengadakan perundingan dengan badan induk kesatuan awam itu.


Badan induk itu mendakwa pihaknya “amat kesal” kerana kerajaan dan Jabatan Perkhidmatan Awam tidak mengadakan langsung perundingan dengan Cuepacs sebelum menggubal dan melaksanakan SBPA.


Presidennya, Datuk Omar Osman berkata, kerajaan seharusnya memastikan setiap anggota perkhidmatan awam, yang saiznya 1.4 juta orang, menerima maklumat yang tepat dan mendalam sebelum menerima opsyen pelaksanaan SBPA.


Omar berkata, perkara itu akan dibawa ke perhatian Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Pertemuan itu telah diadakan akhir bulan lalu.


Ketika itu, Cuepacs juga meminta ahli-ahlinya tidak menerima opsyen sehingga perkara ini selesai.


Jabatan itu membuka opsyen menerima SBPA mulai 16 Disember lalu dan ia sepatutnya ditutup pada 30 Disember, tetapi dilanjutkan sehingga 15 Januari selepas pertemuan Cuepacs dengan Najib.


Omar juga mendakwa kakitangan awam dipaksa menerima opsyen tanpa diberikan maklumat mengenai sifir gaji dan tangga gaji.


Katanya, ia jauh berbeza berbanding ketika pelaksanaan Sistem Saraan Baru dan Sistem Saraan Malaysia sebelum ini.


Mengenai kenaikan gaji tujuh hingga 13 peratus yang diumumkan oleh Najib ketika pembentangan Bajet 2012 pada Oktober lalu, Omar berkata, perkiraan pihaknya menunjukkan sebaliknya.


Ada yang mendakwa menerima kenaikan gaji jauh lebih rendah daripada kadar yang diumumkan Najib.


“Jelaskan kedudukan kenaikan gaji tujuh hingga 13 peratus ini,” kata Omar ketika itu.


Beberapa parti politik juga menggesa kerajaan menangguhkan SBPA atas alasan mengabaikan kepentingan kakitangan kumpulan rendah, yang merupakan dua pertiga saiz kakitangan awam.


love ~nuyui~

Cuti Umum Malaysia 2012


JANUARI

1 Januari (Ahad)
Tahun Baru 2012
Seluruh negeri kecuali Johor, Kedah, Kelantan, Perlis & Terengganu

14 Januari (Sabtu)
Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan
Negeri Sembilan sahaja

15 Januari (Ahad)
Hari Keputeraan Sultan Kedah
Kedah sahaja

23 Januari (Isnin)
Tahun Baru Cina
Seluruh negara

24 Januari (Selasa)
Tahun Baru Cina (Hari kedua)
Seluruh negeri kecuali Kelantan & Terengganu


FEBRUARI

1 Februari (Rabu)
Hari Wilayah Persekutuan
Wilayah Pesekutuan Kuala Lumpur, Labuan & Putrajaya sahaja

5 Februari (Ahad)
Maulidur Rasul
Seluruh negara

7 Februari (Selasa)
Hari Thaipusam
Kuala Lumpur, Putrajaya, Johor, Negeri Sembilan, Perak, P. Pinang & Selangor sahaja


MAC

4 Mac (Ahad)
Hari Ulangtahun Pemerintahan Sultan Terengganu
Terengganu sahaja


APRIL

6 April (Jumaat)
Good Friday
Sabah & Sarawak sahaja

15 April (Ahad)
Hari Deklarasi Melaka sebagai Bandaraya Sejarah
Melaka sahaja

19 April (Khamis) 
Hari Keputeraan Sultan Perak 
Perak sahaja 


MEI

1 Mei (Selasa) 
Hari Pekerja (Hari Buruh) 
Seluruh negara 

5 Mei (Sabtu) 
Hari Wesak 
Seluruh negara 

7 Mei (Isnin) 
Hari Hol Pahang 
Pahang sahaja 

17 Mei (Khamis) 
Hari Keputeraan Raja Perlis 
Perlis sahaja 

30 & 31 Mei (Rabu & Khamis) 
Pesta Menuai, Pesta Kaamatan 
Sabah & Labuan sahaja 


JUN

1 – 2 Jun (Jumaat & Sabtu) 
Pesta Menuai, Hari Gawai 
Sarawak sahaja 

2 Jun (Sabtu) 
Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong 
Seluruh negara 

17 Jun (Ahad) 
Israk &a Mikraj 
Kedah, Negeri Sembilan & Perlis sahaja 


JULAI

7 Julai (Sabtu) 
Hari Warisan Georgetown 
P. Pinang sahaja

14 Julai (Sabtu) 
Hari Kelahiran Yang di-Pertua Negeri P. Pinang 
P. Pinang sahaja 

20 Julai (Jumaat) 
Hari Keputeraan Sultan Terengganu 
Terengganu sahaja 

21 Julai (Sabtu) 
Awal Ramadan (bulan Puasa) 
Johor, Kedah & Melaka sahaja 


OGOS

6 Ogos (Selasa) 
Nuzul Al-Quran 
Kelantan, Pahang, Perak, Perlis, P. Pinang, Selangor & Terengganu sahaja 

19 – 20 Ogos (Ahad & Isnin) 
Hari Raya Puasa 
* Seluruh negara 

31 Ogos (Jumaat) 
Hari Kebangsaan 
Seluruh negara 


SEPTEMBER

8 September(Sabtu) 
Sambutan Hari Kelahiran Yang di-Pertua Negeri Sarawak 
Sarawak sahaja 

16 September(Ahad) 
Hari Malaysia 
Seluruh negara 


OKTOBER

6 Oktober(Sabtu) 
Hari Kelahiran Yang di-Pertua Negeri Sabah 
Sabah sahaja 

13 Oktober (Sabtu) 
Hari Kelahiran Yang di-Pertua Negeri Melaka 
Melaka sahaja 

24 Oktober(Rabu) 
Hari Keputeraan Sultan Pahang 
Pahang sahaja 

26 Oktober(Jumaat) 
Hari Raya Haji / Hari Raya Qurban 
* Seluruh negara 

27 Oktober(Sabtu) 
Hari Raya Haji / Hari Raya Qurban  (Hari kedua) 
* Kedah, Kelantan, Perlis & Terengganu sahaja 


NOVEMBER

11 & 12 November(Sabtu & Ahad) 
Hari Keputeraan Sultan Kelantan 
Kelantan sahaja 

13 November(Selasa) 
Hari Deepavali (Diwali) 
Seluruh negara kecuali Sarawak dan Labuan 

15 November(Khamis) 
Awal Muharram(Maal Hijrah) 
Seluruh negara 

22 November(Khamis) 
Hari Keputeraan Sultan Johor 
Johor sahaja 


DISEMBER

11 Disember(Selasa) 
Hari Keputeraan Sultan Selangor 
Selangor sahaja 

20 Disember(Khamis) 
Hari Hol Almarhum Sultan Iskandar Johor 
Johor sahaja 

25 Disember(Selasa) 
Hari Krismas 
Seluruh negara 

love ~nuyui~

Tuesday, January 10, 2012

RED Day Kembali - Buy 1 Free 1 @ Kenny Rogers 11 Jan 2012


tahun lepas... koi dah melantak puas.. ehehehhe.. mmg konpem buy 1 free 1 ok.. wear anything red... even topi merah pun korang dah bleh dapat Percuma 1 tu.. manala tau kan mengkalau ade yg alergic baju merah.... ehehehehe

Macam tahun lepas makan kat The Mall.. ermm set dia mmg merah saujana mata memandang gitu.. eheheh... nak lak mmg dah tempat makan dia pun macam floating gitu kan.. kat teres tu... 

So.. jgn ketinggala.. promosi neh satu hari sajo.... 11 Jan 2012 sajo.. jangan kata koi tak mention lak.. eheheh.. apa-apa pun.. selamat mengketedarah.. huii.. sori... selamat menjamu selera....



love ~nuyui~

Monday, January 9, 2012

Penerima Opsyen SBPA Gaji 2 Kali Bulan Januari 2012

Penerima opsyen Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) bakal menerima gaji 2 kali bagi bulan ini. Yang pertama adalah gaji Skim SSM yang akan diterima pada 16 Januari ini manakala yang kedua adalah gaji perbezaan antara Skim SSM dan Skim SBPA yang akan diterima pada 31 Januari. Pembayaran gaji SBPA tidak dapat dilakukan sepenuhnya pada 16 Januari 2012 berikutan keputusan kerajaan untuk melanjutkan tempoh opsyen SBPA dari 31 Disember 2011 kepada 15 Januari 2012.

KUALA LUMPUR: Pembayaran gaji penjawat awam bagi bulan Januari yang akan dilakukan pada 16 Januari ini sempena perayaan Tahun Baru Cina, adalah berdasarkan gaji Sistem Saraan Malaysia (SSM).
Menurut satu kenyataan Kementerian Kewangan hari ini, perbezaan gaji penjawat awam yang memilih opsyen Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) akan dibayar pada 31 Januari ini.
"Pembayaran gaji SBPA tidak dapat dilakukan sepenuhnya pada 16 Januari 2012 berikutan keputusan kerajaan untuk melanjutkan tempoh opsyen SBPA dari 31 Disember 2011 kepada 15 Januari 2012," menurut kenyataan itu. 
Menurut kenyataan itu, pembayaran gaji bulanan di bawah SBPA akan dibuat seperti biasa mengikut jadual mulai Februari. - BERNAMA
sumber Berita Harian


love ~nuyui~

OST Gemersik Kalbu - Obsesiku by Aqasha


ermmm daha layan 4 episod pertama Gemersik Kalbu?... drama lot Akasia TV3 yang mula bersiaran 2 Jan yang lalu.. yang diadapatasi daripada Novel Gemersik Kalbu karya Anis Ayuni..



jom layan OSt dia lak ok... Obsesiku by Aqasha


Matamu bibirmu
Pipimu dan juga senyummu
Membuat aku lebur
Hanyut di dalam ghairah
Kerna mu
Tubuhmu harummu hatimu
Oh semua aku mahu
Inginku gigit-gigit cuping telinga kecilmu
Luahkan perasaanku dan membisikkan aku cinta kamu
Hadiahkan asmara di setiap pagi harimu
Dengan harapan agar kau tahu
Semoga kau tahu ku gila kamu
Auramu Pujuk rayu hatiku
Sering bergoncang jiwa ini
Siang malamku gundah
Tiada melihat wajahmu
Ku rindu


love ~nuyui~

Wednesday, January 4, 2012

BondaMama Kids Centre yang masih membuka pendaftarannya...


Masih tak tahu nak hantar anak ke mana? ni nak share satu pusat jagaan kanak-kanak nama dia BondaMama... daftar online pun boleh.. kelassss kan?...

BondaMama Kids Centre yang mempunyai lebih 70 cawangan di seluruh negara MASIH MEMBUKA PENDAFTARAN UNTUK KEMASUKAN ANAK-ANAK SESI 2012.  Menyediakan perkhidmatan penjagaan bayi & kanak-kanak, taska, playschool, tadika, transit, kelas mengaji, kelas komputer dan tuisyen. Anda dijemput hadir untuk mendaftarkan anak-anak anda untuk sesi 2012. Sila hubungi BondaMama Kids Centre berhampiran anda untuk mengetahui status kekosongan serta yuran.

jom check kat kawasan mana BondaMama nih ade...

KANGAR , PERLIS
 
KOTA BHARU, KELANTAN

 
KULIM HI-TECH, KEDAH
AMAN JAYA, SUNGAI PETANI, KEDAH

BANDAR PUTERI, SUNGAI PETANI, KEDAH
 

ALOR GAJAH , MELAKA
BUKIT KATIL DAMAI, MELAKA
AIR KEROH, MELAKA
TAMAN PUNCAK, BUKIT KATIL, MELAKA
 

TAMAN TUANKU JAAFAR, SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN
 

TAWAU, SABAH
 

BUKIT MERTAJAM, PULAU PINANG
 

SENAI , JOHOR
SKUDAI, JOHOR
BATU PAHAT, JOHOR
 

BENTONG MAKMUR, PAHANG
TAMAN HIJAU, KARAK, PAHANG
SERI BAYU, KARAK, PAHANG
 

WANGSA MELAWATI, KUALA LUMPUR
AMPANG, KUALA LUMPUR
 

PRESINT 18C , PUTRAJAYA
PRESINT 11, PUTRAJAYA
 

DENAI ALAM, SHAH ALAM, SELANGOR
INTAN BAIDURI, SEPANG, SELANGOR
SERDANG RAYA, SELANGOR
SETIA ALAM, SELANGOR
DENGKIL, SELANGOR
PUCHONG UTAMA, SELANGOR
SEMENYIH, SELANGOR
JALAN REKO, KAJANG, SELANGOR
SEKSYEN 24, SHAH ALAM , SELANGOR
SEKSYEN 5 , BANDAR BARU BANGI, SELANGOR
TAMAN PERKASA, HULU LANGAT, SELANGOR
DESA BESTARI 2, BANDAR BARU SALAK TINGGI, SELANGOR
SAUJANA IMPIAN, KAJANG, SELANGOR
TAMAN DAHLIA 1 , BANDAR BARU SALAK TINGGI, SELANGOR
ALAM IMPIAN, SHAH ALAM, SELANGOR
BUKIT MAHKOTA, SELANGOR
BANDAR PUTRA PERMAI, SELANGOR
BANDAR PUTERI, KLANG, SELANGOR
ALAM SARI, BANGI, SELANGOR
TAMAN SAGA EMAS, KAJANG, SELANGOR
TELOK PANGLIMA GARANG, SELANGOR
TAMAN DAHLIA 2 , BANDAR BARU SALAK TINGGI, SELANGOR
SEKSYEN 7 BANDAR BARU BANGI, SELANGOR
TAMAN SERI GOMBAK 2, SELANGOR
PUNCAK ALAM 1 , SELANGOR
TAMAN UNIVERSITI, KAJANG, SELANGOR
PUNCAK ALAM 2, SELANGOR
SUNGAI RAMAL, KAJANG, SELANGOR
TAMAN SERI GOMBAK 2 , SELANGOR
SUNGAI CHUA , KAJANG, SELANGOR
BALAKONG JAYA, SELANGOR
IMPIAN PUTRA, BANGI, SELANGOR
TAMAN PUNCAK JALIL PUJ 2, SELANGOR
SEKSYEN 2 , BANDAR BARU BANGI, SELANGOR
DESA BESTARI 1 , BANDAR BARU SALAK TINGGI, SEPANG, SELANGOR
DESA VISTA 1 , BANDAR BARU SALAK TINGGI, SEPANG, SELANGOR
DESA VISTA 2, BANDAR BARU SALAK TINGGI, SEPANG, SELANGOR
SEKSYEN 1, BANDAR BARU BANGI, SELANGOR

PUNCAK JALIL PUJ 9

jom daftar online






nak tengok2 FB BondaMama pun ade
love ~nuyui~

Tuesday, January 3, 2012

Jom Belek MyKad Baru


Bermula Januari 2012, JPN akan mula mengeluarkan MyKad Baru secara berperingkat. Perbezaan imej sinar ultra lembayung atau UV yang timbul dari kad pengenalan yang baru (kanan) dengan kad pengenalan lama ketika dipancarkan dengan cahaya UV.




KELEBIHAN MYKAD BARU

1. Lebih tahan lasak kerana diperbuat daripada polikarbonat (rasanya adalah seperti kad ATM Bank)
2. Cip baru yang lebih tahan (MyKad lama selalu ada aduan berkaitan cip apabila berurusan di Bank)
3. Mempunyai ciri-ciri keselamatan tambahan (Ghost Image guna teknologi turisan laser pada kad)
4. Reka bentuk yang ditambah baik

PENUKARAN MYKAD?

1. Penukaran MyKad baru ini adalah tidak wajib.
2. Bayaran penukaran = RM 10

TARIKH PENGELUARAN MYKAD BARU

Pengeluaran MyKad baru akan dibuat secara berperingkat di seluruh negara seperti berikut:
1. 3 Jan – JPN Putrajaya, JPN Shah Alam
2. 10 Jan – Kluang, Ipoh
3. 14 Jan – Johor
4. 15 Jan – Kuantan
5. 17 Jan – Melaka
6. 20 Jan – Kuching, Kota Bharu
7. 29 Jan – Kuala Terengganu, Pulau Pinang

**Bagi permohonan di tempat di atas adalah dalam tempoh sehari, manakala cawangan lain di semenanjung dalam tempoh 10 hari bekerja dan bagi Sabah dan Sarawak dalam tempoh 30 hari

love ~nuyui~

abadikan gambar instagram korang

ce citer.. ce citer....

Get widget here

koi bace deme nih....

~rombongan cik nuyui~