>

cik nuyui taip taip

Wednesday, August 27, 2014

Movie Review | The Maze Runner


Satu lagi thriller movie untuk jamuan mata dan jugak minda korang...

Bakal di tayangkan kat Malaysia ni pada 11 September 2014 (wah.. 9/11 gitu) di mana filem ni kan... diadaptasi daripada novel karya James Dashner yang jugak berjudul The Maze Runner.


Alkisahnya... watak-watak utama tersedar dari post-apocalypse di mana mereka sebenarnya terperangkap dalam satu maze yang besar.... maka, mereka pun mencari la jalan atau cara bagaimana nak keluar dari maze tu untuk meneruskan kehidupan mereka.... Science fiction la sket ye....

Lakonan oleh Dylan O'Brien (Teen Wolf), Thomas Sangster (Game of Thrones), Kaya Scodelario (Clash of Titans) serta Will Poulter (We're The Millers) dan ramai lagi....





Jangan lupa... mulai 11 September bleh nonton ye.... gi tgk kat panggung nun... lagi terbuka minda nak paham.... he he...

dan juga.... for Nuffnangers.... sentiasa ada berita baik...

bleh cepat-cepat gi jawab soklan nun.... mudah je pun....

klik sini Nuffnang Movie Premiere The Maze Runner

love ~nuyui~

Movie Review | As Above/So Below


Movie terbaru Universal International Pictures yang akan mula ditayangkan kat Malaysia neh 4 September 2014...

Movie yang agak thrill la rasanya sebab melibatkan dunia bawah tanah Paris yang penuh dengan tengkorak-tengkorak yang disusun... macam kuburan besar-besaran gitu... Well.. biasanya bila cenggini of course la banyak soul yang terperangkap kat situ kot....


Lakonan Ben Feldman (The Perfect Man), Perdita Weeks (Hamlet) dan Edwin Hodge (The Purge)





Citer neh akan merungkai la misteri tentang jiwa-jiwa yang terperangkap tu.... di mana satu kumpulan pengkaji dari Amerika akan gi kat situ nak kaji camne bleh jadik satu catacombs yang penuh misteri tu... dan jugak merungkai misteri jiwa-jiwa tak tenang tu yang duk kembali menghantui mereka....

So.. kepada peminat filem thrill jangan lupa la gi nonton yek.. mulai  4 September ni nanti...


For all Nufnangers...

Haa.. berita baik utk korang.... ade 39 pairs free tickets menanti korang ye.... cam biasa gi jawab soklan nun... untung sabut timbul.... yang paling best... dapat tgk Premier.... dah.. gi jawab soklan nun....

sila la klik sini.... Nuffnang Movie Premiere As Above So Below


love ~nuyui~

Monday, August 18, 2014

Peraturan ketika Hari Perkabungan Negara


Untuk makluman semua, YAB Timbalan Perdana Menteri telahpun membuat kenyataan akhbar baru-baru ini bahawa pada hari JUMAAT,22 OGOS 2014, telah diisytiharkan sebagai HARI PERKABUNGAN NEGARA sejajar dengan ketibaan jenazah mangsa tragedi MH17 ke Malaysia.

HARI PERKABUNGAN NEGARA ini adalah bertujuan menzahirkan rasa dukacita seluruh rakyat Malaysia ke atas mangsa tragedi tersebut. Sehubungan dengan itu, bersama-sama ini disertakan peraturan yang ditetapkan oleh Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa, JPM yang perlu dipatuhi dan dilaksanakan oleh semua semasa HARI PERKABUNGAN NEGARA pada  JUMAAT,  22 OGOS 2014,   iaitu :  

i.          Bendera Malaysia hendaklah dikibarkan separuh tiang di seluruh negara pada hari berkenaan; 

 ii.         Semua acara yang berunsur hiburan ditangguhkan pada hari berkenaan; 

iii.       Pakaian hendaklah warna-warna yang suram dan tidak warna terang / garang. Bagi yang beragama Islam dan terlibat secara langsung, mereka (termasuk petugas media) digalakkan memakai songkok (TANPA lilitan warna putih); manakala, pegawai / petugas wanita perlu memakai selendang hitam; dan 

iv.        Pada hari berkenaan juga, rancangan hiburan pada semua saluran radio dan televisyen hendaklah ditangguhkan dan diganti dengan bacaan Al-Quran dan program berunsur keagamaan.”

Atas keperhatinan dan kerjasama Tuan / Puan dalam memastikan HARI PERKABUNGAN NEGARA berjalan dengan lancar, didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian. 

Sumber: Unit Komunikasi Korporat, Jabatan Perdana Menteri


love ~nuyui~

Friday, August 8, 2014

MH17 | Identiti rakyat Malaysia pertama dikenal pasti



Ini detik yang ditunggu-tunggu terutama oleh keluarga penumpang MH17...juga kita semua...rakyat Malaysia.
Selepas tiga minggu pesawat MH17 telah ditembak jatuh dengan 298 orang menaiki pesawat dari Amsterdam ke Kuala Lumpur itu, ada 43 orang warga Malaysia dah hari ini, mangsa pertama dari Malaysia mungkin telah dikenal pasti, kata sumber.
Beliau ialah wanita berusia 27 tahun berasal dari Pulau Pinang, Elaine Teoh, dipercayai rakyat Malaysia pertama yang dikenal pasti oleh pakar-pakar forensik di Belanda.
The Star melaporkan bekas pelajar lulusan Universiti Melbourne itu dikenal pasti antara dua dan empat hari lalu.
Difahamkan polis dan MAS dikatakan telah menghantar wakil untuk memberitahu ibu bapa Teoh mengenai penemuan itu.
Beliau dipercayai bersama teman lelakinya warga Belanda Emiel Mahler, 27 ketika kejadian.
Teoh dan Mahler kedua-duanya bekerja di sektor kewangan di Melbourne dan telah ke Kuala Lumpur selepas bercuti di Portugal dan Belanda.
Dilaporkan sebelum ini kawan baik Teoh, Tan Sook Theng sepatutnya mengambil pasangan tersebut di KLIA sebelum kejadian pada 17 Julai lalu.
Minggu lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata pemeriksaan identiti mangsa dari semua 226 keranda yang dikeluarkan dari lokasi kemalangan di Donestk, Ukraine, perlu diselesaikan terlebih dahulu.
Najib berkata ini adalah supaya pasukan siasatan antarabangsa boleh membuat kesimpulan tanpa sebarang keraguan mengenai identiti mangsa sebelum apa-apa maklumat didedahkan.
Menurut Najib ketika itu, Pasukan Siasatan Antarabangsa telah mengenal pasti beberapa mayat daripada 43 rakyat Malaysia dalam pesawat MH17 malang itu.
Bagaimanapun, pengesahan pengenalan lanjut diperlukan dalam tempoh dua minggu lagi.
Maklumat tersebut diperolehi Perdana Menteri selepas lawatannya ke sebuah kemudahan tentera di Hilversum, Belansa, 1 Ogos lalu, di mana 226 keranda yang mengandungi mayat mangsa dan bahagian anggota, sedang melalui proses forensik dan pengecaman mangsa bencana (DVI).
“Bila (mayat) dibawa balik, kita akan adakan hari berkabung.
“Butirannya akan dimaklumkan bila sampai masanya,” katanya-8/8/2014



love ~nuyui~

Thursday, August 7, 2014

Khas untuk Jogo Bonito | Senarai Restoran Ramly Burger | Setapak pun hadoooooo

Viral sangat semalam kat FB orang duk post makan kat Ramly Burger Restaurant....


so... bleh la mula beralih ke produk anak tempatan skang kan.... sedap jugak...

Senarai Lokasi Restoran Ramli Burger
Bandar Botanik,Klang
Restoran Ramly Burger
No 43 & 45 GF, Jalan Kasuarina 2/KS 07,
Bandar Botanik, 41200 Klang,
Selangor Darul Ehsan.
Tel: 603-3325 1463      

Mukim Batu,Kuala Lumpur
Restoran Ramly Burger
No. 12, Jalan 29/10A,
Taman Perindustrian IKS Mukim Batu,
68100 Kuala Lumpur, Malaysia.
Tel: 603-6184 2972
Fax: 603-6185 3526

Bandar Tun Razak,Kuala Lumpur
Restoran Ramly Burger
Lot 35, Pesiaran Mewah,
Kawasan Penindustrian Bandar Tun Razak,
Cheras, 56000 Kuala Lumpur.
Tel: 603-9172 6617 Fax: 603-9172 1222

Bandar Baru Bangi,Selangor
No33 (Ground Floor), Jalan Medan Pusat 2D,
Seksyen 9, Bandar Baru Bangi, Selangor.
Tel: 603-8925 2653 Fax: 603-8925 0289

Selain cawangan di atas,
terdapat lagi 4 kiosk yang boleh anda cuba.

Taman Maluri,Kuala Lumpur,
No 25G & 23G, Jalan Kampung Pandan,
Taman Maluri, 55100 Kuala Lumpur.
Tel: 603-9281 3231 Fax: 603-9281 0146

Meru,Klang
No. 9 & 11G, Jalan Klang Sentral 10/KU5,
Taman Klang Sentral, Bukit Raja Meru,
41050 Klang, Selangor.
Tel: 03-3341 7554

Setapak,Kuala Lumpur
56-G, Tingkat Bawah, Jalan 42/26,
Taman Sri Rampai, Setapak, 53300 Kuala Lumpur.
Tel: 603-4021 2896

Jalan Raja Abdullah,
No. 132A, Wisma Akar, Jalan Raja Abdullah,
50300 Kuala Lumpur, Malaysia.
Tel: 603-2691 8952 Fax: 603-2691 4229  

Untuk info lebih lanjut boleh dapatkan di www.ramly.com.my

source| shark

love ~nuyui~

Jom Memeriahkan #PotLuckRaya pada 24 Ogos Ini


Masih dalam mood raya?... baru Syawal ke-11 hari ni....

tapi ni nak citer pasal potluck raya yang akan diadakan pada Syawal ke28... ok.. penutup la tu... so jom join beramai2... memeriahkan #PotLuckRaya ni nanti...

Sapa-sapa pun bleh join.. dun worry ye.... tapi seeloknya berdaftarlah dulu...

ok.. daftar adalah PERCUMA...

Kelebihan berdaftar.... korang akan dibahagikan kepada 3 team... Team Makanan Berat, Team Kuih dan Team Air...

so nanti.. just bawak apa yg telah ditetapkan oleh Team korang je....  maka takde la kejadian makanan yang berlebihan... atau kejadian makanan yang samooooooo... he he he....

kenapa kena bawak makanan?.. nama pun #PotLuckRaya... maka bawak makanan sendiri dan join makan beramai2.... meriah gitu.... harap takde la yang bawak perut sajooo... bawak perut sorang bleh tahan lagi.. watnye bawak perut satu famili 10 orang.. he he he... lu pikior le sendiri....

diingatkan tiada sebarang bayaran yang akan dikenakan ok... semua bleh join...

Siapa nak daftar emelkan twithandle, no telefon & makanan (kalau da ada benda yg nak dibawa). Emelkan details anda kepada nfatinrazali@gmail.com

sebarang pertanyaan lanjut... bleh la twit-twit ke @faliqfahmie, @patenrazali, @andysahlam.

Event akan berlangsung di Ruang, Subang

sumber| andyhowtt.com


love ~nuyui~

Wednesday, August 6, 2014

Tiada Burger ‘FREE’ Akan Diedarkan McDonalds Jumaat Ini



Sejak awal pagi tadi, di laman sosial sudah tersebar bahawa pengurusan McDonalds Malaysia akan mengedarkan produk makanan mereka berupa burger percuma di masjid-masjid pada Jumaat depan.
Beberapa status akaun Facebook memaklumkan bahawa edaran makanan percuma itu akan diadakan di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, di Shah Alam Selangor.
Mynewshub.my bertindak menghubungi pengurusan masjid yang disebut-sebut di dalam khabar angin berkenaan bagaimanapun menyatakan mereka tidak menerima makluman daripada pihak McDonalds berkaitan perkara itu.
Kami juga menghubungi pihak McDonalds berkenaan perkara itu, dan dimaklumkan apa yang tersebar di laman Facebook dan aplikasi Whatsapp adalah palsu dan tidak benar.
Menurut jurucakap Perhubungan Pelanggan, yang hanya mahu dikenali sebagai Hasbullah, McDonalds Malaysia menerima banyak pertanyaan mengenai perkara itu hari ini.
“Rujukan dengan pihak atasan McDonalds Malaysia menunjukkan apa yang tersebar di laman Facebook atau aplikasi Whatsapp adalah tidak benar dan tiada makanan percuma akan diedarkan kepada orang ramai Jumaat ini,” katanya.
Di laman sosial twitter, para pengguna aplikasi berkenaan sudah mula bercerita mengenai aktiviti yang dikatakan akan diadakan pengurusan restoran makanan segera terkemuka di Malaysia itu.
Khabar angin berkenaan timbul apabila rakyat Malaysia khususnya umat Islam dikatakan akan mula memboikot secara keseluruhan McDonalds pada Jumaat ini berkenaan demi sokongan kepada penduduk Palestin yang diserang oleh tentera rejim Israel dan Zionis.
Pihak McDonalds didakwa didalangi seorang individu Yahudi bernama Jack Greenberg dan syarikat itu terlibat dalam penyaluran bantuan kewangan kepada pihak Zionis di Israel.
Tindakan seorang individu yang sudah pun meminta pihak masjid menghalau ejen-ejen McDonalds jika mengedarkan makanan percuma itu turut dikecam apabila menggunakan nama tertentu dari pihak pengurusan masjid yang mengatakan mereka komited untuk tidak membenarkan perkara itu berlaku.
Padahal, pengurusan masjid memaklumkan bahawa masih tidak mendapat sebarang makluman rasmi daripada pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) berkaitan arahan menghalau para ejen McDonalds itu.
Beberapa wakil pengurusan masjid yang dikatakan komited menyesali tindakan individu itu yang memutarbelitkan kenyataan mereka seperti berbaur kebencian kepada pengurusan dan kakitangan McDonalds Malaysia. 


source|MYNEWSHUB

love ~nuyui~

abadikan gambar instagram korang

ce citer.. ce citer....

Get widget here

koi bace deme nih....

~rombongan cik nuyui~