>

cik nuyui taip taip

Wednesday, December 8, 2010

Kes Pecah Rumah Semasa Majlis Kenduri Kahwin

uish... memandangkan la nih tgh cuti skool.... n memang banyak sedara mara jiran tetangga sahabat handai nak wat kenduri neh... maka elok diambik berat mende2 sebegini yek... ye la.. tgh sibuk.. mana nak ingat apa dah kan.... so sblm star kesibukan hari kenduri tu.. ahahaha... simpan sume dalam peti besi mengkalau ada).. ehehehe..... mebgkalau takde... ermm.. camne ek.. pikir2kanlah.... maybe ade kan bilik kebal yg kuncinya hanya tuan rumah yg pegang dan takleh la simpli nak masuk2 tumpang bilik air ke.. ape ke.. eheheheh.....

hati2 okes bakal2 pengkenduri.. (apa aku cakap neh?)

tapi lepas kenduri kene lagi hati2 wooo.. ahahah... duit salam kaut lagik banyak... cam abah koi.... mlm lepas keduri... parang bawah bantal...... ahahahaha.... anak dara tido kat ruang tamu takpe.... janji abah tido dalam bilik kebal bertemankan parang... ahahahahahahahahh

From: Omar Abdul Rahim [mailto:.rah.....hoo.com]Sent: Monday, 29 November, 2010 11:15 AM
Subject: Kes Pecah Rumah Semasa Majlis Kenduri Kahwin

Saya ingin kongsi bersama cerita malang yang berlaku semasa majlis perkahwinan adik saya semalam (28/11/2010).

Kami sekeluarga mengadakan majlis perkahwinan semalam di USJ 22. Majlis semuanya berjalan lancar sehinggalah selepas tamat majlis jam 4 petang.

Kami sekeluarga mula mengesan beberapa kehilangan dompet duit, kad kredit dan duit mas kahwin. Sehingga malam dianggarkan kami sekeluarga kehilangan dalam RM2,500 tunai. Selain itu beberapa dokumen penting seperti kad kredit, IC, lesen memandu dan kad bank turut hilang.

Kami mengesyakki 2 orang wanita Melayu dewasa berumur sekitar 38-42 tahun bersama 2 orang kanak-kanak iaitu seorang budak perempuan berumur antara 12-15 tahun dan seorang budak lelaki berumur antara 7-9 tahun terlibat dalam kegiatan mencuri ini. Mereka amat mesra dan beroperasi semasa pengantin sedang makan beradap. Mereka minta izin untuk solat dalam bilik dan mengunci pintu dari dalam sebelum menyelongkar bilik-bilik mencari barang berharga. Mereka memasuki semua bilik berdasarkan lokasi barangan yang hilang. Mereka berpakaian baju kurung maroon dan purple pada hari tersebut.

Beberapa kes sebelum ini juga ada dilaporkan mereka menggunakan baju yang sama. Bertudung dan kulit hitam manis. Berdasarkan maklumat polis, ini adalah kes keempat yang dilakukan oleh orang yang sama yang berlaku di sekitar USJ dan Putra Heights. Kami sedang cuba membantu pihak polis mengesan suspek dengan mengumpulkan gambar-gambar yang diambil semasa majlis tersebut.

Sehubungan itu, kepada sesiapa yang ingin mengadakan majlis perkahwinan di rumah diharap dapat berhati-hati.

Omar Abdul Rahim

love ~nuyui~
Comments
0 Comments

0 geng putri roh yg tomeiii....:

abadikan gambar instagram korang

ce citer.. ce citer....

Get widget here

koi bace deme nih....

~rombongan cik nuyui~