>

cik nuyui taip taip

Thursday, October 9, 2014

Kuala Lumpur International Tattoo 2014 | 10 - 12 Oktober 2014 | Stadium Merdeka


Sejak acara Kuala Lumpur International Tattoo 2007, belum pernah acara tatu sebegini besar. Intipati keberanian, semangat patriotisma dan simbiosis koreografi kreatif muncul untuk menjadikan suasana hujung minggu ini amat meriah. Kemunculan angkatan-angkatan bersenjata dari 11 buah negara dan Malaysia bersama-sama berkumpul di suasana medan persembahan memupuk ikatan persahabatan dan kerjasama melalui persembahan muzik dan teknikal

Acara yang BERMULA dari 10 hingga 12 Oktober 2014 ini merupakan anjuran bersama Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia dan Angkatan Tentera Malaysia. Kerjasama antara kedua-dua kementerian membuktikan kejayaan dalam melaksanakan Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) untuk mengumpulkan sumber-sumber negara dalam merancang dan menganjur pelbagai acara dan aktiviti. Pencapaian yang bersinergi, ekonomi berskala dan manfaat nilai tambah akan diperolehi melalui landasan kerjasama bersepadu




Antara negara-negara yang terlibat adalah
• Brunei Darussalam
• India
• New Zealand
• Singapore
• Thailand
• Myanmar
• Indonesia
• United Kingdom
• Turkey
• South Korea
• South Africa

Manakala penglibatan dalam negara adalah daripada
• Pasukan Wira Merah Kor Polis Tentera Di Raja
• Pancaragam Angkatan Tentera Malaysia
• Pancaragam Polis Di Raja Malaysia
• Pancaragam Tentera Laut Di Raja Malaysia
• Pancaragam Tentera Udara Di Raja Malaysia
• Kumpulan Kesenian pelbagai kaum di Malaysia

Tarikh:
Jumaat, 10 Oktober sehingga Ahad, 12 Oktober 2014

Tempat:
Stadium Merdeka, Kuala Lumpur (kapasiti 40,000 orang)

Masa:
6 petang sehingga 11 malam setiap hari

Aturcara:
Awal petang – Persembahan “bagpipe”, persembahan Gimnastik Tentera Udara Diraja Malaysia, persembahan orkestra dan artis tempatan, aksi Army Red Warrior dan kawad senyap Tentera Laut Diraja Malaysia.
8.30 malam – perarakan tatu oleh pancaragam angkatan bersenjata dari 12 buah negara

Lain-lain aktiviti:
Bazar kraf di luar Stadium Merdeka

Pengangkutan:
Oleh kerana kekurangan tempat letak kereta dan kemungkinan jalan ditutup, pengunjung digalakkan untuk menggunakan kenderaan awam. Perhentian bas, LRT (Stesen Hang Tuah) dan stesen monorel (Maharajalela) terletak berdekatan dengan kawasan acara, manakala teksi juga senang diperolehi.

Bayaran masuk :
Percuma

sumber : 
www.rafoc.org.my
www.tourism.gov.my
www.panggilanpertiwi.my
http://vmy2014.com/

love ~nuyui~
Comments
0 Comments

0 geng putri roh yg tomeiii....:

abadikan gambar instagram korang

ce citer.. ce citer....

Get widget here

koi bace deme nih....

~rombongan cik nuyui~