Syukur.... baru pagi semalam masa chit chat kat opis... masing dok panjat doa.. ade lah hendaknya rezeki tahun nih...
kesnye... thn nih tadek langsung angin bertiup mahupun pokok bergoyang ... ahahahaha.... alih2... mak koi kat kg lak yg call bagitau.. ahahha... org KL pun tak secepat tu... (aku je kut)....
semalam koi duk ngomel kat opismate.. kalau tadek bonus @ duit raya.. maybe tak jadik ikut parents balik Sg. Tengas... ermm.. mmg nak suh koi balik jugak nih.. ehehehheehe... niat jgn diubah moralnya..... (bukan koi tak mboh balik.. tapi lepas pay day semalam... mak ai.... takut terover budget kalau balik Kedah.... erm... skarang dah tadek problem... (maybe)... Zara Amanie pun boleh dapat duit raya (nasib baik baru sorang anak menakan) ahahahahaha.....
dan kepada Unit Gaji dan CKA.. koi mintak maap dan koi maapkan khilaf yg ade tuh.. ahahahahaa......
ermm... harap tadek yg berbunyi lak... kata tak patut tu la .. tak patut ni la.... ermm... kalau nak bunyik gak kan... bunyi la kat korporat yek.. sebab... ade satu bank tu bg bonus 12 bulan gaji tau.. dan ade syarikat kereta yg bagi bonus 7 bulan gaji kat pekerjanya..... ermm... jgn la didengkikan dengan duit raya RM500 tu lak yek... (oppssss)..
petikan mStar Online
Rabu Ogos 25, 2010
Kakitangan K'jaan Dapat 'Duit Raya'
PUTRAJAYA: Berita baik untuk semua pegawai kerajaan dari Gred 1 hingga 54. Kerajaan setuju untuk beri 'Bantuan Khas Kewangan' sebanyak RM500 sebagai sumbangan sebelum 1 Syawal.
Lebih 1.24 juta petugas awam dan 590,000 pesara kerajaan akan mendapat durian runtuh ini.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata dalam satu kenyataan hari ini bahawa bayaran itu akan dibuat sebelum 1 Syawal.
"Keputusan ini diambil setelah mengambil kira kebajikan kakitangan awam dan pesara Kerajaan terutamanya bagi meringankan beban kos persediaan bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri," kata Najib yang juga Menteri Kewangan.
Menurut beliau, bayaran itu melibatkan perbelanjaan sebanyak RM934.6 juta iaitu RM639.6 juta bagi petugas awam dan RM295 juta bagi pesara.

love