>

cik nuyui taip taip

Wednesday, August 29, 2012

OST Adam dan Hawa | Lirik & MP3



Cinta terpisah ruang waktu
Tetap cinta bersatu dalam hatiku
Walau raga kita tak mungkin bersama
Ku yakini hati kan tetap setia

Ku percaya ke mana pun kau berjalan
Suara cinta menuntun mu kepada ku
Kerna bila cinta sudah bersenandung
Takkan terpisah hati

Demi cinta dalam hatimu
Ku yakin engkau untukku
Meski jejak pisahkan kita
Cinta kan bawa kembali… padamu

Aku ada kerna engkau ada
Tercipta hatiku hanyalah untukmu
Jalanku berhujung padamu
Kemanapun kan pasti kembali ooo


love ~nuyui~

Monday, August 27, 2012

Alasan Wanita Berbohong


haa... bohong banyak jugak kategori kan... sampai ada juga yang gelar 'bohong sunat'.. ahahahahaa....

jom check out alasan wanita untuk berbohong....


1. Balas dendam 
Sekiranya kamu berani mengkhianati cintanya, dia juga akan berani membalasnya. Bahkan, dia lebih hebat daripada kamu. Walaupun tindakannya itu telah diketahui, mungkin dia sengaja melakukan sedemikian. Ramai wanita mempunyai cara tersendiri saat menghadapi situasi pembohongan yang dilakukan kekasihnya. Malah, dia juga berani melakukannya dengan secara tersembunyi, tanpa pengetahuan kamu.

2. Urutan kasih
Wanita sememangnya menginginkan dirinya dicintai dan dihargai. Apatah lagi, mengharapkan sebuah percintaan yang tiada titik noktahnya. Lebih-lebih lagi daripada insan tersayang. Mereka ingin menjadi wanita pertama di dalam hidup kamu dan bukannya, berada di tangga kedua atau berikutnya. Sekali kamu menduakan cintanya, dia akan berkali-kali mengkhianati hidup kamu.

3. Kekerasan
Kini, ramai wanita semakin sedar tentang pentingnya penghargaan yang patut diterimanya. Salah satunya ialah bersikap tegas ketika pasangannya melakukan kekerasan (umumnya secara fizikal) kepadanya. Mungkin pada awalnya dia akan cuba bertahan, tetapi apabila kamu kembali mengulangi tindakan tersebut, mereka akan meninggalkan kamu tanpa sebaris nota. Mereka yakin, masih ramai lelaki di luar sana yang dapat menghargai dirinya yang jauh lebih baik daripada kamu.

4. Hambar
Wanita begitu gemar hal-hal yang remeh atau kecil. Misalnya, hari ulang tahunnya, hari jadi kamu berdua atau hal-hal istimewa lainnya. Hati-hati bila kamu menganggap semua ini sebagai hal yang remeh. Apatah lagi apabila selama ini, si dia selalu mengurus hal yang melibatkan pengorbanan demi kekasihnya.

Sekiranya, kamu tidak pernah sesekali menghargai apa yang dia lakukan untuk kamu dan mengabaikan hal-hal yang dianggapnya penting, bersiap sedialah menghadapi pertengkaran yang hebat.

5. Seks

Meskipun kamu tidak memberikan perhatian yang sepenuhnya terhadap si dia, ketidakpuasan dalam urusan seks mampu memberi kesan yang mendalam terhadap perhubungan. Ingat, akibat kurangnya layanan seks, ia akan mendatangkan kesan bahaya dalam perkahwinan. Oleh itu, segeralah mencari jalan penyelesaiannya.

6. Cadangan 
Saat putus cinta, biasanya kaum wanita lebih cepat 'menderita' ketika menghadapi hari-hari mendatang sebelum mampu bangkit semula untuk hidup gembira. 

Ini kerana, sewaktu dia mendapat petunjuk bahawa perhubungan itu tidak dapat dipertahankan lagi, mungkin dia akan mencari pengganti kamu. Jadi, sekiranya kamu benar-benar mencintainya, perbaikilah hubungan kamu dengannya segera.


7. Jejaka bermasalah 
Maksudnya, terdapat banyak perkara di sekeliling kamu yang membuatkan pasangan merasakan kamu tidak diperlukan lagi. Sebabnya, selain menjalani hubungan cinta yang sudah tentunya tidak lepas daripada kekangan masalah, kamu juga harus menangani karakter kekasih yang semakin berani. Ingat, dia bersikap sedemikian disebabkan kamu yang memulakannya dahulu.

8. Hubungan tiada kesudahan
Kebiasaannya, saat menjalani hubungan dengan pasangan, wanita menginginkan adanya hubungan yang penuh komitmen, iaitu hubungan yang diakhiri dengan keputusan membanggakan.

Apabila sudah lama menjalin hubungan cinta, tetapi tiada keputusan untuk ke jinjang pelamin, wanita akan berfikir bahawa kamu tidak lagi menginginkan dia dalam hidupnya. Jadi, buat apa menunggu kamu dengan lebih lama?

9. Bosan
Hal ini muncul disebabkan dia terperangkap dalam rutin hariannya sama ada kerja rumah mahupun hubungan yang dijalinkan itu begitu membosankan. 

Baginya, jika kamu tidak memberinya perhatian yang diharapkan dan waktu kamu pula lebih banyak dihabiskan untuk urusan lain, biasanya wanita akan mencari jalan penyelesaiannya yang tersendiri. Perlu diingatkan bahawa wanita gemarkan suatu kejutan dan selalu ingin dirinya lebih istimewa.

10. Hubungan tidak diduga
Pada awalnya, dia berasa terlalu selesa saat menjalin hubungan dengan kamu. Tetapi ternyata, dia tidak menikmati kehangatan bersama dan terasa begitu terikat dengan kamu. Tidak hairanlah apabila kamu masih cuba membawanya ke sana dan ke sini, dia mula bersikap dingin kerana sudah menyerahkan seluruh perasaannya kepada insan lain.
psstt:.. ade terkena batang hidung sendiri???


love ~nuyui~

Wednesday, August 22, 2012

Sambal kuini my mum

Mmg sodapppp... pastu plus lak ngan salad.....
The plus lak... lauk2 utama tu kan.. huiii.. berpalohhhhhhh......




Monday, August 20, 2012

Kat muzium pak teh...

Rare... still ada kapak yg moyang koi guna masa felda lurah bilut baru nk buka dulu... pak teh koi masih simpan... kenangan... berat gile kapak tu..





Thursday, August 16, 2012

[Mini Contest] Edisi Minggu Terakhir Ramadhan

mengadaptasi (ceewahhh) mini contest yang sokmo blogger makan neh buat... nk try la wat mini contest jugak... nak tengok.. ade tak pembaca blog saya yang sudi join...

ini hadiahnye...

untuk Edisi Minggu Terakhir Ramadhan ini senang  je soalannya...

Apakah negeri kelahiran saya... a.k.a putri roh a.k.a cik nuyui... eheheh....

Sila berikan jawapan diruangan komen entry ini ye...
penyertaan yang tepat dan terawal akan dipilih sebagai pemenang....

Time closed untuk mini contest ini..... pukul 8 malam karang.. ehehehe....

UPDATE

pemenangnye adelah....

kal2818  - sile semak e-mel yek...

tq utk sume yg sudi join mini contest ini...

love ~nuyui~

Thursday, August 9, 2012

1Malaysia Privilege Card


Terbaru dilancarkan oleh PM kita 1Malaysia Priviledge Card, Pelaksanaan kad ini dibahagikan kepada 3 fasa seperti di bawah








So, wat masa ini  hanya Tentera dan Polis sahaja akan menikmati kemudahan 1MPC di lebih 23 rakan niaga (buat masa ini) yang mengambil bahagian.

Antara rakan niaga yang mengambil bahagian adalah seperti berikut:


jom baca petikan akhbar pasal 1MPC neh...

PUTRAJAYA - Sebagai menghargai sumbangan jasa serta bakti anggota polis dan tentera, kerajaan memperkenalkan satu lagi inisiatif terbaharu bagi meringankan beban mereka dengan melancarkan 1Malaysia Privilege Card khusus untuk 241,000 anggota dan pegawai kedua-dua pasukan itu.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, inisiatif di bawah Strategi Lautan Biru Kebangsaan 6 (NBOS 6) itu membolehkan pemegang kad berkenaan mendapat diskaun antara lima dan 25 peratus daripada harga produk atau perkhidmatan yang ditawarkan oleh kira-kira 20 syarikat yang mengambil bahagian.
Beliau berkata, ia bertujuan memberi manfaat kepada warga Polis Diraja Malaysia dan Angkatan Tentera Malaysia, yang dirujuk beliau sebagai kumpulan 'Wira Yang Tidak Didendang'.
Ia merupakan lanjutan kepada strategi NBOS 6 yang berkisar kepada kerjasama unik antara pelbagai jabatan serta agensi kerajaan yang diperkenalkan Malaysia, khusus untuk manfaat rakyat dan negara.
"Mudah-mudahan kad ini dapat digunakan untuk menambah lagi kuasa membeli atau pendapatan boleh guna rakyat," katanya semasa berucap pada majlis pelancaran kad itu serta portal 1Malaysia Privilege Card www.1mprivilege.my di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di sini semalam.
Turut hadir pada majlis pelancaran itu ialah Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah; Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.
Inisiatif menerusi strategi NBOS 6 itu menyaksikan kerjasama antara tiga kementerian berkenaan yang membolehkan pemegang kad tersebut menikmati diskaun dalam pelbagai perbelanjaan. Ia meliputi barangan keperluan harian, alat sukan, alat ganti kenderaan, perhotelan dan barangan kesihatan yang mana senarai syarikat mengambil bahagian serta tawaran-tawaran mereka boleh disemak di portal berkenaan.
Perdana Menteri berkata, kerjasama tentera dan polis memberi banyak manfaat kepada negara dan beliau memberi contoh langkah dua pasukan keselamatan itu berkongsi tempat latihan rekrut, membolehkan kerajaan menjimatkan perbelanjaan bernilai ratusan juta ringgit.

love ~nuyui~

Wednesday, August 8, 2012

Buffet Ramadhan 2012 | Restoran Cerana


Restoran Cerana, Cheras

MENYEDIAKAN LEBIH DARIPADA 60 JENIS MASAKAN ALA KAMPUNG MENYEDIAKAN LEBIH DARIPADA 60 JENIS MASAKAN ALA KAMPUNG

Harga : 
RM49.50 (Dewasa) 
RM27.50 (kanak-kanak)

Tempahan : 
MOHD ALI (ASST MANAGER) 
: 017-3096511, 019-2953450
Untuk lihat pelbagi menu yang disediakan
Website : Restoran Cerana

love ~nuyui~

Tuesday, August 7, 2012

Free Ice-Cream Baskin Robbins Still On


Dikatakan pihak Baskin Robbin tetap melunaskan janji walaupun hanya pingat perak yang dimenangi oleh Datuk Lee Chong Wei dalam perlawanan badminton Olimpik 2012 kelmarin.
so... jangan lupa esok.. 8 pm - 10 pm waktu untuk redeem Free Ice-Cream @ Baskin Robbins outlet yang amik bahagian (semua kecuali Pantai Hospital Bangsar dan Genting Theme Park)

source : malaysiandigest.com

love ~nuyui~

Menang Mini Contest HazmanFadzil.com | Nuzul Al-Quran



wah.. lama dah tak menang contest... last dulu anjuran Cik Helena (opppss) skang dah puan tau... n mother to be... (tahniah)....

semalam nampak la tajuk mini contest HazmanFadzil kat bloglist... (memamng rutin bile bukak blog mesti nak baca update entry bloglist.. - maybe sebab dari situ boleh tau apa yang berlaku kat dunia wat masa tu.. ekekekeek [malas baca paper])..

nampok la entry MINI CONTEST neh.. so try join...

pagi neh.. lepas join satu lagi contest anjuran blogger yang sama (murah hati ek.. sempena ramadhan kut.. ekekek).. baca la balik entry semalam.. tup-tup... wah nama CIK NUYUI duk no. 1 tu.. ekekekee..

timo kasih.. timo kasih...

so.. sapa-sapa yang nak tau apa lagi mini contest yang bakal diadakan... sila la FOLLOW blog HazmanFadzil.com okes....

daaaaa.....

love ~nuyui~

Monday, August 6, 2012

Buy 1 Free 1 - McDonald Chicken Foldover | A Ramadhan Deal | 6 Aug - 15 Aug 2012


Summary: 
McDonalds is having its Buy 1 FREE 1 Coupon Promotion now. McDonald’s Chicken Foldover “Buy 1 Get 1 Free”(a la carte only) promotion is back by popular demand! Redeem this great offer from 6th to 15th August 2012, 11am to 6am by flashing your mobile coupon on your phone or print the official coupon to redeem. Please go and check it now.

Date: 
from 6th August 2012 to 15th August 2012
Download & Print Here:  
Venue:
All McDonalds Restaurants in Malaysia except Genting , Airport & McDelivery ( Store Locator )

source : everydayonsales

love ~nuyui~

Friday, August 3, 2012

Buffet Ramadhan 2012 | Wadi Ar-Raudhah , Seremban

TARIKH : 
 27 JULAI 2012 - 16AUGUST 2012

HARGA : 
KANAK-KANAK ( RM15.00 )
DEWASA ( RM27.00 )

TEMPAHAN : 
PN NORMAH 019-350 8426
EN FARIES 013-478 2477

LEBIH 50 JENIS JUADAH BERBUKA DIHIDANGKAN.

Alamat
NO 1,JLN SRI RAHANG 1,TMN SERI RAHANG 70100 SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS,


love ~nuyui~

Penipuan menerusi Internet serius di Pahang


Sekian lama koi duk baca mende-mende cenggini... hamboii... masih ada yang belum sedar fenomena internet scam, parcel scam dan seumpamanya yang memang tengah rancak berlaku kat negara kita neh...

tidak semua apa yang kita baca kat internet tu boleh dipercayai... bak kata bahasa perpustakaan "bahan-bahan internet kebanyakkannya - tiada penanggungjawaban" ...

tu belum masuk yang main copy-paste je.. 

kalau rajin check e-mel dlm folder SPAM ha... mesti ada je e-mel2 yang kata nak bagi barang berharga la, nak bagi wasiat la, nak kongsi harta wasiat org mati la, kirim barang then barang sangkut kat kastam la, adoi.. please... kalau aok-aok sume tak kenal tak yah le caye mende-mende cenggini.. sume tu cuba nak pancing je....

dalang dia mesti ada orang tempatan yang turut bersubahat... husband sendiri pun bleh sorok duit dari bini.. ni pulok org tak kenal  bleh tetiba nak bagi juta-juta pound???.. logik?? 

e-mel kita pun tau asingkan e-mel-emel sam tu masuk ke SPAM...

ce google "internet scam", "parcel scam", "sindiket awang hitam" lagi banyak operasi pendedahan gi baca Blog Mazidul nun.....


KUANTAN 2 Ogos - Penipuan melalui internet membabitkan mangsa wanita dilaporkan serius di Pahang dengan polis menerima 22 aduan membabitkan kerugian RM1,045,695 bagi tempoh tujuh bulan pertama tahun ini.

Pemangku Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Pahang DSP Mohd Rizal Kamarudin kebanyakan mangsa ialah wanita Melayu berusia lingkungan 32 hingga 45 tahun.

Katanya kesemua penjenayah sama ada individu atau berkumpulan menjalankan jenayah dengan menggunakan modus operandi yang sama iaitu bermula dengan perkenalan di laman sosial kemudian bercinta dan akhirnya mengambil kesempatan terhadap mangsanya.

Beliau berkata suspek memperdaya mangsa dengan mengatakan akan menghantar bungkusan barangan yang tidak wujud dari luar negara dan mangsa diminta membuat pelbagai pembayaran untuk menebusnya.

"Walaupun tidak pernah bersua muka dan mengenali antara satu sama lain, ada di antara mangsa sanggup memberikan wang kepada penjenayah terbabit," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Selain itu katanya, bagi tempoh yang sama, polis menerima 13 laporan berhubung kes penipuan melalui panggilan telefon yang menyamar sebagai pegawai bank dan e-mel palsu dari bank.

Mohd Rizal daripada jumlah kes itu, enam dilaporkan di Kuantan, tiga di Temerloh, dua di Bentong dan masing-masing satu kes di Jerantut dan Cameron Highlands yang melibatkan kerugian sebanyak RM226,000. - BERNAMA

love ~nuyui~

Buffet Ramadhan 2012 | Bora Ombak

Description

Early Bird – RM50 nett per person
Actual – RM55 nett per person
Special Discount for Idul Fitri Open House
Promotion Period / Validity
15 Jul – 31 Aug 2012

Address
G1 Persiaran Mamanda 1, Ampang Point, 68000 Ampang, Malaysia

Website


FB Bora Ombak

love ~nuyui~

Buffet Ramadhan 2012 | Sime Darby Convention Centre



Ramadhan Buffet 2012 Early Savings at Sime Darby Convention Centre

Harga:
RM90.50 nett setiap orang
* Promosi pembelian voucher telah pun habis pada bulan Mar - May & June tempohari.

Untuk urusan pertanyaan dan tempahan:-
03-20893799
Halia, Sime Darby Convention Centre


love ~nuyui~

Thursday, August 2, 2012

Suami, isteri hamil tujuh bulan Maut dirempuh bas

Kes kemalangan yang membabitkan warga MINDEF pagi semalam... Al-Fatihah...





KUALA LUMPUR – Sepasang suami isteri, yang menanti kelahiran cahaya mata kedua maut selepas dirempuh sebuah bas sekolah dalam satu kemalangan di Jalan 15/56 AU 3, Keramat di sini, hari ini.
Dalam kejadian kira-kira 7 pagi itu, mangsa Hafeeze Mohd Hanafi, 30, bersama isterinya Siti Noor Edayu Roslan, 26, yang hamil tujuh bulan, menunggang motosikal jenis Yamaha Lagenda Z, dirempuh dari belakang semasa berhenti di satu persimpangan lampu isyarat.
Ketika kejadian, Hafeeze, seorang anggota tentera yang bertugas di Bahagian Gaji, Kementerian Pertahanan di sini dalam perjalanan menghantar Siti Noor Edayu, kerani di sebuah syarikat di Cheras.
Pegawai Turus Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur, Deputi Superintendan Abdullah Roning, berkata ketika berhenti di satu persimpangan lampu isyarat, mereka dilanggar bas berkenaan yang datang dari arah Flat Polis Cempaka menghala ke Taman Setiawangsa.
Beliau berkata kejadian itu dipercayai berlaku ekoran kegagalan pemandu bas mengawal kenderaannya ketika menuruni bukit lalu melanggar mangsa yang sedang berhenti di belakang sebuah bas sekolah yang lain di persimpangan itu.
Pelanggaran itu menyebabkan pasangan itu tersepit di antara dua bas. Mereka meninggal dunia di tempat kejadian.
“Kita masih menyiasat…bagaimana bas itu hilang kawalan. Mungkin ia berpunca daripada kegagalan sistem brek,” katanya menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS). Beliau berkata mayat mereka dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk dibedah siasat.
Sementara itu, dua saksi yang ditemui di lokasi kejadian menyifatkan kemalangan tragis itu berpunca daripada bas yang dipandu laju ketika menuruni bukit yang curam sehingga gagal dikawal dan bergesel dengan sebuah kenderaan sebelum merempuh sebuah motosikal.
Saiful Azhar Ismail, 39, berkata beliau yang dalam perjalanan ke tempat kerja melihat bas sekolah yang menuruni bukit dengan laju cuba mengelak sebuah kereta yang diletakkan di tepi jalan sebelum merempuh pasangan suami isteri itu.
“Sebelum melanggar motosikal itu, saya nampak bas tersebut cuba mengelak kereta Mercedes, lalu menghentam motosikal yang dinaiki mangsa di hadapannya, menyebabkan mereka tersepit di antara dua bas,” katanya.
Khairi Azwan, 29, pula berkata kemalangan maut itu melibatkan sekurang-kurangnya sembilan kenderaan iaitu dua bas, lima kereta dan dua motosikal.
“Saya turut membantu mangsa yang cedera dan sempat membawa keluar pelajar-pelahar sekolah dari bas berkenaan.
“Saya lihat pemandu bas yang merempuh kenderaan itu hanya mengalami kecederaan di lutut,” katanya yang ketika itu dalam perjalanan ke kedai runcit berdekatan.
Dalam pada itu, bapa Siti Noor Edayu, Roslan Jalil, 53, berkata kehilangan anaknya adalah sesuatu yang di luar jangkaan ketika mereka semua menanti kelahiran anggota keluarga baru.
“Saya tidak sangka perkara ini boleh berlaku ke atas anak saya. Namun, saya terima takdir ini dan reda beliau sudah tiada,” katanya ketika ditemui di Bilik Mayat HKL.
Pasangan itu meninggalkan seorang anak lelaki berusia dua tahun. – BERNAMA
photo- ondscene
love ~nuyui~

Wednesday, August 1, 2012

Buffet Ramadhan 2012 | Restoran Kunang-Kunang


Iftar Ramadhan 51 Dishes Everyday

Date: 27th July 2012 - 17th August 2012
Time: 6.30pm - 9pm
Price:
Adult - RM53+
Child (6-12) - RM26+

***Ghazal performance everyday
***1st 10 walking customer are entitled to get 15% discount
***get 1 pax free for every 10 pax
***15% discount for senior citizen (55 years and above)

Reservations: 03 4106 2015
 

love ~nuyui~

Buffet Ramadhan 2012 | Restoran Seri Melayu



Hari       : Sepanjang Ramadan (1433H)
Masa     : 6.30pm - 11.00pm
 
Harga    :

RM 88.00 
Bersih Seorang Dewasa
 
RM 42.00 
Bersih Seorang Kanak-Kanak (3-11 Tahun)

 
Persembahan Secara Langsung
7.45pm - 8.15pm : Keroncong
8.30pm - 9.15pm : Persembahan Kebudayaan
  

love ~nuyui~

abadikan gambar instagram korang

ce citer.. ce citer....

Get widget here

koi bace deme nih....

~rombongan cik nuyui~