>

cik nuyui taip taip

Friday, March 23, 2012

Monyet pun tau bantu orang buta



Dua orang buta mahu minum air di kuil Ragi Gudda, Bangalore.

Apabila mereka masih tidak dpt membuka paip, ibu monyet ini membantu membuka pili air utk membolehkan mereka meminum air. Ibu monyet itu meminum sedikit air utk keperluan diri kemudian ditutup pili air sebelum meninggalkan tempat kejadian.

~Bukti wujudnya sifat IHSAN walaupun dlm diri haiwan~



love ~nuyui~

Tuesday, March 20, 2012

Alat Pewangi Kentut | Mau Cuba?


Info Ringkas:

Alat ini dinamakan sebagai peredam kentut.

Ia dicipta oleh seorang lelaki dari Wuhan , China .

Diperbuat daripada plastik lembut dan kenyal, alat yang berbentuk tabung ini perlu dimasukkan ke dalam lubang bontot. Hujung tabung yang satu terbuka dan hujung yang satu lagi memiliki lubang-lubang kecil.

Sedikit minyak wangi perlu diletakkan ke dalam alat tersebut supaya kentut yang keluar kemudiannya menjadi wangi dan harum.

psst:.. ahakss.. ade sape nk cube try test? hak.. hak.. hak...


love ~nuyui~

Monday, March 19, 2012

Kayu Aiskrim & Kids IPad - Dak Kuru Stuf Promo








nak tahu dengan lebih lanjut... Dak Kuru Stuf


love ~nuyui~

Saturday, March 17, 2012

Family vacation @ Melaka Wonderland


Memang tercari2 destinasi bajet utk bawak my lil bro yg study kat MRSM jalan2 somewhere masa cuti skool neh.. ye la.. sokmo bila tiba2 nak gi mana2 dia dah start skolah.. sokmo bising... time dia dah balik hostel baru la nak gi mana2.. eheh.. syahdu gak dengar walaupun dah 5-6 lepas..

skali nampak la tawaran menarik Dealmates.. ha.. apalagi.. cecepat mengkaji.. mmg kena kaji abes.. sebab bajet mmg ciput...

kalau ikutkan.. harga asal tiket ke Melaka Wonderland is RM26 (weekdays) & RM30 (weekdays) for adults.. tapi dgn dealmates just RM18 per person.. hah.. apalagi.. cecepat la beli deal tu.. 8 org.. sekali utk first timer ade la diskaun lagi dari dealmates.. sampai jatuh tiket tu sorang dlm RM15 je.. eheeh... bajet.. memang bajet...

kolam utk kids mmg luas... parents boleh masuk k... eheh.. sebab luas sgt... double tiub tu bersepah je dlm tu... ehehehe...






ride utk dewasa.. lebih dari 3 okes.. ehehhe... mmg best... karpet ade... twister ade.. tunnel ade.. huii... twister... mmg aku jerit je.. ahahha.. mau idak.. bleh tetibe rasa melayang lak... hihihi....







tube boleh disewa dari saiz single, double, triple... ehehe... tapi yg all ride boleh naik adalah double saja.. murah.. just RM10 + RM10 deposit.. kitorang bahan trus 3 double tube..





nak berposing dalam belon pun boleh.. ekekekekeke.... model dari nigeria next top model





acara bergambar dlm air... jadik kemestian la since dah bli cover utk camera hahahah... tayang gambar diorang je la.. gamba aku tak cantik eekekek.. abah aku pun tak lepas peluang shoot underwater neh.. actually.. ade photographer disediakan kalau korang nak pic underwater... bagi tau je.. dorang shoot pastu dia bg tag KODAK kat lengan.. nanti gi beli je kat tempat changing baju..






ada disediakan jugak buggy ride dan ATV utk sapa2 yg berminat.. mmg kitorang tak lepaskan la kan... bila lagi nak main...






acara bergambar dgn maskot mmg takleh dilepaskanlah.. ehehehe...









love ~nuyui~

Wednesday, March 14, 2012

Angry Birds Anti-Bottle RM 10 | Dak Kuru Stuf Promo



Maklumat lanjut sila ke Dak Kuru Stuf

love ~nuyui~

Gannguan Bekalan Air di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor 4 - 15 Mac 2012


Wilayah-wilayah yang terlibat
1. Wilayah Hulu Selangor
2. Wilayah Petaling
3. Wilayah Kuala Lumpur
4. Wilayah Klang/Shah Alam
5. Wilayah Kuala Langat

WILAYAH HULU SELANGOR
Kg. Sg. Serai, Kuang
Kg. Kuang, Kuang
Kg. Cempedak, Kuang
Kg. Gombak, Kuang
Kg. Baru, Kundang
Kg. Melayu Sri, Kundang
Kg. Permata, Kundang
Taman Desa, Kundang
Bandar Baru Kundang
Kundang Jaya, Kundang
Taman Rajmat Jaya, Kundang
Taman Tasik Biru, Kundang
Kawasan Industri, Kundang
Keseluruhan Bandar Tasik Puteri

WILAYAH PETALING
SS 1 – 6, PJ
SS 7, Kelana Jaya
SS 8, Trade Zone
SS 9A, Sg. Way
SS 20, Damansara Kim
SS 21 & 21A, Damansara Utama
SS 22, Damansara Jaya
SS 22 – 23, Kg. Sg. Kayu Ara
SS 24, Taman Megah
SS 25, Taman Mayang Mas
SS 26, Taman Mayang
PJU 1, Bukit Mayang Mas, Kg. Cempaka, Sungai Mas & Aman Suria..
PJU 1A, Damansara Idaman
PJU 3, Sunway Damansara & Mutiara Tropicana
PJU 6A, Kg. Kayu Ara
PJU 7, Mutiara Damansara
PJU 8, Damansara Perdana & Bukit Lanjan
Taman Megah Mas
Bandar Utama
Tropicana Golf
TTDI & Pinggiran TTDI
Sg. Pencala
Seksyen 2 hingga 11, Kota Damansara
PJU 5, Pusat Perdagangan Kota Damansara
U9, Monteres, Kayangan Height & Subang Sejahtera
Seksyen 12 hingga 14, PJ
Kg. Melayu Subang
U3, Subang Perdana
U5, Mah Sing
Subang Bestari

WILAYAH KUALA LUMPUR
Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN), Bukit Kiara
Kelab DiRaja Selangor
Bukit Kiara Resort
Pusat Sukan Bukit Kiara
Pusat Sains Negara
Suruhanjaya Sekuriti
Bahagian Teknologi Pendidikan
Pusat Konvensyen Sime Darby
Jalan Segambir
Jalan Belimbing
Jalan Setia Bistari
Jalan Setia Murni 1 hingga 12
Jalan Setia Budi
Jalan Setia Rasa
Jalan Setia Raya
Jalan Setia Jaya
Jalan Medan Setia
Jalan Setia Bakti
Jalan Setia Kasih
Plaza Damansara
Taman Seri Beringin

WILAYAH KLANG/SHAH ALAM
Seluruh Kawasan Sunway Kayangan
Seluruh Kawasan Subang Impian ( Jalan Pulau Indah)
Seluruh Kawasan Sunway Suria
Seluruh Kawasan Puncak Perdana
Seluruh Kawasan Sungai Kapar Indah
Seluruh Kawasan Pekan Meru, Bukit Kerayong, Kg. Budiman, Felda Bukit Cerakah, Cerakah Jaya, Bukit Kapar dan kawasan sekitar
Seluruh kawasan Kg. Delik Kanan
Seluruh Kawasan Kg. Delik Kiri
Seluruh Kawasan Kg. Delik Dalam
Seluruh Kawasan Kg. Delik Baru
Seluruh Kawasan Kg. Sungai Udang
Seluruh Kawasan Jalan Sg. Bertik
Seluruh Kawasan Jalan Yadi
Seluruh Kawasan Jalan Batu Unjur
Seluruh Kawasan Jalan Kim Chuan
Seluruh Kawasan Taman Kim Chuan
Seluruh Kawasan Taman Bayu Perdana
Seluruh Kawasan Flat Sri Angkasa
Seluruh Kawasan Vista Indah Apartment
Seluruh Kawasan Bandar Puteri
Seluruh Kawasan Bandar Ambang Botanic
Seluruh Kawasan Taman Kota Permai
Seluruh Kawasan Bandar Botanic
Seluruh Kawasan Bandar Bukit Tinggi 1 dan 2
Seluruh Kawasan Flat Pendamar Indah
Seluruh Kawasan Taman Sentosa
Seluruh Kawasan Bandar parklands
Seluruh Kawasan Kg. Idaman
Seluruh Kawasan Taman Gembira
Seluruh Kawasan Jalan Raja Lumu
Seluruh Kawasan Flat Perumahan Teluk Gadong Indah A
Seluruh Kawasan Rumah Teres Teluk Gadong Indah A
Seluruh Kawasan Flat Pandamaran Indah
Seluruh Kawasan Kg. Pendamar
Seluruh Kawasan Jalan Tengku Badar
Seluruh Kawasan Persiaran Raja Muda Musa
Seluruh Kawasan Jalan Kastam
Seluruh Kawasan Pandamaran
Seluruh Kawasan Pandamaran Jaya
Seluruh Kawasan Taman Telok Gedung Besar
Seluruh Kawasan Sobena Jaya, Pandamaran

WILAYAH KUALA LANGAT
Tmn Perwira Sijangkang
Tmn Sri Medan Sijangkang
Meter Pukal - Kebun Baru Ke Bkt Kemandol
Tmn Sijangkang Indah Sijangkang.
Tmn Sijangkang Jaya
Rancangan Rumah Murah Sijangkang
Bt 8 Sijangkang
Bt 8 1/2 & Bt 9 Kg Medan Sijangkang
Bt 9 Kg Medan
Bt 9 Sijangkang
Bt 10 Kebun Baru
Ladang Telok, Telok Panglima Garang
Tmn Sri Panglima, Telok Panglima Garang
Tmn Panglima, Telok Panglima Garang
Tmn Dato Hormat , Telok Panglima Garang
Tmn Emas , Telok Panglima Garang
Tmn Halijahton , Telok Panglima Garang
Tmn Desa Wira , Telok Panglima Garang
Tmn Indah Jaya , Telok Panglima Garang
Jln Kenanga Sijangkang
Tmn Telok , Telok Panglima Garang
Tmn Gembira (Jaya Utama) , Telok Panglima Garang
Tmn Jaya Utama , Telok Panglima Garang
Tmn Pahlawan
Tmn Medan Indah , Telok Panglima Garang
Tmn Perkasa, Telok Panglima Garang
Tmn Pertiwi (Jalan Pertiwi 1,3,5) , Telok Panglima Garang
Kg Mujahiddin Bt 9 Kebun Baru
Jln Gotong Royong Bt 8 Sijangkang
Jln Telok Mengkuang , Telok Panglima Garang
Jln Kubur , Telok Panglima Garang
Tmn Desa Wira , Telok Panglima Garang
Jln Manggis Kg Medan
Jln Pisang Kg Medan
Jln Helang Kebun Baru
Jln Merak Kebun Baru
Jln Sekolah Bt 9 Kebun Baru
Jln Murai Bt 9 Kebun Baru
Jln Siantan Bt 10 Kebun Baru
Jln Masjid Bt 10 Kebun Baru
Jln Cempaka Bt 10 Kebun Baru
Jln Enggang Kebun Baru
Jln Rajawali Bt 9 Kebun Baru
Jln Besar Sijangkang
Ladang Telok , Telok Panglima Garang
Kaw.Kilang Kebun Baru / Telok Panglima Garang
Pekan Telok , Telok Panglima Garang


love ~nuyui~

Tuesday, March 13, 2012

Polis cari wanita ugut ibu Dirang



Polis Johor mahu mendapatkan kerjasama rakan mereka dari Kelantan untuk “mencekup” seorang wanita yang menghubungi ibu kanak-kanak Nurul Nadhirah Abdullah, yang diculik dan semalam disahkan dibakar, dengan menelefon dan menghantar SMS berbaur ugutan meminta wang tebusan.
Perkara itu disahkan oleh Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff di sini, hari ini.
Ibu mangsa, Roselyn Alan, 25, dilaporkan menerima panggilan dan SMS daripada seorang wanita tidak dikenali dari Kelantan, semalam.
Mohd Mokhtar berkata, pihaknya telah berhubung dengan polis negeri itu bagi membantu menyiasat kes tersebut.
“Kita minta bantuan polis Kelantan untuk cekup individu itu, kesan dia dan bawak dia ke Johor,” katanya.
Roselyn sebelum ini dilaporkan menerima panggilan telefon dan SMS daripada seorang yang tidak dikenali mengugut untuk membunuh Dirang jika tidak dibayar wang tebusan sebanyak RM30,000.
Polis semalam mengesahkan mayat rentung yang ditemui di ladang kelapa sawit di Nusa Damai, Masai dekat sini pada Khamis lalu sebagai Nurul Nadhirah setelah mendapat keputusan hasil ujian asid Deoksiribonukleik (DNA) daripada Jabatan Kimia.
Nurul Nadhirah hilang pada 1 Mac lalu ketika keluar membeli mi segera dan telur di kedai runcit di kawasan kediamannya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika mengunjungi keluarga Nurul Nadhirah atau lebih dikenali sebagai Dirang di Flat Seri Delima, Bandar Seri Alam Pasir Gudang di sini hari ini.
Sambil menyifatkan individu yang terlibat dalam kes bunuh dan bakar kanak-kanak itu sebagai penjenayah kejam, berhati binatang dan tidak berperikemanusian menyiksa insan kerdil yang tidak berdosa, beliau menegaskan
suspek yang terlibat akan dihadapkan ke muka pengadilan secepat mungkin.
Katanya, tiga daripada empat suspek termasuk seorang wanita berumur 30 hingga 40 tahun itu didapati positif dadah jenis metamphetamine dan ice manakala dua daripada suspek mempunyai rekod jenayah lampau bagi kesalahan dadah dan curi.
Credit to Sinar Harian

love ~nuyui~

4 orang suspek Kes Penculikan Dirang ditahan



PASIR GUDANG: Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata, polis sedang berusaha menyiapkan kertas siasatan kes bunuh dan bakar kanak-kanak malang, Nurul Nadhirah Abdullah, 5, secepat mungkin bagi membolehkan suspek kes itu dihadapkan ke mahkamah dengan segera.
Beliau berkata polis sedang menunggu beberapa lagi laporan daripada Jabatan Kimia untuk menyiapkan kertas siasatan itu sebelum dikemukakan kepada pihak Pendakwa Raya untuk tindakan.
“Saya telahpun mengarahkan timbalan saya, Datuk Ismail Yatim yang mempengerusikan pasukan khas bagi menyiasat kes ini untuk siapkan kertas siasatan secepat mungkin,” katanya kepada pemberita ketika mengunjungi keluarga Nurul Nadhirah atau lebih dikenali sebagai Dirang di Flat Seri Delima, Bandar Seri Alam Pasir Gudang di sini hari ini.
Sambil menyifatkan individu yang terlibat dalam kes bunuh dan bakar kanak-kanak itu sebagai penjenayah kejam, berhati binatang dan tidak berperikemanusian menyiksa insan kerdil yang tidak berdosa, beliau menegaskan suspek yang terlibat akan dihadapkan ke muka pengadilan secepat mungkin.
Katanya tiga daripada empat suspek termasuk seorang wanita berumur 30 hingga 40 tahun itu didapati positif dadah jenis metamphetamine dan “ice” manakala dua daripada suspek mempunyai rekod jenayah lampau bagi kesalahan dadah dan curi. – Bernama



love ~nuyui~

Jerawat Oh Jerawat | Cara Merawat Jerawat


Cara Untuk Menghilang Jerawat Batu@Besar
Ambil telur putih sahaja , masukan telur putih dalam bekas kecilAmbil Kapas, dan ambil cebisan kapas kecil , sapukan telur itu di kapas..
letakkan di jerawat itu, sebolehnya lakukan cara itu sebelum tidur..
hasilnya ,jerawat itu akan melekat di kapas itu…


Hilangkan Jerawat Halus
Seringkali jerawat halus ini menganggu fikiran kita. Walaupun tidak kelihatan jelas namun kulit muka masih menggerutu. Untuk mangatasi masalah ini ambil dua sudu tepung ubi. Kemudian dicampurkan dengan air asam jawa. Biar kelihatan pekat. Simpan dalam pei sejuk selama 1/2 jam. Sebelum tidur pakai sebagai mask/topeng.


Menghilangkan Bekas Jerawat
Petua 1 : Ambil sepotong ubi kayu. Kupas kulitnya. Buang kulitnya. Bersihkan. Parutkan. Perah untuk dapatkan airnya. Sapukan air perahan pada muka anda yang ada bekas jerawat. Lakukan setiap hari selama seminggu. Insya-Allah, kesannya memuaskan.

Petua 2 : Tumbuk beberapa batang kulit kayu manis dan jadikan serbuk. Campurkan dengan sedikit air. Sapukan pada bekas jerawat. Amalkan selama seminggu.

Petua 3 : Ambil 10 helai daun sireh muda, Bersihkan dan tumbuk lumat. Muka hendaklah dibersihkan dengan air suam dan sapukan sireh pada muka terutama di bahagian bekas jerawat. Biarkan kira-kira setengah jam atau hingga kering. Cuci muka bersih-bersih dan lap kering. Amalkan 3 kali seminggu.

Petua 4 : Selain daripada ulam yang enak dan berkhasiat, pegaga juga boleh digunakan untuk menghilangkan tanda hitam parut jerawat di muka. Caranya ialah dengan mengisar daun pegaga dengan bedak sejuk dan air secukupnya. Pupukkan adunan tersebut di tempat tanda hitam parut jerawat di muka anda setiap hari atau setiap malam sebelum tidur. Campuran kisaran pegaga dan bedak sejuk tersebut boleh disimpan di dalam peti sejuk dengan memasukkannya ke dalam botol yang kering.

Petua 5 : Asah kulit kayu manis dan campurkan dengan madu lebah. Tempelkan pada muka yang berparut setiap malam. Esoknya, cucilah dengan air suam.

Petua 6 : Tumbuk sepuluh helai daun sireh muda. Tempelkan pada muka terutama bekas jerawat. Setelah kering, cuci muka dengan air bersih. Amalkan 3 kali seminggu.

Petua 7 : Kisar timun dan tapis airnya.Tampalkan hampas timun pada wajah yang berparut. Biarkan setengah jam. Kemudian cuci dengan air suam.


Menghilangkan Jerawat
Petua 1 : Ambil sedikit asam jawa dan beberapa inci kunyit hidup . Tumbuk kunyit itu dan campurkan dengan asam jawa dan sedikit air . Setelah campuran itu sebati, sapu ratakan ke seluruh muka anda . Biarkan kira-kira 20 minit . Kemudian ketika anda mandi , basuhlah dengan bersih . Jika selalu diamalkan , muka anda akan sukar ditumbuhi jerawat dan kulit menjadi lebih halus .

Petua 2 : Campurkan air limau nipis dengan satu sudu minyak masak . Sebelum tidur , sapukan campuran tadi ke seluruh muka anda. Sekiranya anda merasa pedih , itu hanya sementara . Esoknya , ambil beberapa keping asam gelugur (asam keping) dan rendam dalam air panas . Setelah sejuk atau suam , basuhlah muka anda dengan air itu . Ambil asam dan gosokkan ke seluruh muka anda . Kuatkan gosokan anda pada tempat -tempat yang berparut. Bairkan beberapa minit , kemudian basuh dengan air biasa. InsyaAllah , muka anda akan menjadi licin dan bersih.

Petua 3 : Campur bedak sejuk dengan garam dan air asam jawa. Selawat pada Nabi 3 kali. Sapukan di muka dan di tempat jerawat. InsyaAllah, jerawat akan beransur hilang.

Petua 4 : Hilangkan jerawat dengan sebungkus daun teh (masih hijau). Didihkan kemudian lekatkan ke jerawat.

Petua 5 : Bersihkan muka. Kemudian cuci dengan air kelapa tua. Biarkan ia kering sendiri. Bilas dengan air bersih. Amalkan 3 kali seminggu.

Petua 6 : Sejukkan sedikit kanji nasi. Sapukan pada jerawat dan biarkan ia kering di muka. Cuci dengan air suam. Amalkan setiap hari sehingga jerawat berkurangan.

Petua 7 : Basuh muka dengan air basuhan beras. Setelah kering cuci dengan air bersih. Amalkan selalu.

Petua 8 : Campurkan putih telur (ayam lampung) bersama satu sudu tepung jagung dan minyak zaitun. Gaul rata dan kemudian sapukan ke seluruh muka. Biarkan sehingga kering dan kemudian bilas dengan air suam. Ia elok untuk kulit bermasalah dan boleh membantu mengatasi jerawat. Amalkan 2 kali seminggu.

Petua 9 : Sapukan sedikit larutan tepung kanji bercampur air di sekeliling jerawat yang timbul. InsyaAllah ia akan membantutkan pertumbuhan jerawat tanpa sebarang parut.


lagi petua...

1. Pastikan wajah sentiasa dalam keadaan bersih.

2. Jangan terlalu kerap menggunakan mekap yang tebal di wajah

3. Bersihkan wajah dengans empurna setiap kali selepas mengunakan mekap

4. Cuci wajah sekurang-kurangnya 3 kali sehari dengan air suam dan gunakan pembersih yangs esuai untuk kulit wajah yang berminyak dan berjerawat. Lakukan dalam urutan berputar.

5. Jangan lakukan urutan atau pembersihan yang berlebihan kerana ia akan menyebabkan iritasi.

6. Elakkan daripada memicit jerawat dengan kuku! Memicit jerawat akan menyebabkan kulit menjadi bengkak, merah dan berparut.

7. Jagalah kebersihan rambut dan tangan kamu. Jangan menyentuh wajah dalam keadaan jari yang kotor. Sebaiknya bersihkan tangan sebelum menyentuh wajah.

8. Hentikan menggunakan mekap ketika wajah masih berjerawat.

9. Sering berganti tuala pengelap wajah pastikan tuala tersebut lembut dan bersih

10. Lindungi kulit dari sinar matahari kerana ia akan meransang kulit mengeluarkan lebih banyak sebum sehingga menyebabkan pertumbuhan jerawat.

11. Jika jerawat tumbuh di bahagian belakang, pakailah pakaian yang longgar, ringan dan dapat menyerap peluh.

12. Kurangkan memakai skarf dan topi kerana ia sering menjadi tempat terkumpulnya minyak dan debu

13. Dapatkan nasihat doktor sekiranya jerawat tidak berkurangan

14. Kurangkan makanan yang pedas, berminyak dan berkalori.


dan lagi...

  • Jerawat adalah masalah anak muda tetapi ia juga melibatkan orang dewasa. Jerawat terjadi bila kelenjar minyak mengeluarkan terlalu banyak minyak dan sebum di kulit terutamanya di muka , dada dan belakang iaitu kawasan yang mempunyai banyak bulu roma.
  • Liang minyak yang tersumbat akan menjadi bintik putih jika ia terjadi di bawah kulit atau bintik hitam jika di lapisan luar kulit. Kulit akan menjadi kemerahan jika radang terbentuk di sekeliling liang tersebut.
  • Lebih besar kawasan radang lebih mudah terbentuk nanah dan akan meninggalakan parut jerawat jika tiada perawatan dan ubat yang sesuai. Menghilangkan parut jerawat lebih sukar bila perawatan diabaikan.
  • Wajah muka yang penuh dengan parut jerawat sudah tentu menghilangkan seri dan keyakinan diri.

 

Punca jerawat.
  • Faktor hormon terutama untuk perempuan dalam lingkungan umur subur adalah punca utama masalah jerawat. Majoritinya adalah dalam belasan tahun dan awal 20 'an.
  • Faktor seperti ahli keluarga yang banyak jerawat juga memainkan peranan.
  • Penggunaan pil perancang, ubat steroid, vitamin B12.
  • Kosmetik, pakaian yang ketat atau apa saja yang menutup liang minyak memberi masalah jerawat di kulit.
  • Sesetengah dari jerawat timbul dari ketegangan dan stress emosi yang dihadapi setiap hari. Ini mungkin dari penghasilan minyak dan sebum dikulit yang bertambah.
  • Terdedah kepada asap dan bahan kimia atau faktor alam sekitar seperti cuaca panas.
  • Kebanyakan jerawat akan hilang sendiri jika kulit sentiasa bersih dan sihat. Tetapi sesetengahnya boleh menjadi teruk dan kronik.
  • Petua dan cara menghilangkan jerawat dan mengurangkan masalah darinya.
  • Bahan paling mudah untuk mengeringkan jerawat adalah krim yang mengandungi Benzoyl peroxida. Dalam kepekatan 5 atau 10 peratus ia mengering dan memudahkan sumbatan liang minyak tanggal. Kesannya boleh dilihat dalam tempoh empat hinga enam bulan.
  • Basuh kulit setiap hari tapi jangan terlalu kasar atau kerap.
  • Gunakan pencuci kulit muka yang lembut dan air. Pencuci yang mengandungi granule boleh juga digunakan.
  • Cuba elakkan sauna muka kerana ia mungkin menjadikan jerawat bertambah teruk.
  • Jaga pemakanan anda. Elakkan makanan yang mungkin membuat jerawat lebih teruk. Setiap orang mempunyai alahan kepada jenis makanan yang berlainan dari orang lain.
  • Dapatkan rehat yang cukup kerana jerawat mungkin timbul dari perasaan tertekan, ber masalah dan badan yang letih.
  • Memakai pakaian bersenam atau harian yang longgar.
  • Memakai pakaian ketat, tudung atau headband ketat dari kain yang tidak meresap peluh menambahkan pengeluaran minyak dan risiko jerawat dari kulit berminyak.
  • Pilih fesyen rambut yang tidak terlalu menutup wajah dan jaga rambut supaya tidak berminyak yang biasanya datang dari kulit kepala yang kuat berpeluh. Penggunaan bahan penjagaan rambut berminyak harus dielak. Ikat rambut ketika tidur supaya tidak menutup muka.
  • Guna mekap muka berasaskan air. Beli mekap yang "noncomedogenic" atau "nonacnegenic".
  • Basuh mekap sebelum tidur. Jangan terlalu banyak menggunakan pelembab kulit muka terutamanya waktu malam.
  • Elak cahaya ultra ungu matahari atau lampu. Pendedahan yang melampau atau lama merosakkan kulit dan lapisan kulit akan menjadi tua premature dan menutup liang sebum.
  • Jangan picit jerawat kerana ia akan menambahkan radang pada kulit dan kulit akan menjadi berlubang dan berparut.


Rawatan Untuk Jerawat.

Liang yang tersumbat harus dibuka.
Ini boleh dilakukan menggunakan produk jerawat yang membuang lapisan atas kulit seperti asid glycolic (alpha hydroxy acid-AHA, poly hydroxy acid-PHA), asid salisilik, benzoyl peroxide atau retinoic acid dalam bentuk cream, lotion atau cecair. Selain menghilangkan jerawat baru, penggunaan berterusan boleh juga menghilangkan parut jerawat.

Mengurangkan jangkitan bakteria.
Menggunakan ubat antibiotik "oral" seperti tetracycline, erythromycin boleh dimulakan jika rawatan awal untuk jerawat tidak berkesan. Antibiotik dalam bentuk krim seperti clindamycin dan lain-lain boleh digunakan untuk menghilangkan jerawat yang baru jika tidak mahu menggunakan ubat antibiotik "oral".

Mengurangkan aktiviti kelenjar minyak. 

Ia boleh juga dilakukan untuk merawat jerawat. Ubat yang biasa digunakan adalah seperti estrogen dan isotretinoin.


love ~nuyui~

Beli Kereta Dengan Duit Syilling


Seorang lelaki cuba untuk membeli sebuah kereta di Pusat penjualan kereta yang ada di Kota Xianyang China dengan wang syiling seberat 300 kilogram. Duit syiling sebanyak 60 ribu yuan telah mengejutkan semua wakil penjual di pusat terbabit.

Lelaki yang bernama Wang, juga merupakan penjual tepung telah mengangkut duit syiling tersebut dengan menggunakan kereta yang disewanya.

Duit Syiling yang berjumlah tujuh karung tersebut dikumpulkannya dengan menggunakan karung tepung.

Duit syiling tersebut dikumpulkan Wang dari hasil berjualannya selama 10 tahun.

Seperti dilapor China Daily, penjual kereta terbabit mengalami kesukaran untuk mencari bank yang mahu menerima duit syiling tersebut.

Akhirnya setelah puas mencari, penjual kereta tersebut berjaya meyakinkan sebuah bank untuk bersetuju menerima dan mengira duit syiling itu.

Wang bagaimanapun dilaporkan masih tidak dibenarkan membawa kereta baru pulang kerana pihak bank hingga kini masih menghitung duit syiling yang dibawanya.


love ~nuyui~

Akibat ikut GPS sangat, terus masuk sungai


WASHINGTON: Sebuah kenderaan utiliti sukan tenggelam di dalam sebuah tasik dekat Taman Mercer Slough di sini kelmarin selepas seorang daripada tiga wanita yang memandu kenderaan itu mengikut laluan yang ditunjukkan menerusi Sistem Penentu Kedudukan Global (GPS).

Kejadian itu berlaku pada awal pagi semasa mereka tersesat dalam perjalanan untuk kembali ke sebuah hotel.

Pemandu kenderaan tersebut menyangka dia memandu di atas jalan raya semasa mengikuti arah panduan menerusi GPS.

Namun, kenderaan itu bergerak memasuki sebuah tasik.

Ketiga-tiga wanita itu menggigil selepas mereka berjaya keluar dari kenderaan tersebut yang kemudian tenggelam ke dalam tasik berkenaan.

Sebuah trak tunda tiba di tempat kejadian pada kira-kira pukul 5 pagi namun kenderaan tersebut sudah tenggelam ke dalam tasi
Ia kemudian ditarik keluar dari tasik tersebut dengan menggunakan trak penunda itu. -Agensi/WD

love ~nuyui~

Jom Beli Kerongsang Berjurai



sapa nak beli kerongsang jurai-jurai yang m urah dan cantik jom belek kat Dak Kuru Stuf banyak pilihan.
Ada promosi beli 10 biji free postage...

love ~nuyui~

Thursday, March 8, 2012

Pelarasan gaji SSM 2012 bermula Januari 2012

PUTRAJAYA: Pelarasan gaji yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini akan berkuatkuasa 1 Januari tahun ini dan dibayar mulai bulan ini atau April, kata Presiden CUEPACS, Datuk Omar Osman.

Beliau berkata, ia berdasarkan kepada perbincangan CUEPACS dengan Perdana Menteri sebaik selesai Perhimpunan Khas Penjawat Awam Bersama Perdana Menteri di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di sini, pagi tadi.
"Sama ada pembayaran akan dibuat secara penuh atau berperingkat, ia bergantung kepada jabatan masing-masing," kata Omar ketika ditemui di sini, hari ini.
Pada perhimpunan itu, Perdana Menteri turut mengumumkan pembatalan skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) dan mengembalikan Sistem Saraan Malaysia (SSM) yang akan ditambah baik.

Sementara itu, Najib turut mengumumkan pelarasan gaji sebanyak 13 peratus untuk Kumpulan Pengurusan dan Profesional serta Kumpulan Pelaksana Gred 1 hingga 54; sembilan peratus untuk Gred Utama dan Gred Khas C,B dan A; lapan peratus Kumpulan Turus III dan Turus II; dan tujuh peratus untuk Kumpulan Turus I dan Ketua Setiausaha Negara. - BERNAMA



love ~nuyui~

Akhirnya SSM dikekalkan, SBPA dibatalkan...

PUTRAJAYA 8 Mac - Para penjawat awam seluruh negara dijangka menerima bayaran tunggakan gaji pada bulan ini atau bulan depan berikutan pembatalan skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) dan pengembalian kepada Sistem Saraan Malaysia (SSM) yang ditambah baik.

Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Omar Osman berkata, bayaran tunggakan berasaskan gaji pokok terkini itu akan dikira mulai 1 Januari 2012.
“Cara pembayaran tunggakan iaitu sama ada sekali gus atau berperingkat-peringkat, bagaimanapun perlu ditentukan oleh bahagian sumber manusia agensi masing-masing.

“Ini kerana gaji tersebut perlu dikira semula, tetapi bagus juga kalau ia dibayar sekali gus,'' katanya kepada pemberita selepas menghadiri Perhimpunan Khas Penjawat Awam bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di sini, hari ini.

Dalam perhimpunan tersebut, Najib mengumumkan pelarasan gaji 13 peratus bagi Kumpulan Pengurusan dan Profesional dan Kumpulan Pelaksana serta pelarasan antara tujuh peratus hingga sembilan peratus untuk kumpulan lain. - UTUSAN



love ~nuyui~

abadikan gambar instagram korang

ce citer.. ce citer....

Get widget here

koi bace deme nih....

~rombongan cik nuyui~