>

cik nuyui taip taip

Wednesday, August 6, 2014

Tiada Burger ‘FREE’ Akan Diedarkan McDonalds Jumaat Ini



Sejak awal pagi tadi, di laman sosial sudah tersebar bahawa pengurusan McDonalds Malaysia akan mengedarkan produk makanan mereka berupa burger percuma di masjid-masjid pada Jumaat depan.
Beberapa status akaun Facebook memaklumkan bahawa edaran makanan percuma itu akan diadakan di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, di Shah Alam Selangor.
Mynewshub.my bertindak menghubungi pengurusan masjid yang disebut-sebut di dalam khabar angin berkenaan bagaimanapun menyatakan mereka tidak menerima makluman daripada pihak McDonalds berkaitan perkara itu.
Kami juga menghubungi pihak McDonalds berkenaan perkara itu, dan dimaklumkan apa yang tersebar di laman Facebook dan aplikasi Whatsapp adalah palsu dan tidak benar.
Menurut jurucakap Perhubungan Pelanggan, yang hanya mahu dikenali sebagai Hasbullah, McDonalds Malaysia menerima banyak pertanyaan mengenai perkara itu hari ini.
“Rujukan dengan pihak atasan McDonalds Malaysia menunjukkan apa yang tersebar di laman Facebook atau aplikasi Whatsapp adalah tidak benar dan tiada makanan percuma akan diedarkan kepada orang ramai Jumaat ini,” katanya.
Di laman sosial twitter, para pengguna aplikasi berkenaan sudah mula bercerita mengenai aktiviti yang dikatakan akan diadakan pengurusan restoran makanan segera terkemuka di Malaysia itu.
Khabar angin berkenaan timbul apabila rakyat Malaysia khususnya umat Islam dikatakan akan mula memboikot secara keseluruhan McDonalds pada Jumaat ini berkenaan demi sokongan kepada penduduk Palestin yang diserang oleh tentera rejim Israel dan Zionis.
Pihak McDonalds didakwa didalangi seorang individu Yahudi bernama Jack Greenberg dan syarikat itu terlibat dalam penyaluran bantuan kewangan kepada pihak Zionis di Israel.
Tindakan seorang individu yang sudah pun meminta pihak masjid menghalau ejen-ejen McDonalds jika mengedarkan makanan percuma itu turut dikecam apabila menggunakan nama tertentu dari pihak pengurusan masjid yang mengatakan mereka komited untuk tidak membenarkan perkara itu berlaku.
Padahal, pengurusan masjid memaklumkan bahawa masih tidak mendapat sebarang makluman rasmi daripada pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) berkaitan arahan menghalau para ejen McDonalds itu.
Beberapa wakil pengurusan masjid yang dikatakan komited menyesali tindakan individu itu yang memutarbelitkan kenyataan mereka seperti berbaur kebencian kepada pengurusan dan kakitangan McDonalds Malaysia. 


source|MYNEWSHUB

love ~nuyui~
Comments
0 Comments

0 geng putri roh yg tomeiii....:

abadikan gambar instagram korang

ce citer.. ce citer....

Get widget here

koi bace deme nih....

~rombongan cik nuyui~