>

cik nuyui taip taip

Thursday, December 13, 2007

manusia

ukur baju di badan sendiri dulu baru le nk ukur baju kat badan org lain... kenapa manusia sering terlupa... diri sendiri pun byk kelemahan... tapi tetap gah nk mencari kelemahan org lain….. apa salah jika kelemahan org lain yg nampak itu di cari jalan penyelesaian… bukan hanya menampakkan lagi kesalahan itu hingga mengaibkan org…
mungkin tidak terfikir olehnya bagaimana jika terkena pada diri sendiri…. Apa kah diri sendiri itu terasa sudah ‘perfect’?... tidak akan sesekali melakukan kesalahan… (pada pandangan diri sendiri)…. Sedangkan diri sendiri tu juga bergelar manusia yang takkan lari dari melakukan kesilapan.. kesalahan.. keaiban…
manusia memang mudah lupa…..
malah manusia juga memang hanya manis di bibir…..
di mulut lain di hati lain….
Kenapa wujud juga manusia yg kata kemaafan hanya terluah dibir.. tidak disalurkan terus melalui mata lalu turun ke hati… agar kemaafan itu menjadi indah serta tulus dan ikhlas…. Juga agar… diri yg meluahkan maaf serta yg memberi kata pemaaf itu benar2 ikhlas tanpa hanya sekadar tinggal kata2….
Manusia….
Jika kesalahan diri dilihat oleh orang lain… tapi tidak dihebahkan…. Tidak diabkan…. Cukuplah sekadar memperbaiki kelemahan diri itu sebaiknya… kenapa perlu membuka pekung org lain semata2 utk menutup pekung sendiri….. kenapa manusia perlu ada sikap sedemikian…. Bila manusia hendak benar2 berubah….
Bagaimana agaknya hendak menyedarkan manusia yg alpa ini?... jika alpa itu tidak melibatkan org lain mungkin tidak menjadi persoalan… tetapi kealpan terhadap sikar diri sendiri tetapi tidak alpa terhadap sikap org lain seterusnya digemburkan itu yg menjadi permasalahan…. Menimbulkan ketidakselesaan…. Melahirkan perasaan tidak puas hati…. Mewujudkan perselisihan yg berpanjangan… atau lebih teruk mewujudkan nanah dalam hati….
Manusia….
Kenapa setelah kata maaf diucapkan (semata-mata utk tidak mahu memanjangkan perselisihan faham) perlu melahirkan kata2 yg kurang enak…. Menunjukan ekspresi wajah yg tidak menyenangkan….?
Adakah kerana hinanya org yang meminta maaf?... adakah kerana org yg memaafkan itu bersifat mulia… sedangkan belum tentu org yg meminta maaf itu bersalah…. Dan yg memaafkan itu tidak bersalah…..
Kerana mahu menjaga hati org lain kenapa perlu hati sendiri dilukai…..
Dan kenapa setelah sanggup melukai hati sendiri hati org yg dijaga itu tetap tidak mahu menjaga hati yg telah terluka…..

Kenapa perlu merasa agung apabila ada org yg meminta maaf dari kita?....
Haruskah org yg telah terbukti tidak layak bergelar sahabat itu terus dijaga hatinya…. Sedangkan telah banyak peluang utk menjaga hati telah diberikan… namun tidak pernah digunakan sebaiknya….

Bagaimana agaknya utk menyedarkan sebilangan org yg bersifat sebegini……
Berlagak.. satu lagi sifat manusia…. Kenapa perlu berlagak??? Jika telah pasti tiada kelemahan diri mungkin tidak menjadi persoalan… tetapi perlukah berlagak sedangkan diri sendiri terlalu banyak pekung yg mengaibkan…..

Jika tidak ikhlas di hati tidak perlu berpura2…. Tidak perlu berbaik semata2 utk mencari pekung org lain… jagalah pekung sendiri sebaiknya agar tidak dihidu org lain…. Tidak perlu palit lumpur ke muka org lain jika muka sendiri lumpur tebal seinci…….
Diri sendiri yg telah ternyata cacatnya… kenapa tidak diperbaiki…. Kenapa perlu mencacatkan lagi kecacatan org lain….
rasa hormat sesama manusia juga perlu ada... belajar la menghormati org lain jika kita mahu diri kita juga dihormati.... jgn nanti kita tidak dihormati akibat dari sikap kurang ajar kita.....
Manusia…
Adakah dengan adanya tukang angguk di sekeliling sudah terbukti apa yg dianggukan itu benar?.... dan apakah sudah terbukti apa yg keluar dari mulut itu benar…..

Kenapa manusia mudah lupa?...
Kenapa manusia manis mulut di bibir….
Kenapa manusia suka mengukur baju di badan org lain…
Kenapa manusia suka membuka pekung didada…..
Comments
1 Comments

1 geng putri roh yg tomeiii....:

atie said...

macam ku tahu siapelah insan itu..hehehe

abadikan gambar instagram korang

ce citer.. ce citer....

Get widget here

koi bace deme nih....

~rombongan cik nuyui~