Untuk makluman semua, YAB Timbalan Perdana Menteri telahpun membuat kenyataan akhbar baru-baru ini bahawa pada hari JUMAAT,22 OGOS 2014, telah diisytiharkan sebagai HARI PERKABUNGAN NEGARA sejajar dengan ketibaan jenazah mangsa tragedi MH17 ke Malaysia.
HARI PERKABUNGAN NEGARA ini adalah bertujuan menzahirkan rasa dukacita seluruh rakyat Malaysia ke atas mangsa tragedi tersebut. Sehubungan dengan itu, bersama-sama ini disertakan peraturan yang ditetapkan oleh Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa, JPM yang perlu dipatuhi dan dilaksanakan oleh semua semasa HARI PERKABUNGAN NEGARA pada JUMAAT, 22 OGOS 2014, iaitu :
i. Bendera Malaysia hendaklah dikibarkan separuh tiang di seluruh negara pada hari berkenaan;
ii. Semua acara yang berunsur hiburan ditangguhkan pada hari berkenaan;
iii. Pakaian hendaklah warna-warna yang suram dan tidak warna terang / garang. Bagi yang beragama Islam dan terlibat secara langsung, mereka (termasuk petugas media) digalakkan memakai songkok (TANPA lilitan warna putih); manakala, pegawai / petugas wanita perlu memakai selendang hitam; dan
iv. Pada hari berkenaan juga, rancangan hiburan pada semua saluran radio dan televisyen hendaklah ditangguhkan dan diganti dengan bacaan Al-Quran dan program berunsur keagamaan.”
Atas keperhatinan dan kerjasama Tuan / Puan dalam memastikan HARI PERKABUNGAN NEGARA berjalan dengan lancar, didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
Sekian.
Sumber: Unit Komunikasi Korporat, Jabatan Perdana Menteri