>

cik nuyui taip taip

Tuesday, March 11, 2014

Mini Layflat Lite Hardcover Photobook 16 pages | RM5 sajo!!!


Harga pengenalan tu...

Photobook Hardcover.. RM5 je pun.. sapa nak bagi...

kepada yang berminat dengan Mini Layflat Lite Hardcover Photobook... bleh copy refferrer code kat bawah ni... then pegi kat http://www.pixajoy.com.my/mini-layflat-offer and then masukkan referrer code yang dah korang copy tadi tu kat dalam kotak yang disediakan... then follow je arahan... then pihak Pixajoy akan bagi voucher code baru utk korang....

so voucher code nila yang akan korang gunakan utk redeem Mini Layflat Lite Hardcover Photobook ni nanti.... kepada yg dah biasa wat photobook sendiri mesti tau kat mana nak masukkan voucher code ni nanti... iaitu.. lepaskorang dah design sendiri korang punye photobook..... then nak order... haa.. masa tu la korang akan dikehendaki masukkan voucher code tu.... baru diorang bagi diskaun pada Mini Layflat Lite Hardcover Photobook korang sampai tinggal RM5 je....

tapi jgn lupa... kos penghantaran (melalui Skynet tau) RM8 juga akan dikenakan.... ye la dia dah bg photobook murah2... so.. postage kena la tanggung... ala... baru RM13 kut.... utk 16 pages Mini Layflat Lite Hardcover Photobook yang akan wujud hasil kreativiti korang sendiri nanti... puas hati...

and sesuai utk yang baru nak berjinak2 kenal dunia mendesign photobook sendiri.... dan jugak yg sentiasa tak lepaskan peluang utk photobook yg murah2... cam I le.. hehehehe...

ok the code is....

FLM56MQF


masukkan code ni dalam kotak referrer code tu.. nanti depa akan bg ur own voucher code utk ur own photobook... okey... tak paham... bleh je tanya i... i sedia membantu..... 

camne le rupa kan?... ha.. camni...






saiz dia kecik comei je.... 5.7'' x 4.2'' ....and ada 16 pages tau... tu dia... lebey kurang 80 - 90 pcs picture gak korang bleh masukkan...atau nak cantik2... buh je dalam 2- 3 pcs dalam satu pages...

kalau percaya kat I bleh je nak suh I designkan... send me ur picture... 

wait!! lupa lak... promotion RM5 ni sampai 31st March 2014 ini je tau... tapi once u dah convert dia punye code tu ke voucher code korang sendiri... bleh guna hingga 18 August 2014... so ade masa utk mendesign...


ok... tata titi tutu...

love ~nuyui~

Monday, March 10, 2014

Strok Haba | Apa korang perlu tau...



Rakyat Malaysia diminta berwaspada terhadap tanda-tanda awal 'heat stroke' atau 'strok haba' berikutan cuaca panas dan kering ketika ini terutamanya bagi bayi, kanak kanak dan warga emas. 

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah memberitahu Bernama, definisi strok haba adalah paras suhu badan meningkat melebihi 40.5 darjah celcius. Suhu normal badan manusia kira-kira 37.0 darjah celcius. 

"Antara tanda awal terkena strok haba ialah sakit kepala berdenyut, mual, kurang berpeluh walaupun dalam suhu panas dan denyutan nadi yang pantas. 

"Tanda-tanda lain ialah otot lemah dan kejang, muntah, kulit kering dan kemerahan, sawan serta pitam," katanya. 



Dr Noor Hisham berkata suhu tinggi juga mengundang komplikasi kepada sistem saraf otak yang boleh menyebabkan seseorang itu koma dan boleh membawa kematian. 

Jabatan Meteorologi Malaysia sebelum ini menyatakan keadaan cuaca panas dan kering melanda negara ketika ini agak tinggi berbanding tempoh sama tahun lepas dan dijangka berterusan sehingga pertengahan Mac ini. 

Dr Noor Hisham berkata pendedahan berpanjangan kepada cuaca dan suhu panas disamping kurang minum air dan dehidrasi badan antara punca boleh menyebabkan strok haba. 

Oleh itu beliau menyarankan beberapa langkah segera untuk diambil sekiranya ada individu terkena strok haba iaitu menempatkan pesakit di tempat teduh dan berhawa dingin. 

"Haba tinggi boleh dikurangkan jika individu itu ditempatkan di bawah kipas dan mengelap anggota badan menggunakan tuala basah. 

"Pesakit juga mungkin boleh berendam di dalam kolam air untuk menurunkan tekanan haba dan menyejukkan badan," katanya. 

Dr Noor Hisham turut meminta orang ramai mengelakkan aktiviti riadah yang terdedah kepada cuaca panas serta minum air dalam kuantiti banyak atau sekurang-kurangnya 2.5 liter sehari.



love ~nuyui~

Friday, March 7, 2014

Need for Speed & Labor Day | Nunffnang Premiere | FREE Tickets 2 days in a row


yeszza.... free ticket lagi... 2 hari berturut2 and tempat yang sama... Mid Valley...

11hb premiere for Labor Day... lakonan Kate Winslet & Josh Brolin.. and the next day... 12hb pulak premiere for Need for Speed.... (wah... syafiq ibrahim mesti jelessss)..

hemm sapa nak ikut tu...





love ~nuyui~

Thursday, March 6, 2014

[INFO] 5 jenis minuman yang oleh langsingkan badan


Setiap wanita mahukan tubuh yang langsing dan menarik. Kini banyak pil pelangsing yang boleh dilihat di laman sosial mahupun di papan iklan.


Tetapi tidak semua mendatangkan hasil jika anda masih tidak mengawal permakanan anda dengan betul. Namun tahukah anda minuman juga boleh melangsingkan anda? Di sini kami ingin berkongsi dengan anda tentang lima jenis minuman yang dapat membantu anda untuk melangsingkan badan anda.




Jus sayuran

Jus sayuran adalah salah satu cara yang berkesan untuk memberi serat dan nutrien dalam badan kita untuk membantu tubuh badan kita menurunkan berat badan. Pengambilan sayuran dan buah-buahan membuatkan kita kenyang lebih lama.



Air

Ia sememangnya diketahui baik untuk kesihatan. Ia bukan sahaja membuang toksin dalam badan, malah ia sangat berkesan dalam membantu anda untuk menurunkan berat badan. Anda boleh meminum air dengan ditambah sehiris buah lemon segar, limau nipis, timun atau pun tomato kerana sayuran ini bagus untuk anda selain menambah perasa.


Teh hijau

Teh hijau sememangnya sudah terbukti berkesan membantu dalam pelangsingan tubuh. Ia juga membantu meningkatkan metabolisme. Cuba amalkan meminum teh hijau tidak kira sejuk atau pun panas. Teh hitam dan teh oolong kerana kedua-duanya mengandungi anti-oksidan yang boleh menyingkirkan toksin dalam badan.



Susu rendah lemak

Susu rendah lemak bagus yang berasaskan protein tanpa lemak, vitamin D dan kalsium yang menolong untuk pembinaan otot dan menguatkan tulang. Ia lebih sedap jika ditambah dengan sedikit coklat untuk perasa dan khasiat yang lebih efektif.



Kopi hitam

Secawan kopi hitam di awal pagi atau segelas kopi ais di waktu tengah hari sebenarnya membantu dalam menurunkan berat badan. Ia berfungsi dalam merangsang kafein yang boleh mengawal nafsu makan. Malah ia juga mampu memanaskan tubuh badan kita dan meningkatkan metabolisme dalam badan. Cuma, kurangkan gula dalam kopi atau gunakan susu rendah lemak.

sumber | tupai

love ~nuyui~

Tuesday, March 4, 2014

[INFO] 30 Orang Yang Pertama Dalam Islam






















1. Orang yang pertama menulis Bismillah : 
          Nabi Sulaiman AS.

2. Orang yang pertama minum air zamzam :
          Nabi Ismail AS.

3. Orang yang pertama berkhatan :
          Nabi Ibrahim AS

4. Orang yang pertama diberikan pakaian pada hari qiamat :
          Nabi Ibrahim AS.

5. Orang yang pertama dipanggil oleh Allah pada hari qiamat :
          Nabi Adam AS.

6. Orang yang pertama mengerjakan saie antara Safa & Marwah :
          Sayyidatina Hajar 

7. Orang yang pertama dibangkitkan pada hari qiamat :
          Nabi Muhammad SAW.

8. Orang yang pertama menjadi khalifah Islam :
          Abu Bakar As Siddiq RA.

9. Orang yang pertama menggunakan tarikhhijrah :
          Umar bin Al-Khattab 

10. Orang yang pertama meletakkan jawatan khalifah dalam Islam :
          Al-Hasan bin Ali RA.

11. Orang yang pertama menyusukan Nabi Muhammad SAW :
          Thuwaibah RA.

12. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan lelaki :
          Al-Harith bin Abi Halah 

13. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan wanita :
          Sumayyah binti Khabbat 

14. Orang yang pertama menulis hadis di dalam kitab / lembaran :
          Abdullah bin Amru bin Al-Ash 

15. Orang yang pertama memanah dalam perjuangan fisabilillah :
          Saad bin Abi Waqqas

16. Orang yang pertama menjadi muazzin dan melaungkan adzan: 

          Bilal bin Rabah 


From digital photos to lasting photo books. Start preserving your memories now!


17. Orang yang pertama sembahyang dengan Rasulullah SAW :
          Ali bin Abi Tholib 

18. Orang yang pertama membuat minbar masjid Nabi SAW :
          Tamim Ad-dary 

19. Orang yang pertama menghunus pedang dalam perjuangan fisabilillah : 

          Az-Zubair bin Al-Awwam 

20. Orang yang pertama menulis sirah Nabi Muhammad SAW : 

          Ibban bin Othman bin Affan 

21. Orang yang pertama beriman dengan Nabi SAW :
          Khadijah bt Khuwailid.

22. Orang yang pertama mengasaskan usul fiqh :
          Imam Syafei RH.

23. Orang yang pertama membina penjara dalam Islam:
          Ali bin Abi Tholib 

24. Orang yang pertama menjadi raja dalam Islam :
          Muawiyah bin Abi Sufyan 

25. Orang yang pertama membuat perpustakaan awam
          Harun Ar-Rasyid 

26. Orang yang pertama mengadakan baitulmal : 

          Umar Al-Khattab

27. Orang yang pertama menghafal Al-Qur'an selepas Rasulullah SAW :
          Ali bn Abi Tholib

28. Orang yang pertama membina menara di Masjidil Haram Mekah:
          Khalifah Abu Ja'far Al-Mansur

29. Orang yang pertama digelar Al-Muqry :
          Mus'ab bin Umair

30. Orang yang pertama masuk ke dalam syurga :
          Nabi Muhammad SAW.




love ~nuyui~

Monday, March 3, 2014

RM 10 Aje | 2 sets of A&W meals




see the gambo? peminat tegar A&W... bleh la beli kupon neh...

dengan hanya RM 10 je, korang dapat 2 set A&W Marina Fish Sandwich Combo yang bernilai RM21.30..


bleh redeem kat 19 outlet A&W di seluruh Semenanjung Malaysia....


Senarai restoren A&W adalah seperti di bawah....



Kuala Lumpur
  • Batu Road
  • Wangsa Walk Mall
     
Selangor
  • 3K Kompleks Subang Jaya
  • Petronas Bukit Tinggi
  • Damai Perdana Cheras
  • Kota Damansara
  • Petronas Batu 3
  • Petronas Shah Alam
  • Petaling Jaya Drive-in
  • Petronas Bandar Kinrara
  • Sg Buloh Overhead Bridge

Negeri Sembilan
  • Seremban Drive-in
     
Penang
  • AEON Seberang Prai City
     
Johor
  • AEON Bukit Indah
     
Melaka
  • Dataran Pahlawan
  • Jusco Peringgit
  • Ayer Keroh Overhead Bridge
     
Terengganu
  • Kemaman, Pantai Baru Buruk

bleh makan situ (dine-in) ataupun bawa pulang.... delivery x dinyatakan pulak...

groupon neh bleh guna mulai 28 Feb 2014 kelmarin neh sampailah 28 Mac 2014... sebulan tu...

syarat selanjutnya bleh baca kat SINI

ok.. bubye...

love ~nuyui~

Borang Permohonan SL1M Skim Latihan 1Malaysia Online



SL1M atau Skim Latihan 1 Malaysia merupakan sebuah program untuk mengurangkan kadar pengangguran di samping membantu individu yang bergelar graduan mendapatkan peluang pekerjaan. Program ini turut meningkatkan tahap kebolehpasaran (employability) atau keupayaan graduan untuk mendapat pekerjaan dengan kerjasama Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) dan swasta yang melaksanakan program SL1M sebagai Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR).


Syarat Kelayakan SL1M
  1. Graduan mestilah Warganegara Malaysia
  2. Graduan berkelulusan sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda dan ke atas
  3. Graduan lepasan Institusi Pengajian Tinggi dalam dan luar negara yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia atau selain daripada Kerajaan Malaysia
  4. Graduan tidak mendapat pekerjaan selepas 6 bulan menerima Ijazah atau selepas menerima transkrip keseluruhan peperiksaan
  5. Graduan yang telah bekerja tetapi tidak setaraf dengan kelayakan atau gaji yang diterima
  6. Graduan mestilah berdaftar di JobsMalaysia, Kementerian Sumber Manusia




Borang Pendaftaran Online



Sumber | melvister.com 




love ~nuyui~

abadikan gambar instagram korang

ce citer.. ce citer....

Get widget here

koi bace deme nih....

~rombongan cik nuyui~